Dewi Tara ialah puteri Dharmasetu, raja Kerajaan Sriwijaya, serta juga isteri kepada Samaratungga, raja Kerajaan Mataram Kuno daripada Dinasti Syailendra. Perkahwinannya dikurniakan dengan dua orang anak, iaitu putera Balaputradewa dan puteri Pramodhawardhani.
Adalah jelas bahawa kehidupan Dewi Tara selepas kemangkatan suaminya tidak bahagia apabila menantunya, Rakai Pikatan, iaitu suami Pramodhawardhani, merampas takhta Balaputradewa yang merupakan pewaris Kerajaan Mataram Kuno yang sah. Ini telah mengakibatkan perpecahan keluarganya yang hanya terdiri daripada dua cahaya mata.