Kategori | Ekonomi, kewangan & korporat |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Penerbit | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Isu pertama | Januari 1994 |
Syarikat | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | dwnekonomi |
Dewan Ekonomi merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1994. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan usahawan, tokoh korporat, pengurus, pelabur, pendidik, penuntut universiti dan masyarakat umum. Majalah ini juga mengandungi 68 halaman bercetak.[1]
Kandungan
Majalah ini merupakan majalah khusus khusus tentang hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu terkini meliputi ekonomi, kewangan dan korporat dalam negara dan antarabangsa.
Butiran
Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.
- Semenanjung Malaysia : RM 6.50
- Sabah/Sarawak : RM 7.00
- Singapura : S$ 6.50
- Brunei Darussalam : B$ 6.50
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-24.