Jenis/bentuk sah | Gesellschaft mit beschränkter Haftung (GmbH) |
---|---|
Ditubuhkan | 19 Disember 2000 |
Ibu pejabat | Frankfurt, Jerman |
Kawasan perkhidmatan | Jerman |
Tokoh penting | Christian Seifert (CEO) |
Syarikat induk | Die Liga – Fußballverband |
Tapak web | Tapak web rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
DFL Deutsche Fußball Liga GmbH, atau hanya Deutsche Fußball Liga ("Liga Bola Sepak Jerman"), dan sering disingkat sebagai DFL, ialah sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Die Liga – Fußballverband. DFL bertanggung jawab atas seluruh operasi perniagaan Ligaverband, termasuk Bundesliga dan 2. Bundesliga.[1][2] Pengerusi lembaga pengarah DFL ialah Reinhard Rauball. Christian Seifert ialah CEO DFL.[3]
Sejak 1 Julai 2001, DFL menganjurkan Bundesliga dan 2. Bundesliga. Dari 2005 hingga 2007, mereka juga menganjurkan Piala Liga DFL. Sejak 2010, DFL juga menganjurkan Piala Super DFL.
Fungsi
DFL diasaskan pada 19 Disember 2000 sebagai GmbH bebas. Sejak itu, Ligaverband menjadi satu-satunya pemegang saham DFL, yang telah menyediakan modal saham sebanyak €1 juta. Pertubuhan ini merupakan anak syarikat Ligaverband, yang bertindak sebagai perwakilan dari 36 kelab profesional di dua liga teratas bola sepak Jerman. Pada masa kini Bundesliga dan 2. Bundesliga dikendalikan oleh DFL, namun dianjurkan bersama oleh Persatuan Bola Sepak Jerman (Deutscher Fußball-Bund, DFB) dan Ligaverband.
Rujukan
- ^ "Deutsche Fußball Liga/Ligaverband". DFB.de (dalam bahasa Jerman). Persatuan Bola Sepak Jerman. Dicapai pada 2 Januari 2017.
- ^ "Profil der DFL Deutsche Fußball Liga GmbH" [Profil DFL Deutsche Fußball Liga GmbH]. Bundesliga.de (dalam bahasa Jerman). Deutsche Fußball Liga. Dicapai pada 2 Januari 2017.
- ^ "Profil Christian Seifert" (dalam bahasa Jerman). DFL Deutsche Fußball Liga. Dicapai pada 9 Jun 2016.