Desa KEDA Ulu Bakai
[sunting | sunting sumber]Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1990 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Ulu Bakai merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada awal tahun 2000. Pada tahun 2002 penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 52 buah rumah dan memberi manfaat kepada 220 orang penduduk Daerah Baling Negeri Kedah.\
Sejarah Kampung
[sunting | sunting sumber]Desa KEDA Ulu Bakai merupakan sebuah perkampungan PPRT yang ditubuhkan pada tahun 2002. Majoriti penduduk Kampung Ulu Bakai berbangsa melayu dan masih mengamalkan cara hidup dan adat melayu. Menurut cerita penduduk Kampung Ulu Bakai mula mula diteroka oleh Tok Dotan yang berasal dari Patani Thailand. Pada masa itu Tok Dotan telah melakukan sesuatu yang membuatkan raja murka. Hulubalang dan para pembesar dititah mencari Tok Doyan tetapi tidak dijumpai. Disebabkan baginda terlalu murka, kampong yang diasaskan oleh Tok Doyan telah dibakar. Perkataan “bakar” telah ditukar menjadi bakai menakala perkataan ulu dinamakan oleh penduduk kampung.
Info Desa
[sunting | sunting sumber]| Nama Desa | Desa KEDA Ulu Bakai |
| Mukim | Bakai |
| DUN | Kuala Ketil |
| Parlimen | Baling |
| Daerah | Baling |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
[sunting | sunting sumber]Desa KEDA Ulu Bakai ini terletak di Mukim Bakai dalam Daerah Baling, Kedah. Desa KEDA Ulu Bakai berjarak 30km dari Pekan Baling iaitu pekan berhampiran.
Kepimpinan
[sunting | sunting sumber]Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 5, Baling yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Ulu Bakai. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Ulu Bakai
[sunting | sunting sumber]Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Ulu Bakai bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | BADROL HISHAM BIN AHMAD |
| Timbalan Pengerusi | FATIMAH BT MAHAMOHD |
| Setiausaha | HATIJAH BINTI MHD SAAD |
| Bendahari | JEFFRI BIN AWANG |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | AMINAH BINTI AHMAD |
| Biro Keselamatan | MUHAMMAD SAID BIN CHIK |
| Biro Pendidikan & Inovasi | NORSUBKIAH BT MOHAMMAD |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Kosong |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | ZURAIMI BIN ISMAIL |
| Biro Pembangunan Prasarana | MUHAMMAD RADHI BIN MD ISA |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | NURUL SHUHADA BINTI OTHMAN |
| Biro Kebajikan | SITI BUNGA BINTI LAH |
| Biro Hal Ehwal Wanita | SALINA BINTI ILIAS |
| Biro Ekonomi | ROSNAN BIN ISAHAK |
| Biro Agama & Sivik | ROSLEE BIN ISMAIL |
Maklumat Penduduk
[sunting | sunting sumber]Maklumat penduduk Desa KEDA Ulu Bakai adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 220 |
| Jumlah Keluarga | 50 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 108 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 112 |
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Ulu Bakai adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 22 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 60 |
| Jumlah | 82 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
[sunting | sunting sumber]Penduduk Desa KEDA Ulu Bakai dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 17 |
| RM531.00 - RM790.00 | 11 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 14 |
| >RM1,319.00 | 9 |
Kegunaan Tanah
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Ulu Bakai ialah sebanyak 20 ekar yang merangkumi keseluruhan tapak kediaman seluas 4.8 hektar, 0.5 hektar bangunan awam/masyarakat, 0.5 hektar kawasan lapang/rekreasi, tapak IKS 0.5 hektar dan pertanian 4.8 ekar
Hak Milik Penduduk
[sunting | sunting sumber]Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Ulu Bakai adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 46 |
| Motosikal | 105 |
| Lori | 0 |
| Van | 0 |
| Lain-lain (basikal) | 13 |
Kemudahan Asas
[sunting | sunting sumber]Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap dalam baik pulih/naik taraf 5 km manakala jalan tidak berturap 500m. lampu jalan berjumlah 24 unit. Sistem parit/longkang sedia ada 3.1 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam/Bekalan Air Swasta/ Bekalan Air Alternatif merangkumi semua rumah iaitu 52 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 52 buah rumah.Tandas Sanitasi dilengkapi rumah tandas, mangkuk tandas dan slab, paip peyambung outlet, tangka najis/septik dan bekalan air bagi setiap rumah yang ada.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Ulu Bakai dilengkapi surau 1 buah, Dewan Serbaguna/dewan orang ramai 1 buah, Perpustakaan/ Pusat Sumber 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah, Pusat Komunit Desa (PKD) 1 buah dan Gelanggang Permainan, Padang Bola dan kemudahan kitar semula.
Golongan Khas
[sunting | sunting sumber]Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Ulu Bakai adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 3(L)/ 1(W) |
| Bapa Tunggal | 4 |
| Ibu Tunggal | 9 |
| Anak Yatim | 7 |









