Desa KEDA Teluk Teduri
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1990 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Teluk Teduri merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada awal tahun 1990an. Pada tahun 1992 penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 64 buah rumah dan memberi manfaat kepada 287 orang penduduk Daerah Baling Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Teluk Teduri merupakan sebuah perkampungan tersusun dibawah Program KESBAN yang ditubuhkan pada tahun 1993. Kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan penempatan ini ialah mereka yang berasal daripada kampung yang berhampiran. Diantaranya berasal dari Teluk Teduri, Pulai, Kampung Masjid Sera dan kawasan berhampiran. Kebanyakkan mereka yang terpilih adalah golongan yang berpendapatan rendah dibawah RM235.00 sebulan serta mereka yang tidak mempunyai tapak rumah untuk dirikan rumah.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Teluk Teduri |
| Mukim | Pulai |
| DUN | Bayu |
| Parlimen | Baling |
| Daerah | Baling |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Teluk Teduri terletak di dalam Mukim Pulai di Daerah Baling. Pekan yang berhampiran dengan Desa KEDA Teluk Teduri ialah Pekan Pulai iaitu 5 Km manakala jarak di antara Pekan Baling pula berjarak 6km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 5, Baling yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Teluk Teduri. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Teduri
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Teduri bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | ANUAR BIN IBRAHIM |
| Timbalan Pengerusi | ZAMBRI BIN MD ISA |
| Setiausaha | NORALIZA BINTI MOHD NAZRI |
| Bendahari | HASNAH BINTI AWANG KECHIK |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | NOR RIHA BINTI HARUN |
| Biro Keselamatan | ZAIDI BIN HASHIM |
| Biro Pendidikan & Inovasi | NOR ADILA BINTI IBRAHIM |
| Biro Sosial & Kebudayaan | KOSONG |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | MOHD KHAIRUL ZAINI BIN ABDUL RAHMAN |
| Biro Pembangunan Prasarana | AHMAD SAPRI BIN IBRAHIM |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | ABDUL AZIZ BIN HASSAN |
| Biro Kebajikan | AZMI BIN SAAD |
| Biro Hal Ehwal Wanita | TESAH BINTI DEMANIS |
| Biro Ekonomi | MOHD RIZAL BIN MOHD ZIN |
| Biro Agama & Sivik | JABAR BIN YAHYA |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Teluk Teduri adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 287 |
| Jumlah Keluarga | 63 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 137 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 150 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Teluk Teduri adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 13 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 19 |
| Jumlah | 32 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Teluk Teduri dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 28 |
| RM531.00 - RM790.00 | 27 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 28 |
| >RM1,319.00 | 35 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Teluk Teduri ialah sebanyak 4.26 hektar yang merangkumi keseluruhan tapak kediaman seluas 4.26 hektar, Bangunan Awam 1.76 hektar dan Tapak IKS 1.76 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Teluk Teduri adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 60 |
| Motosikal | 144 |
| Lori | 0 |
| Van | 0 |
| Lain-lain (Basikal) | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap dalam baik pulih/naik taraf 1 km dan lampu jalan berjumlah unit. Sistem parit/longkang sedia ada 1 km. Bekalan air swasta merangkumi 59 buah rumah dan 13 buah rumah mengunakan bekalan air alternatif. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 59 buah rumah.Tandas Sanitasi dilengkapi rumah tandas, mangkuk tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/septik dan bekalan air bagi setiap rumah yang ada.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Teluk Teduri dilengkapi surau 1 buah,tadika 1 buah, bangunan wakil pos 1 buah,perpustakaan 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah, dan kemudahan kitar semula.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Teluk Teduri adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 1 |
| Bapa Tunggal | 1 |
| Ibu Tunggal | 2 |
| Anak Yatim | 0 |









