Desa KEDA Pong Selatan
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Pong Selatan merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1995, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 100 buah rumah dan memberi manfaat kepada 416 orang penduduk Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Nama Desa KEDA Pong Selatan diambil dari Kampung Pong Selatan. Kampung Pong Selatan adalah adalah kampung yang terpencil di Daerah Padang Terap. Pong Selatan berasal daripada kampung melayu asal perkataan pong adalah dalam Bahasa Thai/ Siam yang bermaksud tanah masin yang digemari oleh binatang ternakan dan juga binatang-binatang liar dikawasan tersebut. Terdapat juga beberapa nama Kampung Pong di dalam daerah ini seperti Pong Utara, Pong Manis. Sejak 50an dahulu dikawasan ini terdapat lebih kurang 30 keluarga petani dimana sumber pendapatan mereka adalah bersawah, berhuma menjual barangan hutan seperti kayu temusu, buluh, rotan daun palas dan lain-lain. Apabila keluarga ini semakin membesar di tambah pula kehadiran penduduk- penduduk luar berhijrah dan berusaha tanah dikawasan hingga tahun 80an, maka wujudlah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kerjasama penduduk memohon supaya kawasan Pong Selatan ini dimajukan. Apabila perbincangan telah berhasil maka wujudlah Felcra untuk memajukan tanah kawasan yang ditanam dengan getah dan KEDA untuk penempatan semula penduduk desa iaitu dengan menyediakan rumah Kesban. 100 unit rumah telah dibina.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Pong Selatan |
| Mukim | Tekai Kanan |
| DUN | Pedu |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Pong Selatan ini terletak di Mukim Tekai Kanan di dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Desa KEDA Pong Selatan berjarak 23km dari Pekan Kuala Nerang dan 5.7km dari Pekan Naka.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Pong Selatan. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Pong Selatan
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Pong Selatan bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | HJ SAFEE BIN HANAFI |
| Timbalan Pengerusi | HJ ABD HAMID BIN ISMAIL |
| Setiausaha | NAZRAH BTE ABU BAKAR |
| Bendahari | SITI AISHAH BTE MOHD TAIB |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | IBRAHIM BIN AWANG BESAR |
| Biro Keselamatan | ABD ROHANI BIN HASSAN |
| Biro Pendidikan & Inovasi | MOHAMED DAHLAN BIN KASSIM |
| Biro Sosial & Kebudayaan | SOKKIFLI BIN ABU |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | SHAHRUL RIZAL BIN ZAINOL |
| Biro Pembangunan Prasarana | ABU BAKAR BIN SAMSU |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | NOR ASHIKIN BTE KASA |
| Biro Kebajikan | MOHAMAD SOBRI BIN SULAIMAN |
| Biro Hal Ehwal Wanita | NORTIPAH BTE AYOB |
| Biro Ekonomi | OMAR NASIR BIN HAJI LOT |
| Biro Agama & Sivik | AHMAD HALMI BIN HJ LOT |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Pong Selatan adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 416 |
| Jumlah Keluarga | 100 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 219 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 197 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Pong Selatan adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 25 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 321 |
| Jumlah | 346 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Pong Selatan dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 15 |
| RM531.00 - RM790.00 | 25 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 30 |
| >RM1,319.00 | 30 |
Kegunaan Tanah
Desa KEDA Pong Selatan berkeluasan sebanyak 2.88 hektar yang merangkumi tapak kediaman dan tapak pertanian (tanaman getah).
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Pong Selatan adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 95 |
| Motosikal | 120 |
| Lori | 1 |
| Van | 3 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung tidak berturap dan lampu jalan 10 unit.Sistem parit/longkang merangkumi tiada. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 100 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Pong Selatan dilengkapi surau 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, dan lot permainan.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Pong Selatan adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 3(L) |
| Bapa Tunggal | 3 |
| Ibu Tunggal | 12 |
| Anak Yatim | Tiada |









