Desa KEDA Pasir Putih
[sunting | sunting sumber]Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Pasir Putih merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Pembangunan (KESBAN) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Desa KEDA Pasir Putih kemudian ditukar ke Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Pada tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak buah 100 rumah dan memberi manfaat kepada 356 orang penduduk Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
[sunting | sunting sumber]Sejarah nama Kampung Pasir Putih berasal daripada sebuah bukit disebelah utara Pekan Kuala Nerang yang terhakis oleh air yang kian lama ia dihakis dan kemudian terbentuklah sebuah air terjun yang kini termasyhur dengan hutan lipur Puncak Janing. Hasil dari sungai itulah hanyutnya pasir ke bawah dan terbentuklah tanah rata dari pasir putih yang dinamakan pasir putih. Kemudian tanah ini terpilih untuk didirikan Perumahan KEDA lalu dinamakan Desa KEDA Pasir Putih.
Info Desa
[sunting | sunting sumber]| Nama Desa | Desa KEDA Pasir Putih |
| Mukim | Tualak |
| DUN | Kuala Nerang |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
[sunting | sunting sumber]Desa KEDA Pasir Putih ini terletak di Mukim Tualak di dalam Daerah Padang Terap Negeri, Kedah. Desa KEDA Pasir Putih berjarak 11.5km dari Pekan Kuala Nerang iaitu salah satu pekan yang berdekatan.
Kepimpinan
[sunting | sunting sumber]Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Pasir Putih. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Pasir Putih
[sunting | sunting sumber]Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Pasir Putih bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | MAT DING B ARIFFIN |
| Timbalan Pengerusi | AZMI BIN HARON |
| Setiausaha | ABD HALIM BIN ISMAIL |
| Bendahari | AZMI BIN HARON |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | BAHADOR BIN IBRAHIM |
| Biro Keselamatan | ROSLI B KASA |
| Biro Pendidikan & Inovasi | ABD HAJAR BIN ISMAIL |
| Biro Sosial & Kebudayaan | AZIZAH BT AZIZI |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | MOHD NASHARUDIN BIN JOHARI |
| Biro Pembangunan Prasarana | ABD RAHIM BIN CHE HAT |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | MOHAMAD SYAZWAN BIN SOLAIMAN |
| Biro Kebajikan | ROSLI BIN KASA |
| Biro Hal Ehwal Wanita | CHE ARFIAH BT CHE AHMAD |
| Biro Ekonomi | AZMI BIN DON |
| Biro Agama & Sivik | ABDULLAH BIN ABD RAHMAN |
Maklumat Penduduk
[sunting | sunting sumber]Maklumat penduduk Desa KEDA Pasir Putih adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 356 |
| Jumlah Keluarga | 100 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 155 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 201 |
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Pasir Putih adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 11 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 42 |
| Jumlah | 53 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
[sunting | sunting sumber]Penduduk Desa KEDA Pasir Putih dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| RM600.00 – RM1,500.00 | 40 |
| >RM1,500.00 – RM2,000.00 | 40 |
Kegunaan Tanah
[sunting | sunting sumber]Secara keseluruhannya, keluasan tanah untuk Desa KEDA Pasir Putih ialah sebanyak 49.084 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 38.176 hektar, tapak bangunan awam seluas 3 hektar, Pertanian 6 hektar dan lain-lain 1.908 hektar.
Hak Milik Penduduk
[sunting | sunting sumber]Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Pasir Putih adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 42 |
| Motosikal | 92 |
| Bas | 1 |
| Van | 1 |
Kemudahan Asas
[sunting | sunting sumber]Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap keseluruhan dan mempunyai lebih kurang 10 unit lampu jalan. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Pasir Putih dilengkapi surau 1 buah, Pusat PKD 1 buah, Pusat ilmu 1 buah, Tadika 1 buah dan lot permainan (gelanggang futsal).
Golongan Khas
[sunting | sunting sumber]Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Pasir Putih adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 1 |
| Bapa Tunggal | 3 |
| Ibu Tunggal | 8 |
| Anak Yatim | 10 |









