Desa KEDA Kota Aur
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Kota Aur merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990. Pada tahun 1992 dan 2001 penempatan ini mula diduduki secara berfasa dengan bilangan rumah sebanyak 72 buah rumah dan memberi manfaat kepada 331 orang penduduk Daerah Sik Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Kota Aur terletak dalam Kampung Kota Aur yang berasal dari sejarah salasilah raja bersiong yang berasal dari wilayah Pattani, Thailand. Raja bersiong mempunyai beberapa istana didalam jajahannya termasuk yang dipanggil Kota Aur pada waktu ini. Beberapa benteng pertahanan yang diperbuat daripada buluh aur terletak dikawasan Muda Resort.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Kota Aur |
| Mukim | Sok |
| DUN | Belantek |
| Parlimen | Sik |
| Daerah | Sik |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Kota Aur merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Sok dalam Daerah Sik Negeri Kedah. Jarak Desa KEDA Kota Aur dari Pekan Sik ialah 38km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Kota Aur. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Kota Aur
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Kota Aur bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | MOHD TARMIZI BIN ABDUL AZIS |
| Timbalan Pengerusi | SABRI BIN JUSOH |
| Setiausaha | ABD RAZAK BIN ISMAIL |
| Bendahari | AZIZAH BINTI ABDULLAH |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | MD NASIR BIN YAHAYA |
| Biro Keselamatan | HALIMAH BINTI ABDULLAH |
| Biro Pendidikan & Inovasi | HUSAIN BIN TALIB |
| Biro Sosial & Kebudayaan | ASRI BIN MD PIAH |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | AZARUL IZHAR BIN RAMLEE |
| Biro Pembangunan Prasarana | ABDUL MUTALIB BIN MAT ISA |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | ROKIAH BINTI AHMAD |
| Biro Kebajikan | ZAINAB BINTI JUNUS |
| Biro Hal Ehwal Wanita | MOHAMAD DESA BIN ABDULLAH |
| Biro Ekonomi | NURSURIATI BINTI MUHAMAD SHUKRI |
| Biro Agama & Sivik | NOR HIDAYAH BINTI MOHD DAUD |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Kota Aur adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 239 |
| Jumlah Keluarga | 72 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 109 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 130 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Kota Aur adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 15 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 19 |
| Jumlah | 34 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Kota Aur dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 17 |
| RM531.00 - RM790.00 | 8 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 19 |
| >RM1,319.00 | 9 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Kota Aur ialah sebanyak 5.6 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 2.75 hektar, Bangunan Awam/Masyarakat 0.62 hektar, Tapak IKS 0.04886 hektar dan lain-lain 0.00982 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Kota Aur adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 55 |
| Motosikal | 97 |
| Lori | 0 |
| Van | 2 |
| Motorbot | 2 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 0.920 km dan lampu jalan berjumlah 8 unit. Sistem parit/ Longkang sedia ada 90% keluasan kampong. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 61 buah rumah dan cadangan keperluan sebanyak 11 rumah lagi untuk perbekalan air. Sistem bekalan air alternatif sebanyak 55 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 70 buah rumah. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan kurang baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Kota Aur dilengkapi surau 1 buah, Dewan Orang Ramai 1 buah dan tadika.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Kota Aur adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 5(L)/ 2(W) |
| Bapa Tunggal | 2 |
| Ibu Tunggal | 16 |
| Anak Yatim | 3 |









