Desa KEDA Derang
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Derang merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 470 orang penduduk Daerah Pokok Sena, Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Derang terletak di dalam Kampung Derang yang merupakan penempatan tersusun dalam kawasan KEDA. Mula diduduki pada tahun 1993 dengan 49 buah rumah dibina dari 50 unit. Sebanyak 49 keluarga menetap di Desa ini yang rata-rata penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan berniaga. Kawasan yang berkontur cerun dan terdapat kebun getah dipersekitarannya.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Derang |
| Mukim | Derang |
| DUN | Bukit Lada |
| Parlimen | Pokok Sena |
| Daerah | Pokok Sena |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Derang terletak didalam kawasan Mukim Derang Daerah Pokok Sena, Kedah. Jarak dari Pekan Pokok Sena ialah 8km manakala dari Bandaraya Alor Setar berjarak 22km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Derang. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Derang
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Derang bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | Mohd Shukri bin Abu Bakar |
| Timbalan Pengerusi | Ismail bin Abu Seman |
| Setiausaha | Rizka Asrifa binti Arizal |
| Bendahari | Nor Yati binti Mat Saad |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Sorinam binti Mohd Ishak |
| Biro Keselamatan | Abdul Razak bin Pin |
| Biro Pendidikan & Inovasi | Nur Faziha binti Amran |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Mohd Syafiq bin Abdul Halim |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Mohd Fadzli bin Wahab |
| Biro Pembangunan Prasarana | Nor Zulaikha binti Mahamah Nasir |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | Mohd Firdaus bin Fazil |
| Biro Kebajikan | Abdul Halim bin Sudin |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Zaini binti Nayan |
| Biro Ekonomi | Latifah binti Omar |
| Biro Agama & Sivik | Ahmad Sobri bin Osman |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Derang adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 470 |
| Jumlah Keluarga | 47 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 133 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 180 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Derang adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 3 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 22 |
| Jumlah | 25 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Derang dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 0 |
| RM531.00 - RM790.00 | 0 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 55 |
| >RM1,319.00 | 45 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Derang ialah sebanyak 15.75 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 15.3 hektar, Bangunan Awam/Masyarakat 5.5 hektar dan pertanian 5.0 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Derang adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 25 |
| Motosikal | 70 |
| Lori | 1 |
| Van | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, cadangan jalan kampung berturap berjarak 100 km berlampu jalan 8 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 47 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Derang dilengkapi surau 1 buah, Dewan orang ramai 1 buah, perpustakaan/ pusat sumber 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah,1 Lot Permainan kanak-kanak, dan gelanggang permainan.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Derang adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 5(L) |
| Bapa Tunggal | 1 |
| Ibu Tunggal | 7 |
| Anak Yatim | 15 |









