Desa KEDA Bukit Ular
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Bukit Ular merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1991, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 93 buah rumah dan memberi manfaat kepada 391 orang penduduk di Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Mitos menceritakan terdapat seorang lelaki pergi meneroka sebidang tanah yang dikelilingi oleh bukit. Setelah lama meneroka dan membersihkan kawasan tanah tersebut, beliau merasa keletihan dan kelaparan. Maka berehatlah beliau diatas sebatang kayu besar yang merentang di permukaan tanah. Beliau pun membina dapur dan memasang api untuk memasak nasi berhampiran kayu itu. Tiba-tiba periok nasi bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Akhirnya periuk tersebut tertunggang ke kanan lalu jatuh ketanah. Beliau merasa hairan kenapa kayu besar itu bergerak-gerak. Setelah beliau perhatikan dengan teliti baru lah beliau perasan bahawa kayu besar itu sebenarnya badan seekor ular. Maka dengan peristiwa itu tanah yang di terokai dinamakan Kampung Bukit Ular.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Bukit Ular |
| Mukim | Batang Tunggang Kanan |
| DUN | Kuala Nerang |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Bukit Ular terletak di Mukim Batang Tunggang Kanan di dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Desa KEDA Bukit Ular berjarak 14km dari Pekan Kuala Nerang iaitu salah satu pekan yang berdekatan.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bukit Ular. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bukit Ular
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Berembang bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | Ahmad Shahbudin Bin Mad Salleh |
| Timbalan Pengerusi | Azizan bin Hassan |
| Setiausaha | Noor Suhaida Binti Ahmad Nordin |
| Bendahari | Sobri bin Lazim |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Solihah Binti Awang Mat Isa |
| Biro Keselamatan | Che Mahadi bin Che muda |
| Biro Pendidikan & Inovasi | Solbiah Binti Amin |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Nor Saripah Aini Binti Taib |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Mohd Hafiz Bin Tan |
| Biro Pembangunan Prasarana | Mohd Syafiq Fakrullah Bin Abd Wahab |
| Biro Teknolgi Maklumat & Komunikasi | Nur Azlina Binti Harun |
| Biro Kebajikan | Noorrida Binti Abd Manan@Abd Halim |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Normaaisah Binti Husin |
| Biro Ekonomi | Anizaton Iliana Binti Aliashak |
| Biro Agama & Sivik | Said Bin Mad Diah |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Bukit Ular adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 391 |
| Jumlah Keluarga | 80 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 191 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 200 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bukit Ular adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Sijil Kemahiran Bertauliah | 20 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 187 |
| Diploma/ Setaraf | 23 |
| Ijazah ke atas | 14 |
| Jumlah | 244 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Bukit Ular dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 8 |
| RM531.00 - RM790.00 | 4 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 33 |
| >RM1,319.00 | 28 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bukit Ular 4.46 hektar iaitu bagi Kediaman 2.17 hektar, Lot Pertanian 1.97 hektar, Lot- Lot kedai 0.0997 hektar, Lot Bangunan Aktiviti 0.2188 hektar dan lain-lain.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Bukit Ular adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 85 |
| Motosikal | 186 |
| Motorbot | 0 |
| Van | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 1 km dan mempunyai lampu jalan 15 unit. Sistem parit merangkumi 70% keluasan kampung. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 80 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman Kampung KEDA Bukit Ular. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air kepada 80 buah rumah.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Bukit Ular memiliki 1 buah dewan, 1 buah surau, 1 unit stor simpanan barang, padang bola, gelanggang permainan/ Kompleks Sukan dan 1 buah tadika.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bukit Ular adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 5(L) / 2(P) |
| Bapa Tunggal | Tiada |
| Ibu Tunggal | 19 |
| Anak Yatim | 2(L) / 2(W) |









