Desa KEDA Bendang Man
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Bendang Man merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990. Pada tahun 1991, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 280 orang penduduk Daerah Sik Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Bendang Man terletak dalam Kampung Bendang Man. Sejarah Kampung Bendang Man bermula apabila sepasang suami isteri berasal dari Pattani (Siam). Nama si suami ialah Man. Mereka datang ke kawasan itu dan meneroka kawasan tersebut. Apabila mereka selalu berulang – alik di kawasan tersebut maka orang kampung bertanya cer nak gi mana, maka dijawabnya cer nak gi bendang. Apabila lama kelamaan begitu jawabnya pada suatu hari keluarga dari pattani (siam) bertanyakan orang kampung dimana Bendang Man, Dia pun membawa keluarga ke Bendang Man. Mereka pun meneroka hutan di kawasan Bendang Man sehingga sekarang keturunan Pattani (Siam) masih tinggal di Bendang Man.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Bendang Man |
| Mukim | Sik |
| DUN | Belantek |
| Parlimen | Sik |
| Daerah | Sik |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Bendang Man merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Belantek Sik Negeri Kedah Darul Aman, Berjarak 10 km dari Pekan Sik. Terletak dikawasan yang berkontur cerun serta berbukit-bukit di pendalaman Sik.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bendang Man. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bendang Man
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bendang Man bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | AZIZAN BIN NANYAN |
| Timbalan Pengerusi | ASHARI BIN ABDUL AZIZ |
| Setiausaha | KARIM BIN ABDULLAH |
| Bendahari | NIRWANA HIFZAN BINTI RAMLI |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | NORASHIKIN BINTI HASHIM |
| Biro Keselamatan | LANANG BIN HASHIM |
| Biro Pendidikan & Inovasi | MOHAMAD HAIRIZAN BIN MHD KADIR |
| Biro Sosial & Kebudayaan | MD NA'AM BIN MOHAMAD |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | SABRI BIN AHMAD |
| Biro Pembangunan Prasarana | SURIAWATI BINTI ABU HASSAN |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | MOHAMAD HAIRIZAN BIN MHD KADIR |
| Biro Kebajikan | MAT DAWI BIN MAT ARSHAD |
| Biro Hal Ehwal Wanita | CHE NOLIA BINTI WALI |
| Biro Ekonomi | ROZIMAH BINTI MD NAYAN |
| Biro Agama & Sivik | AZIZAN BIN NANYAN |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Bendang Man adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 179 |
| Jumlah Keluarga | 41 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 85 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 94 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bendang Man adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 4 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 102 |
| Jumlah | 106 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Bendang Man dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 26 |
| RM531.00 - RM790.00 | 11 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 10 |
| >RM1,319.00 | 3 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bendang Man ialah sebanyak 6.5 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 6.3 hektar dan Bangunan Awam/Masyarakat 0.2 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Bendang Man adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 34 |
| Motosikal | 86 |
| Lori | 0 |
| Van | 0 |
| Motorbot | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 1.9 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 50 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 50 buah rumah. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Bendang Man dilengkapi surau 1 buah, Kemudahan/Agen perbankan 1 buah, Perpustakaan 1 buah, Pusat ICT 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah, Dewan orang Ramai 1 buah dan Padang Bola.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bendang Man adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 0 |
| Bapa Tunggal | 0 |
| Ibu Tunggal | 0 |
| Anak Yatim | 0 |









