Desa KEDA Belukar
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Belukar merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1999, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 28 buah rumah dan memberi manfaat kepada 93 orang penduduk Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Nama Desa KEDA Belukar berasaskan daripada kawasan hutan yang semak dan tebal dikenali sebagai belukar yang kekal sehingga kini.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Belukar |
| Mukim | Kurong Hitam |
| DUN | Kuala Nerang |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Belukar ini terletak di Mukim Kurong Hitam di dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Jarak Desa KEDA Belukar ke Pekan Kuala Nerang ialah 10km manakala jarak ke pekan naka ialah 29km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Belukar. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Belukar
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Belukar bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | Mazlina binti Mansor |
| Timbalan Pengerusi | Zuraini bit Jehwea |
| Setiausaha | Adam bin Said |
| Bendahari | Maharin bin Ismail |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Kassim bin Md Deris |
| Biro Keselamatan | Paraseli Bin Dali |
| Biro Pendidikan & Inovasi | Azmi bin Mohd AKhir |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Shahidan bin Sabu |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Abdul Muhaimin bin Mohamad Zakaria |
| Biro Pembangunan Prasarana | Zainon bin Mahmud |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | Nur Qamariah Ramizah bt Mohamad Zakaria |
| Biro Kebajikan | Ismail bin Mat |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Norma binti Mohamad |
| Biro Ekonomi | Mohd Sobri bin Mohd Hassan |
| Biro Agama & Sivik | Che Mohamad bin Hashim |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Belukar adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 143 |
| Jumlah Keluarga | 28 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 59 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 72 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Belukar adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 14 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 10 |
| Jumlah | 24 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Belukar dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 0 |
| RM531.00 - RM790.00 | 9 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 19 |
| >RM1,319.00 | 3 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Belukar ialah sebanyak 8 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 6 hektar, tapak bangunan awam seluas 2 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Belukar adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 24 |
| Motosikal | 24 |
| Lori | 0 |
| Van | 2 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.8 km, tidak berturap 0.5 km dan mempunyai lampu jalan berjumlah 10 unit. Sistem parit/ longkang merangkumi 65% keluasan kampong KEDA Belukar. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 28 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan memuaskan manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Belukar dilengkapi surau 1 buah dan bilik gerakan dewan 1 buah.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Belukar adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 1(L) |
| Bapa Tunggal | |
| Ibu Tunggal | |
| Anak Yatim |









