Desa KEDA Batu 13
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Batu 13 merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 109 buah rumah dan memberi manfaat kepada 626 orang penduduk Daerah Pokok Sena Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
KEDA Kampung Batu 13 merupakan sebuah kampung tersusun yang diwujudkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh KEDA. Program Penempatan semula peserta - peserta dari kategori termiskin ini telah dicadangkan oleh Penghulu Mukim Gajah Mati dan disokong oleh Pejabat Daerah Kota Setar dahulunya ialah tanah kawasan kebun getah.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Batu 13 |
| Mukim | Gajah Mati |
| DUN | Bukit Lada |
| Parlimen | Pokok Sena |
| Daerah | Pokok Sena |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Batu 13 terletak didalam kawasan Mukim Gajah Mati di Daerah Kota Setar kira-kira 23 km dari Bandaraya Alor Setar Kedah. Kawasan perumahan berkontur tanah pamah dan berhampiran jalan perhubungan yang lengkap ke pekan dan bandaraya.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Batu 13. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Batu 13
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Batu 13 bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | Uzair bin Mohamad |
| Timbalan Pengerusi | Mohd Zamberi bin Hassan |
| Setiausaha | Balkhih binti Md. Zain |
| Bendahari | Mohamad Nasuha bin Ismail |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Asmah binti Harun |
| Biro Keselamatan | Ahmad bin Abd Rahman |
| Biro Pendidikan & Inovasi | Nur Amalina binti Ahmad |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Suria binti Zainol |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Rozita binti Awang |
| Biro Pembangunan Prasarana | Madzlan bin Ayob |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | Ahmad Subri bin Jusoh |
| Biro Kebajikan | Siti Khadijah binti Che Noor |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Che Noorlea binti Ishak |
| Biro Ekonomi | Daud bin Ahmad |
| Biro Agama & Sivik | Razali bin Ibrahim |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Batu 13 adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | |
| Jumlah Keluarga | 109 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | |
| Bilangan Penduduk Perempuan |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Batu 13 adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | |
| Jumlah |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Lahar Tunjung dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | |
| RM531.00 - RM790.00 | |
| RM791.00 – RM1,319.00 | |
| >RM1,319.00 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Batu 13 ialah sebanyak 6.4 ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 2.0 ha dan pertanian 2.25 ha.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Lahar Tunjung adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | |
| Motosikal | |
| Lori | 1 |
| Van | 1 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.0 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 109 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori hidro sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Lahar Tunjung dilengkapi surau 1 buah, Pusat Kemudahan/ Agen 1 buah, perpustakaan/ pusat sumber 1 buah, Pusat ICT 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah, hentian bas dan 2 Lot Permainan kanak-kanak, padang bola dan gelanggang permainan.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Batu 13 adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | |
| Bapa Tunggal | |
| Ibu Tunggal | |
| Anak Yatim |









