Desa KEDA Banggol Petai
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1990 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Banggol Petai merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada awal tahun 2000. Pada tahun 2003 penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 47 buah rumah dan memberi manfaat kepada 210 orang penduduk Daerah Baling Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Banggol Petai merupakan sebuah perkampungan PPRT yang ditubuhkan pada tahun 1999. Majoriti penduduk berasal daripada Mukim Bongor. Tanah asal penempatan PPRT ini adalah rezab lembu dan kerbau (RC). Nama Kampung ini diambil bersempena dengan bilangan pokok petai yang banyak di kawasan kampung ini.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Banggol Petai |
| Mukim | Bongor |
| DUN | Bayu |
| Parlimen | Baling |
| Daerah | Baling |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Banggol Petai ini terletak di Mukim Bongor dalam Daerah Baling, Kedah. Jarak Desa KEDA Banggol Petai dari Pekan Baling ialah 8km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 5, Baling yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Banggol Petai. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Banggol Petai
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Banggol Petai bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | MD SHARIF BIN SAMAN |
| Timbalan Pengerusi | MOKHTAR BIN ABDULLAH |
| Setiausaha | ROZITA BT AWANG DAUD |
| Bendahari | KAMSIAH BT MOHD YASIN |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | NORIAH BT SIRAJ |
| Biro Keselamatan | NAROL NIZAM BIN ABD MANAN |
| Biro Pendidikan & Inovasi | MASHITAH BT ABDULLAH |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Kosong |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | MOHD HADI IMRAN B MOHD SHUKRI |
| Biro Pembangunan Prasarana | ABD RAHMAN BIN ISHAK |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | MUHAMMAD ZULFAUZAN BIN ZABIDI |
| Biro Kebajikan | ALI BIN ABDULLAH |
| Biro Hal Ehwal Wanita | SALWA BT AWANG BESAR |
| Biro Ekonomi | MOHD FAUZI BIN HASIM |
| Biro Agama & Sivik | ALI ZAINI BIN ALYAS |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Banggol Petai adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 210 |
| Jumlah Keluarga | 46 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 107 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 103 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Banggol Petai adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 21 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 24 |
| Jumlah | 45 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Banggol Petai dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 23 |
| RM531.00 - RM790.00 | 12 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 15 |
| >RM1,319.00 | 7 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Banggol Petai ialah sebanyak 6.05 hektar yang merangkumi keseluruhan tapak kediaman seluas 6.05 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Banggol Petai adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 35 |
| Motosikal | 91 |
| Lori | 0 |
| Van | 0 |
| Lain-lain | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap dalam baik pulih/naik taraf 1.5 km dan lampu jalan berjumlah 24 unit. Sistem parit/longkang sedia ada 1.5 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam/Bekalan Air Swasta/ Bekalan Air Alternatif merangkumi semua rumah iaitu 45 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 45 buah rumah.Tandas Sanitasi dilengkapi rumah tandas, mangkuk tandas dan slab, paip peyambung outlet, tangka najis/septic dan bekalan air bagi setiap rumah yang ada.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Banggol Petai dilengkapi surau 1 buah, Dewan Serbaguna/dewan orang ramai 1 buah, Lot Permainan dan Padang Bola dan kemudahan kitar semula.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Banggol Petai adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 3(L)/ 1(W) |
| Bapa Tunggal | 3 |
| Ibu Tunggal | 8 |
| Anak Yatim | 16 |









