Desa KEDA Bagan
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Bagan merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990an. Pada tahun 1992, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 61 buah rumah dan memberi manfaat kepada 324 orang penduduk Daerah Padang Terap Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Nama Desa KEDA Bagan diambil dari sudut geografi yang mana wujudnya bukit -bukit kecil yang berlurah dan jurang. Oleh yang demikian nama Desa KEDA Bagan ini dikenali sehingga hari ini.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Bagan |
| Mukim | Tekai Kiri |
| DUN | Pedu |
| Parlimen | Padang Terap |
| Daerah | Padang Terap |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Bagan ini terletak di Mukim Tekai Kiri di dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Desa KEDA Bagan berjarak 23km ke Pekan Kuala Nerang manakala dari Pekan Naka berjarak 6km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bagan. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bagan
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bagan bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | YAHYA BIN LATEH |
| Timbalan Pengerusi | ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN |
| Setiausaha | ZULKIFLI BIN SAUD |
| Bendahari | ABU BAKAR BIN ABDUL KADIR |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | HASNIZA BINTI MOHD ARIFF |
| Biro Keselamatan | MOHD SHARIFUDDIN BIN HALIM |
| Biro Pendidikan & Inovasi | CHE AZIZAH BINTI HJ AHMAD |
| Biro Sosial & Kebudayaan | ZUHAIDA BINTI SAAD |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | MOHD AMAR BIN ISMADI |
| Biro Pembangunan Prasarana | AZRUL BIN JAMALLUDIN |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | ROHANA BINTI AHMAD |
| Biro Kebajikan | ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN |
| Biro Hal Ehwal Wanita | SABARIAH BINTI MUSA |
| Biro Ekonomi | ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN |
| Biro Agama & Sivik | ZAINUDDIN BIN AZIZ |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Bagan adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 324 |
| Jumlah Keluarga | 62 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 159 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 165 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bagan adalah seperti berikut :
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 7 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 17 |
| Jumlah | 24 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Bagan dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 2 |
| RM531.00 - RM790.00 | 11 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 30 |
| >RM1,319.00 | 18 |
Kegunaan Tanah
Desa KEDA Bagan terletak di kawasan pendalaman dengan keluasan 8 hektar meliputi keseluruhan kawasan kediaman dan beberapa lot kedai.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Bagan adalah seperti berikut :
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 67 |
| Motosikal | 123 |
| Lori | 1 |
| Van | 1 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung tidak berturap 1 km dan memiliki 11 buah lampu jalan. Sistem parit/ longkang merangkumi 1km keluasan Desa KEDA Bagan. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 61 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Bagan dilengkapi surau 1 buah, perpustakaan/ pusat sumber 1 buah, dewan orang ramai 1 buah,1 buah tadika,1 hentian bas dan lot padang bola.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bagan adalah seperti berikut :
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 1(L) / 4(W) |
| Bapa Tunggal | 3 |
| Ibu Tunggal | 15 |
| Anak Yatim | 3 (L) / 3 (W) |









