Desa KEDA Asam Jawa
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Asam Jawa merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1984. Pada tahun 1984, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 113 buah rumah dan memberi manfaat kepada 819 orang penduduk di Daerah Pendang.
Sejarah Kampung
Kampung ini diberi nama Kampung Asam Jawa memandangkan terdapat banyak pokok asam jawa yang bersaiz besar di kawasan kampung sebelum penempatan wujud. Penempatan sebelum ini adalah berselerak dan tidak mempunyai bekalan air termasuk bekalan elektrik serta sistem perhubungan jalan yang baik.
Ketua Kampung yang pertama ialah Yahya Abu atau lebih dikenali dengan Pak Ya Kapak. Beliau adalah kawan baik kepada Tun Dr Mahathir dan sering menemani atau menjadi ‘pengawal’ Dr Mahathir yang mengadakan ceramah-ceramah politik di sekitar Pendang. Tun Dr Mahathir juga adalah ahli UMNO Kampung Caruk Kudung di Pendang pada ketika itu. Keakraban mereka berdua berlanjutan sehinggakan Tun Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri, terbukti apabila Tun Dr Mahathir mempelawanya menaiki helikopter bersamanya untuk meninjau perkampungan luar bandar termasuk di Kampung Asam Jawa, Pendang.
Ketika tinjauan dari udara itu, Dr Mahathir menyuruhnya mengira jumlah rumah yang bertaburan di Kampung Asam Jawa dan bertanya sama ada penduduk kampung itu boleh dipindahkan ke satu penempatan supaya sawah padi dapat diperluaskan dan diusahakan secara berkelompok. Akhirnya 31 Ogos 1984, penduduk yang terdiri daripada empat buah kampung iaitu Kampung Asam Jawa, Kampung Bukit Asam Jawa, Kampung Baru dan Kampung Charok Keladi telah berpindah kepada Kampung Asam Jawa sekarang yang lebih tersusun perkampungannya.
Dengan cetusan idea Tun Dr Mahathir, maka Kampung Asam Jawa dipilih untuk melaksanakan projek perintis sawah berkelompok dan perkampungan yang tersusun, mencontohi konsep ‘Samaeul Undong’ yang dilaksanakan di Korea Selatan. Sehingga kini projek sawah berkelompok ini masih diteruskan yang melibatkan keluasan tanah sebanyak 190 ekar dengan 18 orang pengusaha dan 80 orang tuan tanah.
Info Desa
Nama Desa | Desa KEDA Asam Jawa |
---|---|
Mukim | Padang Pusing |
DUN | Sungai Tiang |
Parlimen | Pendang |
Daerah | Pendang |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Asam Jawa terletak di kawasan yang dikelilingi dengan sawah padi dan bukit. Terdapat tanah seluas 190 ekar telah diusahakan dengan projek sawah berkelompok.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Asam Jawa. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Asam Jawa
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Asam Jawa bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Talib bin Kasim |
Timbalan Pengerusi | Shahbudin bin Ahmad |
Setiausaha | Azahar bin Ahmad |
Biro Kewangan/Bendahari | Norshamsida binti Yakub |
Biro Pembangunan Prasarana | Nasrul Aizi bin Yakob |
Biro Keselamatan dan Kesihatan | Yusof bin Ismail |
Biro Ekonomi dan Keusahawanan | Abdul Ghani bin Mat |
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan | Mohd Nordin bin Hamad |
Biro Belia, Sukan & NGO | Adam bin Ahmad |
Biro Pengurusan Kewangan | Rodziah binti Deranri |
Biro Pendidikan & Inovasi | Solhah binti Abdul Salam |
Biro Agama & Kerohanian | Adnan bin Abdullah |
Biro Kebajikan & Kesukarelawan | Abdul Shukur bin Ahmad |
Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | Rosli bin Basri |
Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga | Rokiah binti Md Rejab |
Maklumat Penduduk
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 819 |
Jumlah Keluarga | 113 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 383 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 436 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Sijil Kemahiran Bertauliah | 13 |
Diploma | 15 |
Ijazah | 6 |
Jumlah | 34 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Asam Jawa dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | 9 |
RM531.00 - RM790.00 | 73 |
RM791.00 – RM1,319.00 | 81 |
>RM1,319.00 | 50 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Asam Jawa ialah sebanyak 57ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 9.5ha, kawasan pertanian seluas 14ha dan kawasan lapang dan rekreasi seluas 1.7ha.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:
Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
---|---|
Kereta | 80 |
Motosikal | 123 |
Lori | 8 |
Van | 7 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.5 km dan lampu jalan 15 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 113 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitari yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Asam Jawa dilengkapi masjid 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, padang bola 1 buah dan tapak perkuburan 1 unit.
Golongan Khas
Golongan Orang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
OKU | 3(L) 2(P) |
Bapa Tunggal | 2 |
Ibu Tunggal | 15 |
Anak Yatim | 8(L) 3(P) |