Derita Cinta[1] merupakan album studio kedua oleh Jamal Abdillah yang dikeluarkan pada tahun 1981. Album ini juga menggunakan khidmat penerbit album beliau yang sebelumnya iaitu Ahmad Nawab.
Album ini mempunyai beberapa lagu-lagu popular seperti "Kembalilah", "Hilanglah Rinduku", "Derita Cinta" dan lain-lain. Lagu "Tidurlah Permaisuri" asalnya dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lagu "Menanti Kasih" asalnya "Lonely Disco Dancer" dinyanyikan oleh Dee Dee Bridgewater.