Dendam Seorang Madu ialah sebuah siri drama Malaysia arahan Riza Baharudin yang dibintangi oleh Redza Rosli, Hannah Delisha dan Sweet Qismina. Siri drama ini akan memulakan tayangan pada 3 Mac 2025 di Slot Tiara, Astro Prima bagi menggantikan Berbahagi Suami. Ini merupakan projek drama kedua gandingan bersama Redza Rosli dan Hannah Delisha selepas drama Di Hatiku Ada Kamu tahun 2024.
Dendam Seorang Madu | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Dendam |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Tipu Helah |
Lagu penutup | TBA |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 50 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jane Lim |
Penerbit | David Teo |
Penyunting | Soul Studio |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima (Slot Tiara) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Mac 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Berbahagi Suami |
Sinopsis
Rayhana dari keluarga yang miskin telah berkahwin dengan Faris untuk mendapatkan rawatan perubatan ibunya. Tidak lama kemudian Rayhana mendapati Faris sudah mempunyai isteri pertama bernama Izara. Tanpa pengetahuan Rayhana, Hanum, ibu Faris, merancang untuk memiliki harta pusaka arwah ayahnya. Selepas terselamat daripada cubaan membunuh untuk mendapatkan harta pusakanya, Rayhana kembali dengan identiti baharu, merancang untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum.
Pelakon
Pelakon Utama
- Hannah Delisha sebagai Puteri Rayhana
- Redza Rosli sebagai Faris Alfian
- Emelda Rosemila sebagai Hanum
- Sweet Qismina sebagai Izara
- Lorenzo Irmann sebagai Megat Akif
Pelakon Pembantu
- Shah Iskandar sebagai Imran
- Azizah Mahzan sebagai Nek Tom
- Dian P. Ramlee sebagai Salbiah
- Lisdawati sebagai Ramlah
- Eizlan Yusof sebagai Megat Sulaiman
- Aida Khalida sebagai Hind
- Liang Chia sebagai Lee
- Hanna Halim sebagai Anis
- Raff Roslee sebagai Wahi
- Zeera Azizi sebagai Dr. Syaza
- Azri Safix sebagai Ezmir
- Dai Fuad sebagai Baqi
- Muhammad Fayyadh sebagai Baby Nawfal
- Shyrim Husni sebagai Peguam Ehsan
Pautan luar
Astro Prima: Slot Tiara, Isnin-Jumaat, 6:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Dendam Seorang Madu | Berikutnya |
Berbahagi Suami | TBA |