Menurut anggaran Biro Bancian AS, penduduk Amerika Syarikat berjumlah 305,376,000, termasuk lebih kurang 11.2 juta pendatang haram. [1] AS adalah negara ketiga teramai di dunia selepas China dan India.
Pertumbuhan penduduk
Kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.89%[2] berbanding Kesatuan Eropah 0.16%.[3] Kadar kelahiran pula adalah 14.16 untuk 1,000 orang iaitu 30% di bawah purata kadar dunia tetapi lebih tinggi dari mana-mana negara Eropah kecuali Albania dan Ireland.[4] Pada tahun kewangan 2007, sejumlah 1.04 juta pendatang diberi taraf penduduk sah. Mexico merupakan sumber utama penduduk sah untuk dua dekat; dan sejak tahun 1998, China, India dan Filipina menjadi negara utama yang rakyatnya datang ke AS.[5] Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara perindustrian di mana pertambahan penduduk yang ramai diramalkan.[6]
Bangsa
AS mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa - 31 kumpulan kaumnya mempunyai lebih dari satu juta ahli.[7] Kulit putih merupakan kumpulan yang terbesar dengan Amerika Jerman, Amerika Irish dan Amerika Inggeris merupakan tiga dari empat kumpulan yang terbesar.[7] Amerika Afrika merupakan kumpulan kedua minoriti yang terbesar selepas Hispanik/Latino, dan yang kaum ketiga terbesar.[8][7] Amerika Asia merupakan minoriti kedua terbesar, dan dua kumpulan yang terbesar dalam kategori ini adalah Amerika Cina dan Amerika Filipina.[7] Pada tahun 2007, penduduk AS termasuk 4.5 juta Orang Asli Amerika atau Orang Asli Alaska dan lebih 1 juta Orang Asli Hawaii atau Orang Kepulauan Pasifik.[8][9]
Ras/Etnik (2007)[10] | |
---|---|
Kulit putih | 73.94% |
Amerika Afrika | 12.38% |
Asia | 4.39% |
Kaum Asli Amerika dan Alaska | 0.78% |
Kaum Asli Hawaii dan Penduduk Pulau Pasifik | 0.14% |
Kaum campur | 2.16% |
Bangsa lain | 6.21% |
Hispanik atau Latino (apa-apa bangsa) | 15.06% |
Bahasa
Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kebangsaan. Walaupun tidak ada bahasa rasmi pada peringkat persekutuan, beberapa undang-undang - seperti syarat menjadi rakyat AS - memerlukan fasih berbahasa Inggeris. Pada tahun 2003, lebih kurang 215 juta, atau 82% penduduknya yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Sepanyol, yang digunakan oleh 10% penduduknya, adalah yang kedua banyak dituturkan dan yang paling banyak diajar sebagai bahasa asing. Sesetengah rakyat Amerika mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara kerana ia sudah dibuat sekurang-kurangnya di 28 negeri. Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris merupakan bahasa rasmi di pulau itu. New Mexico pula mempunyai undang-undang mengenai penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol sementara Louisiana pula bahasa Inggeris dan Perancis. Negeri lain seperti California menghendaki versi Sepanyol untuk sesetengah dokumen kerajaan termasuk borang mahkamah.
Rujukan
- ^ Camarota, Steven A., and Karen Jensenius (2008). "Homeward Bound: Recent Immigration Enforcement and the Decline in the Illegal Alien Population" (PDF). Center for Immigration Studies. Dicapai pada 2008-08-06. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaWF
- ^ "European Union". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 2007-06-15.
- ^ "Rank Order—Birth Rate". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-09. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ "Persons Obtaining Legal Permanent Resident Status by Region and Country of Birth: Fiscal Years 1998 to 2007 (Table 3)". U.S. Dept. of Homeland Security. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-06. Dicapai pada 2008-09-06.
- ^ "Executive Summary: A Population Perspective of the United States". Population Resource Center. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-04. Dicapai pada 2007-12-20. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ a b c d "Ancestry 2000" (PDF). U.S. Census Bureau. 2004. Dicapai pada 2007-06-13. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ a b "B03001. Hispanic or Latino Origin by Specific Origin (collapsed version)". 2007 American Community Survey. U.S. Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-25. Dicapai pada 2008-10-07.
^ "Annual Estimates of the Population by Sex, Race, and Hispanic or Latino Origin for the United States: April 1, 2000 to July 1, 2007 (NC-EST2006-03)". U.S. Census Bureau, Population Division. 2008-05-01. Dicapai pada 2008-09-05. - ^ Friedman, Michael Jay (2006-07-14). "Minority Groups Now One-Third of U.S. Population". U.S. Dept. of State, Bureau of International Information Programs. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ "B03002. Hispanic or Latino Origin by Race". 2007 American Community Survey. United States Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2008-09-25.