Demi | |
---|---|
Genre | |
Pengarah | Rahila Ali |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Elisa Vision Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Okey |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 10 Ogos 2022 – 27 September 2022 |
Demi merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Rahila Ali dibintangi oleh Puteri Aishah, Ashraf Muslim, dan Keith Foo, Ika Nabila. Siri ini memulakan tayangan perdana di Drama Okey, TV Okey bermula 10 Ogos 2022 menggantikan Keluarga Pasar. [1]
Sinopsis
Suraya adalah seorang gadis cekal yang berperwatakan ceria. Dia merupakan cinta pertama Arman. Pada masa yang sama, Arman digilai teman rapat Suraya, Ima. Ternyata cinta Arman tidak disedari Suraya. Suraya pula menaruh harapan pada teman rapatnya semenjak di bangku sekolah, Rashid. Hati-hati yang tidak bertaut itu terlontar jauh dari satu sama lain. Takdir menemukan Suraya dengan Dr Fairul, seorang doktor muda kacukan Melayu dan Inggeris di bumi Scotland.
Berkisarkan kehidupan Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta semuanya demi-Nya yang satu.
Pelakon
- Puteri Aishah sebagai Suraya
- Ashraf Muslim sebagai Arman
- Keith Foo sebagai Fairul
- Ika Nabila sebagai Ima
- Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
- Dato Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
- Riz Amin sebagai Sufi
- Hasnul Rahmat sebagai Hisham
- Safwan Nazri sebagai Dr Rashid
Rujukan
- ^ Drama Demi. Myinfotaip. Dicapai 2022