DH.112 Venom Sea Venom / Aquilon | |
---|---|
Peranan | Pejuang-pengebom |
Pengeluar | de Havilland Aircraft Company SNCASE |
Penerbangan sulung | 2 September 1949 |
Diperkenalkan | FB 1952 NF 1953 |
Dihentikan | FB 1962 NF 1960 |
Pengguna utama | Tentera Udara Diraja Tentera Laut Diraja |
Jumlah dibina | 1,431 (termasuk Aquilon)[1] |
de Havilland DH.112 Venom merupakan sebuah pesawat jet berenjin tunggal yang dikeluarkan oleh Britain selepas Perang Dunia II. Ia dibangunkan berdasarkan pesawat de Havilland Vampire.[2] Tentera Laut Diraja menggunakan pesawat bagi peranan pejuang-pengebom bagi versi satu tempat duduk dan penyerang malam bagi versi dua tempat duduk. Versi tentera laut yang dikenali sebagai Sea Venom, berkhidmat dengan Cabang Udara Armada, Tentera Diraja.
Venom merupakan perantara di antara jet pejuang Britain generasi pertama – pesawat bersayap lurus yang dijanakuasa oleh enjin aliran centrifugal seperti pesawat Gloster Meteor dan Vampire – dan pesawat sayap sapu kemudiannya, dengan rekabentuk enjin aliran sepaksi seperti pesawat Hawker Hunter dan de Havilland Sea Vixen. Kedua-dua pesawat Venom dan Sea Venom berjaya dieksport dan digunakan oleh Australia, New Zealand, Iraq, Sweden, Switzerland dan Venezuela. Tentera Laut Perancis menggunakan Aquilon, versi terbitan daripada Sea Venom FAW.20 yang mana telah dikeluarkan secara berlesen oleh SNCASE (Sud-Est).
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
- ^ "[3.0] DH Venom / DH Sea Vixen" (html). Greg Goebel's in The Public Domain. Dicapai pada 2008-05-05.
- ^ Gunston 1981, p. 52.
Bibliografi
- Green, William. The World's Fighting Planes. London: Macdonald, 1964.
- Gunston, Bill. Fighters of the Fifties. Cambridge, UK: Patrick Stephens Limited, 1981. ISBN 0-85059-463-4.
- Winchester, Jim, ed. "De Havilland Sea Vixen." Military Aircraft of the Cold War (The Aviation Factfile). Rochester, Kent, UK: The Grange plc., 2006. ISBN 1-84013-929-7.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: De Havilland Venom. |
- British Aircraft Directory entry Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine