| David Wright | |||
|---|---|---|---|
Wright bersama New York Mets pada 2016 | |||
| Third baseman | |||
| Dilahirkan: 20 Disember 1982 Norfolk, Virginia, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 21 Julai, 2004, untuk New York Mets | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 29 September, 2018, untuk New York Mets | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .296 | ||
| Home run | 242 | ||
| RBI | 970 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
David Allen Wright (lahir 20 Disember 1982) ialah seorang bekas pemain besbol profesional Amerika yang bermain sebagai penjaga tapk ketiga dan menghabiskan seluruh 14 tahun kariernya dalam Major League Baseball (MLB) bersama pasukan New York Mets. Setelah dipilih oleh Mets dalam Draf MLB 2001, Wright membuat penampilan sulung MLB pada 21 Julai 2004 di Stadium Shea. Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili Amerika Syarikat dan diberi gelaran "Captain America" selepas persembahan cemerlangnya dalam kejohanan World Baseball Classic 2013, apabila beliau mendahului rekod kejohanan dengan 10 larian hasil pukulan (RBI) dan purata pukulan .438, serta dinamakan dalam Bintang Pasukan Pilihan Kejohanan (All-World Baseball Classic Team).
Wright merupakan pemain All-Star sebanyak tujuh kali, dua kali penerima Anugerah Sarung Tangan Emas, dua kali penerima Anugerah Silver Slugger, dan ahli kelab 30–30 (pemain yang mencatat sekurang-kurangnya 30 home run dan 30 stolen base dalam satu musim).
Sebagai antara pemain paling disayangi dalam sejarah pasukan Mets, Wright ialah pemegang rekod sepanjang zaman pasukan bagi jumlah penampilan di tempat pemukul (plate appearances) dan beberapa lagi rekod utama pemain posisi. Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai kapten Mets, menjadikannya kapten keempat dalam sejarah pasukan. Wright juga merupakan pemain ketiga dalam sejarah MLB yang bermain sekurang-kurangnya 10 musim dan kekal bersama pasukan yang sama sepanjang kariernya.
Dalam separuh akhir kariernya, Wright sering dilanda kecederaan, khususnya stenosis tulang belakang, serta masalah tambahan di bahagian leher dan bahu yang menjejaskan peluangnya untuk ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan. Selepas terlepas banyak perlawanan antara 2015 hingga 2018 dan menerima makluman bahawa kecederaannya tidak akan sembuh, Wright mengumumkan bahawa musim 2018 akan menjadi musim terakhirnya sebagai pemain aktif.
Wright menamatkan karier MLB dengan purata pukulan .296, 242 home run, dan 970 RBI. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai penasihat khas dalam pengurusan New York Mets.
Pautan luar
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: David Wright |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan David Wright |
- David Wright at SABR Bio Project








