David Bradley | |
---|---|
Kelahiran | 17 April 1942 |
David Bradley (lahir 17 April 1942) ialah seorang pelakon British. Sejak kebelakangan ini dia dikenali kerana memegang watak penjaga Hogwarts, Argus Filch, dalam siri filem popular Harry Potter.
Biografi
Bradley dilahirkan di York. Dia menjadi pelakon pada tahun 1971, apabila muncul dalam televisyen pada tahun itu dalam siri komedi Nearest and Dearest dengan memegang watak sebagai seorang pegawai polis.
Bradley membintangi dalam siri komedi BBC Wild West sebagai Jake. Dia juga muncul sebagai watak Stemroach dalam siri komedi BBC Ideal.