Dassault Rafale | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat Tempur Pelbagai Peranan |
Pengeluar | Dassault Aviation |
Penerbangan sulung | 4 Julai 1986 |
Diperkenalkan | 18 Mei 2001 |
Status | Dalam pengeluaran |
Pengguna utama | Tentera Udara Perancis Tentera Laut Perancis Tentera Udara India Tentera Udara Qatar |
Jumlah dibina | Hampir 240 buah setakat 2022[kemas kini][1] |
Kos seunit | Rafale C: EU€51.8 juta (RM 224 juta) (2006)[2] Rafale M: EU€56.6 juta (RM 245 juta) (2006)[2] |
Dassault Rafale (Bahasa Melayu : "Badai") adalah pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) mempunyai sayap delta, berenjin kembar dan lincah. Ia direka dan dibina oleh Dassault Aviation, Perancis. Pesawat Rafale dikeluarkan untuk operasi di darat oleh Tentera Udara Perancis dan untuk kegunaan Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini juga dikeluarkan untuk pasaran eksport. Walaupun beberapa buah negara dikatakan berminat untuk memiliki pesawat Rafale, tiada pembelian rasmi telah dibuat sehingga kini.
Pembangunan
Pada pertengahan tahun 1970-an, Tentera Udara Perancis (Armée de l'Air) dan Tentera Laut Perancis (Aéronavale) telah melahirkan keperluan (terutamanya Tentera Laut Perancis) untuk mencari pesawat pejuang generasi baru bagi menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar dan F-8 Crusader, yang mana keperluan ini boleh dikatakan lebih kurang sama hingga boleh disatukan di bawah projek yang sama.[2]
Pesawat demonstrasi teknologi Rafale A telah dikeluarkan pada akhir tahun 1985 dan melakukan penerbangan sulong pada 4 Julai 1986. Enjin SNECMA M88 yang dibangunkan dianggap tidak cukup bersedia semasa program percubaan pertama dilakukan tanpa mendatangkan risiko (seolah-olah status pembangunannya kadang-kadang tidak begitu menonjol), oleh sebab itu pesawat demonstrasi ini telah dilengkapi dengan kipas turbo pembakaran lanjut General Electric F404-GE-400 sepertimana yang digunakan untuk pesawat F/A-18 Hornet. Pesanan untuk pesawat ini kemudian telah dibuat pada tahun 1988.
Ujian lanjutan disambung, termasuk pendaratan touch-and-go dan penerbangan ujian dengan menggunakan model awal enjin M88, sebelum ujian Rafale A dihentikan pada tahun 1994. Pesawat Rafale A dan pesawat British Aerospace EAP adalah setanding. Apabila pesawat Eurofighter Typhoon melakukan penerbangan sulong pada Mac 1994, pesawat pra-siri Rafale telah melakukan 3 tahun ujian penerbangan, termasuk pendaratan percubaan di atas kapal pengangkut (Pesawat Rafale C01, Rafale M01 dan Rafale B01 masing-masing terbang pertama kali pada Mei 1991, Disember 1991 dan April 1993).[3] 3 versi pesawat Rafale telah dipesan pada peringkat permulaan iaitu:
- Rafale C (Chasseur) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
- Rafale B (Biplace) Pesawat 2 tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
- Rafale M (Marine) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis.
Prototaip pesawat Rafale C terbang pada tahun 1991 manakala pesawat prototaip pertama Rafale M terbang selepas itu pada tahun yang sama. Pesawat prototaip Rafale B pula diterbangkan pada awal tahun 1993, sementara pesawat prototaip kedua Rafale M diterbangkan selepasnya. Ujian menggunakan [4] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today pelancar telah dimulakan antara 13 Julai dan 23 Ogos 1992 di Stesyen Udara Tentera Laut Lakehurst, New Jersey, AS dan Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River, di Maryland, AS. Ujian dilakukan di AS disebabkan Perancis tidak mempunyai kemudahan ujian pelancar di darat. Pesawat ini kemudiannya melakukan ujian di atas kapal pengangkut pesawat Foch.[5] Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine
Pada mulanya pesawat Rafale B dianggap sebagi pesawat latihan, tetapi pengalaman semasa Perang Teluk dan Perang Kosovo menunjukkan kehadiran anak kapal kedua sangat penting dalam melaksanakan misi serangan dan tinjauan. Oleh sebab itu, lebih banyak pesawat Rafale B dipesan sebagai gantian untuk beberapa pesawat Rafale C. Ini bermakna kira-kira 60% daripada jumlah pesawat Rafale Tentera Udara Perancis terdiri daripada versi 2 tempat duduk [6]. Keputusan sama juga dibuat oleh Tentera Laut Perancis, yang mana pada mulanya tidak memiliki sebarang pesanan untuk pesawat versi 2 tempat duduk.
Keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan tiada pengeluaran untuk pesawat Rafael M sehingga tahun 1999.[7]
Pada mulanya Perancis dikatakan akan memesan sehingga 294 buah pesawat Rafale: iaitu 232 buah pesawat untuk Tentera Udara Perancis dan 60 buah pesawat untuk Tentera Laut Perancis.[8] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today Berlalunya masa, jumlah pesanan ini kian menurun dan difahamkan hanya 120 buah pesawat Rafale telah mendapat pesanan rasmi.[9] Pesawat ini telah dihantar dalam beberapa kelompok, yang mana pesanan terakhir telah dibuat pada Disember 2004 untuk 59 buah pesawat Rafale. Walaupun Kementerian Pertahanan Perancis memndedahkan bahawa jumlah ini masih di dalam kajian dan berkemungkinan besar akan dikurangkan kepada 51 buah pesawat pada harga yang sama. Ini membayangkan 8-12 buah pesawat akan dikorbankan untuk memberi laluan kepada pemasangan sistem pengesan baru yang dibangunkan oleh pihak industri kepada kelompok ini."[10]
Keutamaan pengeluaran diberikan kepada pesawat Rafale versi marin disebabkan pesawat ini amat diperlukan untuk menggantikan pesawat pejuang yang uzur iaitu Vought F-8[11]. Penghantaran bermula pada tahun 2001 dan mula memasuki perkhidmatan pada 4 Disember 2000, walaupun skuadron pertama iaitu, Flotille 12 sebenarnya masih belum ditubuhkan semula sehingga 18 Mei 2001. Pesawat ini memulakan perkhidmatan di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle pada 2002, dan beroperasi sepenuhnya pada 25 Jun 2004, berikutan penilaian operasi yang mana termasuk misi-misi sokongan sebagai pengiring penerbangan terhad dan penangki semasa Operasi Kebebasan Kekal di Afghanistan. Walaupun fungsi udara-ke-udara dihadkan dan pilihan senjata yang terhad, pesawat Rafale M telah diakui antara pesawat pejuang yang termaju di Eropah.[perlu rujukan]
Tentera Udara Perancis menerima 3 buah pesawat Rafale B pertamanya (standand F2) pada akhir Disember 2004. Pesawat ini kemudian dihantar ke Pusat Latihan Penerbangan Tentera di Mont-de-Marsan untuk penilaian operasi dan latihan peralihan juruterbang.[12] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today Unit hadapan pertama Tentera Udara Perancis iaitu Escadron de Chasse 1/7 Provence, telah ditubuhkan di Saint-Dizier pada tahun 2006. Kelewatan penubuhan skuadron ini adalah disebabkan oleh kelewatan penghantaran pesawat. Pada mulanya, Keupayaan Operasi Penuh secara optimis dijadualkan pada bulan September 2006, akan tetapi telah dijadualkan semula ke pertengahan-2007. Pesawat yang sepatutnya telah mencapai tahap Operasi Penuh adalah pesawat dari jenis pejuang-pengebom dengan persenjataan peluru berpandu udara-ke-udara MICA, peluru berpandu kruis SCALP EG, bom panduan-GPS, dan bom panduan laser. Terdapat kemungkinan pesawat ini akan menggunakan jenis senjata/platfom yang berlainan atau sistem senjata permukaan.
Reka bentuk
Sistem pertempuran
Pesawat Rafale membawa, untuk pertama kalinya dalam sejarah penerbangan, sistem ikhtiar hidup elektronik bersepadu yang dinamakan SPECTRA yang memempunyai ciri teknologi halimunan maya berasaskan perisian. Penderia yang paling penting adalah radar berbilang mod imbasan elektronik pasif Thales RBE2. Thales mendakwa telah tahap kesedaran situati yang tidak pernah terjadi melalui pengesanan dan penjejakan awal berbilang sasaran udara untuk serangan dekat dan pemintasan jarak jauh, disamping peta 3D generasi masa sebenar berdasarkan permukaan tanah dan peta perincian tinggi bumi bagi generasi masa sebenar untuk kegunaan navigasi dan sasaran.[13]
Walau bagaimanpun, dalam keadaan di mana pengurusan tanda pengenalan diperlukan, pesawat Rafale akan menggunakan beberapa sistem pengesan pasif.
Sistem optik-elektro sektor hadapan yang dibangunkan oleh Thales berintegrasi sepenuhnya di dalam pesawat dan boleh dioperasi dalam jarak gelombang yang boleh dilihat dan jarak gelombang infra merah.
Sistem peperangan elektronik SPECTRA, dibangunkan bersama oleh Thales dan EADS Perancis, memberi pesawat aset survival tertinggi dalam menentang ancaman dari darat.[14] Rantaian data masa sebenar membolehkan komunikasi tidak hanya ke pesawat lain tetapi juga dengan pusat kawalan dan arahan tetap dan bergerak. Untuk misi-misi yang memerlukannya, pesawat Rafale akan menggunakan pod pengenalan laser/optik-elektro DAMOCLES yang berkebolehan menggunakan Bom Panduan Laser sama ada pada waktu siang atau malam. Pada masa ini, Tentera Udara Perancis merancang pesawat Rafale akan membawa senjata jenis stand off dan Bom Panduan Laser akan dikendalikan oleh pesawat Dassault Mirage 2000.
Pesawat Rafale menggunakan sistem utama Avionik Modul Bersepadu juga dikenali sebagai (Unit Pemprosesan Data Modular). Rekabentuk ini menempatkan semua fungsi utama pesawat seperti sistem pengurusan penerbangan, penggabungan data, kawalan tembakan, Antara Muka Manusia-Mesin, dsb.[3].
Kokpit
Kokpit pesawat ini menggunakan kerusi lenting Mark16F "zero-zero" buatan Martin-Baker. Ini bermakna kerusi lentingan ini boleh digunakan pada kelajuan dan ketinggian sifar. Kerusi ini dicondongan sebanyak 29-darjah kebelakang untuk memperbaiki daya tahan melawan Daya-G. Kanopi akan dibuka kearah kanan. Sistem penjaaan oksigen dalaman disediakan, oleh itu keperluan untuk tabung oksigen berbilang adalah tidak perlu.[4]
Kokpit pesawat Rafale mengandungi Paparan Pandang Atas (HUD) holographic yang lebar dan 2 Paparan Pelbagai Fungsi panel-rata di bawahnya. Bagi paparan antara muka, juruterbang boleh memasukkan input melalui sentuhan tangan. Selain itu, pada masa akan datang juruterbang akan dilengkapkan dengan Paparan Lengkapan Helmet.
Juruterbang menerbangkan pesawat menggunakan kayu kawalan tepi yang diletakkan di sebelah kanan dan pendikit di sebelah kiri. Ia menggabungkan kawalan HOTAS (Hands On Throttle And Stick). Kokpit Rafale juga dirancang akan termasuk Input Suara Terus, yang mana membolehkan juruterbang bertindak memberi arahan dengan menggunakan suara.
Ciri merendahkan kesan radar
Sungguhpun pesawat ini bukan pesawat halimunan sebenar, pesawat Rafale mengurangan kesan jejak pada radar sama seperti pesawat F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. Mengikut syarikat Dassault, walaupun kebanyakkan reka bentuk halimunan adalah rahsia, penggunaan bahan komposit secara extensif dan corak yang bergerigi di hujung ekor dan sirip kecil membantu dalam merendahkan keratan rentas bentuk pesawat pada radar.[5]
Taraf
Penghantaran awal pesawat Rafale M adalah standard F1 ("France 1"). Ia bermakna pesawat ini sesuai untuk digunakan dalam pertempuran udara-ke-udara, menggantikan pesawat usang F-8 Crusader sebagai pesawat pejuang yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis. Pesawat ini tidak dilengkapkan dengan senjata untuk beroperasi dalam misi udara-ke-darat. Penghantaran selanjutnya (kepada Flotille 11 selepas 2007) adalah standard "F2", berupaya untuk melaksanakan operasi udara-ke-darat. Ia akan menggantikan peranan pesawat Dassault-Breguet Super Etendard untuk tugas serangan darat dan Dassault Etendard IVP untuk tugas tinjauan. Ini bermakna pesawat Rafale M adalah satu-satunya pesawat tempur kepak kaku yang diterbangkan oleh Tentera Laut Perancis. Tentera Laut Perancis bercadang untuk menaik taraf semua pesawat Rafale kepada taraf "F3", yang dilengkapi radar mengikut-permukaan 3-Dimensi dan muatan senjata nuklear, seawal-awalnya pada awal 2010.[15]
Pesawat Rafale C pertama yang dihantar kepada Tentera Udara Perancis, pada Jun 2005, adalah untuk mengantikan model "F2". Dipercayai proses naik taraf pesawat "F2" (sama kepunyaan tentera laut) akan dilakukan pada masa hadapan. Pesawat Rafale ini menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar, Dassault Mirage F1 dan Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis.
Sejarah operasi
Perancis
Pesawat Rafale yang sedang berkhidmat sebagai pesawat percubaan dan latihan bersama Tentera Udara Perancis (CEAM/EC 5/330) dan EC 1/7 di Saint-Dizier dijangka akan menerima 8–10 buah pesawat Rafale taraf F2 dalam musim panas 2006. Ia akan mencapai taraf perkhidmatan operasi penuh (dengan keupayaan serangan udara-ke-udara dan dan udara-ke-darat yang jitu) pada pertengahan-2007 (EC 1/7 akan memiliki 20 buah pesawat, dengan kekuatan 15 buah pesawat 2 tempat duduk dan 5 buah pesawat 1 tempat duduk).[16] Pesawat ini telah berada perkhidmatan terhad bersama Tentera Laut Perancis (Flotille 12F) berperanan sebagai pesawat pejuang udara-ke-udara, telah menjalankan tugasnya dengan baik semasa penilaian untuk serangan udara-ke-darat.
Atur gerak pertama pesawat Rafale di dalam zon pertempuran di mana penglibatan Tentera Laut Perancis semasa Operasi Héraclès, iaitu penglibatan tentera Perancis dalam Operasi Keamanan Kekal. Pesawat ini diterbangkan dari pesawat pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Afghanistan seawal tahun 2002, tetapi taraf F1 dihalang daripada melaksanakan misi udara-ke-darat dan ini bermakna tiada aksi daripada pesawat Rafale.
Pada 2007, peningkatan daripada "program kilat" 6 buah pesawat Rafale diberi keupayaan untuk menggugurkan bom panduan laser, untuk kegunaan di Afghanistan. 3 buah daripada pesawat ini ditugaskan ke Tentera Udara Perancis dan telah diatur gerak ke Dushanbe di Tajikistan. Sementara itu, 3 buah pesawat lagi iaitu Rafale Marine ditugaskan di atas kapal pengangkut pesawat Charles De Gaulle.[6] Misi pertama pesawat dilakukan pada 12 Mac 2007, dan bom GBU-12 pertama dilancarkan pada 28 Mac 2007 untuk membantu pertempuran pasukan Belanda di Selatan Afghanistan, menandakan kemunculan pertama pesawat Rafale.[7] Walau bagaimanapun, pesawat ini terpaksa bergantung kepada pesawat Mirage 2000D dan Super Entendard yang membawa pod sasaran laser untuk menanda sasaran.[8]
Pada 6 Disember 2007, pesawat 2 tempat duduk Tentera Udara Perancis yang dipandu oleh seorang juruterbang yang melakukan penerbangan latihan di pangkalan Saint-Dizier, terhempas di kawasan tak berpenghuni di daerah Neuvic, Correze dan menyebabkan kematian juruterbangnya. Ini adalah kemalangan pertama yang melibatkan kehilangan pesawat Rafale. Pada 10 Januari 2008, Menteri Pertahanan Hervé Morin mengeluarkan kenyataan di radio RTL (sebuah stesyen radio di Perancis), menyebut kemalangan adalah disebabkan oleh "disorientasi juruterbang".[9]
Eksport
Sehingga kini tiada sebarang export dilakukan. Negara-negara yang berminat untuk membeli pesawat Rafale termasuk India,[10] yang sedang mencari lebih 126 buah pesawat pejuang dan penyerang pelbagai fungsi (MRCA). Pesawat Rafale telah disenarai pendek dalam persaingan MRCA bersama-sama MiG-35, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, JAS 39 Gripen dan Eurofighter Typhoon.[11]
Pada Januari 2006, suratkhabar Perancis Journal du Dimanche melaporkan bahawa Libya mahu memesan 13–18 buah pesawat Rafale "dalam perjanjian yang bernilai hampir AS$3.24 bilion".[12] Pada Disember 2007, Saif al-Islam Gaddafi secara terbuka mengaku keinginan Libya terhadap pesawat Rafale[13]
Pada Februari 2007, Switzerland dilaporkan meneliti pesawat Rafale di antara calon-calon untuk menggantikan pesawat F-5 Tiger II. (Le Temps, 13 Februari 2007)
Pada September 2007, La Tribune melaporkan kegagalan usaha untuk menjual pesawat kepada Maghribi, calon yang berjaya adalah Lockheed Martin F-16.[14] Pada Oktober 2007, La Tribune's mengesahkan laporan awalnya yang menyatakan Maghribi tidak akan membeli pesawat Rafale.[15]
Pada Januari 2008, O Estado de São Paulo melaporkan Menteri Pertahanan Brazil telah melawat Perancis untuk berbincang mengenai kemungkinan membeli pesawat Rafale untuk program FX-2.[16]
Kelainan
- Rafale A
- Pesawat demonstrasi teknologi yang pertama kali terbang pada 1986. Perkhidmatannya telah dihentikan.
- Rafale D
- Dassault menggunakan pengenalan (D untuk discrete atau halimunan) pada awal 1990-an untuk kegunaan Armée de l'Air, sebagai penekanan kepada ciri separuh halimunan yang ditambah pada rekabentuk pesawat.
- Rafale B
- Versi 2 tempat duduk untuk Armée de l'Air; dihantar kepada EC 330 pada tahun 2004.
- Rafale C
- Versi satu tempat duduk untuk Armée de l'Air; dihantar kepada EC 330 pada bulan Jun 2004.
- Rafale M
- Versi bagi kegunaan diatas kapal pengangkut Aéronavale, mula berkhidmat pada tahun 2002. Pesawat Rafale M 500 kg (1,100 lb) lebih berat daripada pesawat Rafale C. Luaran sama dengan pesawat Rafale C kecuali dari segi berikut:
- Diperkukuhkan untuk melawan kekangan untuk penerbangan berasaskan kapal pengangkut
- Gear pendaratan yang lebih kuat
- Gear depan yang lebih panjang untuk memberi lebih dongakan depan pesawat semasa pelancaran pelancar
- Membuang pilon depan-tengah (memberi lebih ruang untuk gear yang lebih panjang)
- Pencangkuk ekor jenis-sengat lebih besar di antara enjin
- Tangga berlepas menggunakan kuasa terbina dalam
- Sistem pendaratan gelombang mikro untuk kapal pengangkut pesawat
- Platform rujukan inersia "Telemir" yang dapat menerima kemaskini daripada sistem kapal pengangkut pesawat.
- Rafale N
- Pesawat Rafale N, asalnya dikenali sebagai Rafale BM, dirancang sebagai versi pesawat 2 tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis. Kekangan belanjawan dan kos untuk melatih krew tambahan dipercayai menyebabkan pembatalan projek ini.
Pengguna
- Tentera Udara Croatia – 12 buah C/B F3-R Rafale telah dipesan. 10 buah C F3-R dan 2 buah B F3-R. Kumpulan 8 buah pertama akan diserahkan pada tahun 2024 dan 4 buah selebihnya pada tahun 2025.[17][18]
Pada November 2014, Mesir dilaporkan sedang berunding dengan Perancis untuk membeli 24 hingga 36 buah Rafale, bergantung pada perjanjian pakej kewangan dan persenjataan.[19] Menjelang Februari 2015, kedua-dua buah negara berunding untuk satu pinjaman daripada agensi kredit eksport Perancis untuk membeli sehingga 24 buah Rafale. Syarat untuk MEsir tambahan 12 buah pesawat tambahan adalah penjualan peluru berpandu SCALP-EG, yang mana Amerika Syarikat telah menghalang penjanjian ini.[20] Mesir berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian secepat mungkin untuk membolehkan ia dipamerkan semasa sambutan pelancaran pembesaran Terusan Suez pada bulan Ogos 2015.[21]
Pada 16 Februari 2015, Mesir menjadi pelanggan antarabangsa pertama bagi pesawat Rafale apabila secara rasmi memesan 24 buah Rafale,[22] dalam satu perjanjian yang lebih besar termasuk sebuah frigat pelbagai peranan FREMM dan peluru berpandu, bernilai AS$5.9 bilion (€5.2 billion).[23][24] Pesanan ini terdiri daripada 8 buah pesawat satu tempat duduk dan 16 buah pesawat dua tempat duduk. Pada Julai 2015, satu ucara menandakan penerimaan Mesir ke atas tiga buah pesawat Rafale pertama, telah diadakan di pusat ujian penerbangan Dassault di Istres.[25] Pada Januari 2016, Mesir menerima tiga buah lagi pesawat Rafale.[26] Kesemua enam buah pesawat adalah model dua tempat duduk (Rafale DM) yang dialihkan daripada penghantaran kepada Tentera Udara Perancis.[27] Mesir menerima kumpulan ketiga sebanyak tiga buah pesawat Rafale yang diterbangkan oleh para juruterbang Mesir terus daripada Perancis pada April 2017; ia merupakan kumpulan pertama model satu tempat duduk (Rafale EM) yang akan diserahkan kepada Tentera Udara Mesir.[28] Mesir menerima penghantaran keempat yang terdiri daripada dua buah Rafale EM pada Julai 2017.[29] Kumpulan kelima, terdiri daripada tiga buah pesawat Rafale EM terakhir, telah diserahkan pada November 2017, meningkatkan jumlahnya kepada 14 buah Rafale.[30]
Pada Jun 2016, Mersir memulakan rundingan dengan Dassault untuk memperoleh 12 buah tambahan pesawat, bertujuan untuk mengaktifkan pilihan dalam klausa kontrak pertama.[31][32] Satu delegasi Mesir telah melawat Perancis pada November 2017.[33] Pada Mei 2021, Mesir telah memesan 30 buah pesawat tambahan dalam satu kontrak bernilai $4.5bn selepas Perancis menjadikan peluru berpandu SCALP EG bebas-ITAR dengan menggantikan komponen buatan AS dengan produk Perancis.[34][35] Pada 15 November 2021, Mesir mengesahkan bahawa ia akan menerima 30 buah Rafale F3R antara tahun 2024 hingga 2026.[perlu rujukan] Tentera Udara Mesir berminat untuk membeli versi Rafale F4 apabila Dassault membuka tawaran kepada pembeli luar negara.[36]
Para analisis menjangka satu pesanan segera sebanyak 84[37] buah pesanan pesawat daripada Mesir dan Qatar dipengaruhi oleh Arab Spring dan ketidaktentuan penglibatan AS di Timur Tengah.[38]
- Perancis
- Sejumlah 180 buah telah dipesan daripada 286 buah yang dirancang, dengan pilihan untuk 9 buah lagi.[39] Sekitar 152 buah disahkan telah diserahkan menjelang tahun 2018.[40][41] Setakat 2017[kemas kini], 149 buah telah diserahkan. Pada tahun 2018, 3 buah Rafale akan diserahkan, dan menjelang tahun 2024 kesemua baki 28 buah daripada 180 buah yang dipesan akan diserahkan.[42][43][44]
- Pasukan Angkatan dan Udara Perancis – 102 buah;[45][43] unit-unit yang diterbangkan termasuk:
- Pangkalan Udara Saint-Dizier – Robinson
- Escadron de Chasse 2/4 La Fayette (2018–kini)[46] serangan nuklear
- Escadron de Chasse 1/7 Provence (2006–2016)[47] pesawat pejuang pelbagai peranan
- Escadron de Chasse 1/4 Gascogne (2009–kini)[47] serangan nuklear
- Escadron de Transformation Rafale 3/4 Aquitaine (Oktober 2010–kini, Unit Perubahan Operasi Rafale yang dioperasi bersama oleh Tentera Udara Perancis d an Penerbangan Tentera Laut Perancis)[47]
- Pangkalan Udara Mont-de-Marsan
- Escadron de Chasse 2/30 Normandie-Niemen (2012–kini)[47] pesawat pejuang pelbagai peranan
- Escadron de Chasse 3/30 Lorraine (2016–kini)[47] pesawat pejuang pelbagai peranan
- Escadron de chasse et d'expérimentation 1/30 Côte d'Argent (2004–kini) Penilaian dan pembangunan taktik
- Pangkalan Udara Al Dhafra, UAE
- Escadron de Chasse 3/30 Lorraine (2010–2016) pesawat pejuang pelbagai peranan
- Escadron de Chasse 1/7 Provence (2016–kini) pesawat pejuang pelbagai peranan
- Pangkalan Udara Saint-Dizier – Robinson
- Tentera Laut Perancis – 46 buah telah diserahkan, 41 buah masih aktif[48]
- Pangkalan Udara Tentera Laut Landivisiau
- Tentera Udara Greece – Greece telah memesan 18 buah Rafale pada tahun 2020, dan tambahan sebanyak 6 buah Rafale pada tahun 2021, menjadikan jumlah pesanan sejumlah 24.[51][52][53] Pesawat pertama telah diserahkan pada 21 Julai 2021 di Perancis.[54]
- Tentera Udara India – 36 buah (28 buah tempat duduk tunggal dan 8 buah dua tempat duduk) pesawat telah ditempah.[55] di mana 2 buah telah diletakkan di Perancis untuk tujuan misi latihan.[56] Menjelang Julai 2022, kesemua 36 buah Rafale telah diserahkan. [57]
- Ambala AFS[58]
- Skuadron No. 17 (Golden Arrows)[59]
- Hasimara AFS[58]
- Skuadron No. 101 (Falcons)[60]
- Ambala AFS[58]
- Tentera Udara Qatar – Qatar telah menempah 24 buah Rafale pada tahun 2015, dan membuat pesanan tambahan sebanyak 12 buah pada 2018. Ia juga memiliki pilihan untuk memesan tambahan 36 buah.[61] Setakat Februari 2020[kemas kini], 25 buah telah diserahkan.[62]
- Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu – 80 buah Rafale F4 telah ditempah[63]
Spesifikasi
Data dari ciri-ciri Dassault Rafale,[64] Superfighters[65]
Ciri umum
- Anak kapal: 1–2
- Panjang: 15.27 m (50.1 kaki)
- Rentang sayap: 10.80 m (35.4 kaki)
- Tinggi: 5.34 m (17.5 kaki)
- Sayap luas: 45.7 m² (492 kaki²)
- Berat kosong: 9.1 tan (Rafale C); 9.5 tan (Rafale B); 9.8 tan (Rafale M)[perlu rujukan] ()
- Berat berlepas maksimum: 24,500 kg (54,000 lb)
- Loji kuasa: 2× SNECMA M88-2 turbofan
- Tujahan kering: 48.7 kN (10,960 lbf) setiap satu
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 73.0 kN (16,400 lbf) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum:
- Altitud tinggi: Mach 1.8 (2,150 km/j, 1,160 knots)
- Altitud rendah: 1,390 km/j, 750 knots
- Jejari bertempur: 1,852+ km (1,000+ batu nautika) misi penyusupan
- Lelangit khidmat 16,800 m (55,000 kaki)
- Kadar kenaikan: 304.8+ m/s (1,000+ kaki/s)
- Beban sayap: 326 kg/m² (83 1/3 lb/kaki²)
- Tujahan/berat: 1.13
Persenjataan
- Meriam: 1× 30 mm meriam GIAT 30/719B dengan 125 butir peluru
- Peluru berpandu:
- Udara-ke-udara:
- MICA IR/EM atau
- Magic II dan pada masa depan
- MBDA Meteor
- Udara-ke-darat:
- MBDA Apache atau
- SCALP EG atau
- AASM atau
- GBU-12 Paveway II atau
- AM 39 Exocet atau
- Peluru berpandu Nuklear ASMP-A
- Udara-ke-udara:
Avionik
- Radar Thales RBE2
- Sistem peperangan elektronik Thales SPECTRA.
- Sistem IRST Thales/SAGEM OSF (Optronique Secteur Frontal).
Lihat juga
Pesawat yang setanding
Rujukan
- ^ Indian Defence Review 37.1 (Jan-Mar 2022), ISSN: 0970-2512, P. 20
- ^ a b FighterCostFinalJuly06, Kos sebenar Pesawat Pejuang Moden, muka surat 2 (PDF)
- ^ "RAFALE". Dassault Aviation. 2005-06-12. Dicapai pada 2008-02-09.
Peningkatan upaya utama pesawat Rafale terletak pada Unit Pemprosesan Data Modular baru. Ia mengandungi sehingga 18 modul boleh-tukar penerbangan, setiap satu berkuasa untuk memproses 50 kali lebih tinggi daripada 2084 XRI jenis berkomputer yang terdapat pada pesawat versi awal Mirage 2000-5.
- ^ Pesawat Dassault Rafale
- ^ "Pengoptimumkan rangka". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-06. Dicapai pada 2008-04-09.
- ^ "Paris menggunakan pesawat Rafale di Afghanistan(French)". Le Figaro. 2007-03-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-17. Dicapai pada 2007-04-05.
- ^ "Pesawat Rafale, bagus untuk tugas pengeboman (bahasa Perancis)". Midi Libre. 2007-04-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-05.
- ^ Goebel, Greg. "Rafale memasuki perkhidmatan(2007-04-01)". www.vectorsite.net. Dicapai pada 2007-04-05. External link in
|publisher=
(bantuan) - ^ Kemalangan pesawat Rafale disebabkan oleh disorientasi ruang yang dialami oleh juruterbang Diarkibkan 2009-09-10 di Wayback Machine, translation
- ^ "India akan membeli lebih banyak pesawat tempur". Hindustan Times. 2006-02-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-06. Dicapai pada 2006-09-10.
- ^ "Persaingan pesawat MMRCA India". Defense Industry Daily. 2007-08-29. Dicapai pada 2007-09-21.
- ^ "Laporan: Libya akan memesan 13-18 buah pesawat pejuang Rafale Perancis dalam perjanjian bernilai in AS$3.24 billon", Haaretz, 14 Januari 2007.
- ^ [1]
- ^ "Dassault Aviation kehilangan pesanan Rafale kepada Lockheed Martin di Morocco". Forbes. 2007-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-03. Dicapai pada 2007-09-21.
- ^ "Perancis melengkapkan jualan senjata selepas kegagalan Rafale". Reuters. 2007-10-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-21. Dicapai pada 2007-10-24.
- ^ "Jobim membincangkankan sistem persenjataan dengan Perancis dan Rusia". 2008-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-25. Dicapai pada 2008-01-25. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCroatia and France finalize Rafale
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaflightglobal.com
- ^ Cabirol, Michel (16 October 2014). "Exportation d'armes (3/4) : l'Egypte, la divine surprise en 2014". La Tribune (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2014.
- ^ "Réglementation ITAR : la France veut réduire sa dépendance aux Etats-Unis". La Tribune (dalam bahasa Perancis). 2018-09-07. Dicapai pada 2024-01-23.
- ^ Bruneau, Caroline (6 February 2015). "Egypt Is Possible First Export Customer For French Rafale". Aviation Week & Space Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2015.
- ^ "Exportation du Rafale : les inquiétudes de l'armée de l'air". La Tribune (dalam bahasa Perancis). 9 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015.
- ^ Lert, Frédéric (16 February 2015). "Egypt officially signs for 24 Rafales, FREMM frigate, and missiles". IHS Jane's Defence Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2015.
- ^ "Egypt, France to conclude €5.2 billion deal for Rafale jets". France 24. 16 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2015.
- ^ "Dassault Aviation delivers first Rafales to the Arab Republic of Egypt" (Siaran akhbar). Dassault Aviation. 20 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 July 2015.
- ^ "Egypt Receives Three More Rafale Fighters From France". defenseworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2016. Dicapai pada 28 January 2016.
- ^ Hoyle, Craig (20 July 2015). "Rafale exports take off with Egyptian delivery". Flightglobal. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2015.
- ^ "Egypt receives third batch of Rafale fighter jets from France". ahram.org.eg. 5 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2017. Dicapai pada 5 April 2017.
- ^ "Egypt receives fourth batch of Rafale fighter jets from France". Ahram Online. 26 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2017.
- ^ "Egypt takes delivery of additional Rafales; looks to acquire more". 1 December 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2017.
- ^ Cabirol, Michel (15 June 2016). "Et si l'Egypte achetait 12 Rafale de plus en 2016". La Tribune (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2016.
- ^ "Egyptian Additional 12 Rafale Order May Delay Indian Deliveries Further". defenseworld.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2016. Dicapai pada 23 September 2016.
- ^ "Douze nouveaux Rafale à l'Egypte". 16 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2017.
- ^ "France to sell Egypt 30 fighter jets in $4.5 bln deal -Egyptian defense ministry, report". Reuters. 3 May 2021.
- ^ Mackenzie, Christina (2021-05-04). "Egypt bumps up its Rafale fleet by 30 new planes". Defense News. Dicapai pada 2021-05-04.
- ^ "Egyptian Deal For Rafale Fighters Boosts Data Sharing". Breaking Defense. 2021-05-19.
- ^ Sweetman, Bill (13 May 2015). "Opinion: Saab And Dassault Strengthen Their Fighter-Market Positions". Aviation Week & Space Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2015. Dicapai pada 13 May 2015.
- ^ "Surge in Jet Purchases Reshuffles Market". Defense News. 10 May 2015. Dicapai pada 14 May 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDID Rafale
- ^ Rahir, Patrick (2 August 2013). "France To Cut Rafale Order; Betting on Exports". Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2013. Dicapai pada 19 January 2014.
- ^ "France To Make Military Personnel Cuts". Aviation Week. 2 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2013. Dicapai pada 19 Oktober 2013.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaauto2
- ^ a b "2014 first half-year results" (PDF) (Siaran akhbar). Dassault Aviation. 25 July 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 5 September 2014. Dicapai pada 4 October 2014.
- ^ "44 Rafale Marine auront été livrés fin 2015". Mer et Marine (dalam bahasa Perancis). 16 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2015. Dicapai pada 28 December 2015.
- ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 July 2018. Dicapai pada 20 July 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Les adieux du Mirage 2000N". defense.gouv.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2018. Dicapai pada 2018-11-25.
- ^ a b c d e f "Rafale deployment history". Dassault Aviation. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2013. Dicapai pada 18 January 2014.
- ^ GroizeIeau, Vincent (2021-11-19). "Rafale Marine : le M47 passe à la trappe". Mer et Marine. Dicapai pada 2021-11-21.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOperational_Rafale_HighBeam
- ^ Lert, Frédéric (18 July 2016). "French Navy retires Super Etendard". IHS Jane's Defence Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2016. Dicapai pada 23 October 2016.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaautogenerated1
- ^ "Greece to boost arms with 18 new French Rafale jets, frigates amid growing Turkey tensions". France 24. 13 September 2020.
- ^ "Greece to boost arms with 18 new French Rafale jets, frigates amid growing Turkey tensions". DefPost. 2020-03-02. Dicapai pada 2020-09-13.
- ^ "Dassault Aviation livre le premier chasseur omnirôle Rafale à la Grèce". 21 July 2021.
- ^ "Second batch of Rafale aircraft reaches India, says IAF". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-04.
- ^ "Five Rafale jets leave for India: What happens next". The Indian Express (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-27.
- ^ Siddiqui, Huma (16 July 2022). "Indian Air Force gets 36 Rafale fighter jets! France completes delivery of lethal combat aircraft". Financial Express. Dicapai pada 17 July 2022.
- ^ a b "Ambala, Hasimara IAF bases being readied for Rafale jets". The Economic Times. 1 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2017.
- ^ "IAF resurrects vintage 'Golden Arrows' squadron to fly first batch of Rafale jets". India Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-13.
- ^ "IAF formally inducts Rafale jets into 101 squadron of Eastern Air Command". Hindustan Times. 29 July 2021.
- ^ "Under embargo Qatar takes delivery of first Rafale jets". France 24. 5 June 2019.
- ^ "Qatar Takes Delivery of Fifth Batch of Rafale Fighter Jets". DefPost. 2020-03-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2020.
- ^ "Press kits – Dassault Aviation".
- ^ Rafale Aircraft Characteristics Diarkibkan 2011-04-08 di Wayback Machine, Dassault Aviation
- ^ Williams, Mel ed, "Dessalut Rafale", Superfighters, The Next Generation of Combat Aircraft. AIRtime, 2002. ISBN 1-880588-53-6.
- "Penggabungan Perancis". Flight Daily News. 2005-06-14. Dicapai pada 2005-08-30. Check date values in:
|date=
(bantuan) - Fredriksson, Urban (2006-08-02). "Jadual perbandingan pesawat pejuang". Dicapai pada 2006-09-10. Check date values in:
|date=
(bantuan) - "Pembaikan pesawat selepas kekalahan di Singapura". Flight Daily News. 2006-02-23. Dicapai pada 2006-09-10. Check date values in:
|date=
(bantuan) - "Typhoon dikejutkan oleh Singapura". Flight Daily News. 2005-06-13. Dicapai pada 2006-09-10. Check date values in:
|date=
(bantuan) - "Penarikan Mirage 2000. Tawaran pesawat MRCA untuk India berubah". Defense Industry Daily. 2006-03-08. Dicapai pada 2006-09-10. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dassault Rafale. |
- Laman web rasmi Dassault Rafale
- Dassault Rafale semasa di USS Enterprise
- Kumpulan Maklumat Tempur Udara di Dassault Rafale oleh Vineet Srivastava
- Pesawat Tempur Udara-Dassault Rafale[pautan mati kekal]
- DASSAULT RAFALE daripada domain awam Greg Goebel
- Maklumat Dassault Rafale
- Sistem SPECTRA untuk Dassault Rafale
- Teknologi Tentera Udara - Dassault Rafale
- CS1 errors: external links
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari 2022
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari February 2022
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari 2017
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari Februari 2020
- Pesawat tentera
- Pesawat pejuang
- Pesawat sayap delta
- Pesawat sirip hadapan