| Darjah Vitéz | |
|---|---|
| Vitézi Rend | |
Lencana Darjah | |
| Dianugerahkan oleh Pemangku Raja Miklós Horthy | |
| Jenis | Darjah Kebesaran Negara (dahulu) Darjah Kerabat (kini) |
| Dizahirkan | 20 Ogos 1920 – 23 Februari 1945 (Anugerah Kebangsaan) |
| Negara | Hungary, Kerajaan Hungary |
| Dianugerahkan untuk | Jasa dalam bidang awam dan tentera |
| Kapten Jeneral | József Károly von Habsburg (ICOC) |
| Perangkaan | |
| Pelantikan pertama | 1920 |
| Pelantikan terakhir | 1944 (officially) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Darjah Vitéz (Hungary: Vitézi Rend; sering dieja dalam bahasa Inggeris sebagai Vitez) ialah sejenis darjah bakti Hungary yang diasaskan pada tahun 1920.[1] Ia dianugerahkan sebagai penghormatan negara dari tahun 1920 hingga 1944, dan kini diteruskan sebagai sebuah darjah kesatriaan separa bebas di bawah pimpinan Kapten Jeneral Vitéz József Károly von Habsburg, ketua cabang Palatin dalam Wangsa Habsburg, serta dalam beberapa kumpulan berasingan yang wujud terutamanya sejak tahun 1990-an. Yang terbesar antara kumpulan ini ialah Vitézi Rend di bawah pimpinan Vitéz Gróf Molnár-Gázso János.
Semasa Perang Dunia Kedua, ramai anggota kerajaan dan tentera Hungary merupakan ahli Darjah ini; oleh itu, ada antara mereka yang terlibat secara langsung dalam menyumbang kepada Holokus, manakala sebahagian yang lain pula memimpin usaha menentangnya. Jabatan Negara Amerika Syarikat menyenaraikan Order of Vitéz sebagai pernah berada "di bawah arahan Kerajaan Nazi Jerman", sepertimana polis Perancis pada masa itu.[2][3]
Order of Vitéz kini mempunyai beberapa waris atau pengganti; salah satunya, iaitu Order of Vitéz di bawah Kapten Jeneral Vitéz József Károly von Habsburg, telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Darjah Kesatriaan (ICOC) sebagai sebuah "Institusi Bersifat Kesatriaan";[4] dan oleh itu, telah menjadi secara de facto, setaraf dengan darjah kerabat bagi cabang Palatin Wangsa Habsburg (Palatin Hungary).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rend, Vitezi. "SHORT HISTORY". Vitézi Rend. Diarkibkan daripada yang asal pada May 9, 2012. Dicapai pada 2014-05-11.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaForward - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFAM - ^ Chivalry, International Commission on. "Other Institutions of Chivalric Character". Register of ICOC. ICOC. Dicapai pada 2014-05-11.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Deborah S. Cornelius: Hungary in World War II. Caught in the Cauldron. Fordham University Press, 2011. Online
- Old film document of the Vitézi Rend with admission of new members by Miklós Horthy (Youtube)
- Site of the Order of Chivalry (English and Hungarian)
- http://www.austro-hungarian-army.co.uk/vitez.html A history of the Order of Vitéz during the Kingdom of Hungary (1920–46)
- Site of the post-1920 Order of Vitéz (Hungarian)
- Site of the Traditional Order of Vitéz (Hungarian)









