Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih | |
---|---|
Dianugerahkan oleh ![]() | |
Jenis | Perintah |
Negara | Malaysia ![]() |
Status | Masih lagi dikurniakan |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Gred | Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu |
Singkatan darjah | DSMZ |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu |
Lebih rendah | Darjah Dato’ Setia Sultan Mahmud Terengganu (tidak aktif) Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu |
![]() Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu adalah darjah kebesaran pangkat ketiga dalam senarai Darjah Kebesaran Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih. Penerima lelaki dan wanita bergelar Dato' dan isteri penerima bergelar To' Puan.
Kelayakan
Mana-mana orang lelaki atau perempuan berumur 50 tahun ke atas yang telah atau akan selepas ini menyumbangkan perkhidmatan yang berjasa kepada Negeri Terengganu. Orang-orang yang bukan anak watan Terengganu juga boleh dipertimbangkan yang mana difikirkan layak oleh KDYMM. Tuanku Sultan dan penghormatan ini hendaklah disifatkan sebagai Ahli Yang Kehormat.[1]
Penerima terkenal
Senarai penerima terkenal[2]
- Mohd Zamruni Khalid
- Mohd Yazid Mustafa
- Mohamed Salleh
- Jailani Johari