Dari Rahim Yang Sama ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Amor Rizan terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Nabila Huda, Mhia Firdaus, Rykarl Iskandar dan Rafique Iskandar. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 14 April 2025 hingga 7 Mei 2025 menggantikan Sekam Di Dada.
Dari Rahim Yang Sama | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Naza Manas |
Pengarah | Amor Rizan |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Cinta Terakhirku" - Amira Othman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Cina |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Anomali Media Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 April 2025 – 7 Mei 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Sekam Di Dada |
Diikuti oleh | Nikmat Hanya Sesaat |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Mengisahkan Suraya, seorang ibu tunggal yang hilang arah dan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Suraya merupakan seorang GRO yang hidup dalam dunia gelap penuh kemewahan palsu dan sering bertukar pasangan. Dalam mengejar keseronokan dunia, dia langsung mengabaikan tiga orang anaknya, malah lebih kejam, dia sengaja tidak mendaftarkan kelahiran mereka.
Balqis (Mhia Firdaus), seorang remaja perempuan yang terpaksa memikul beban sebagai ibu kepada dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar). Ketiga-tiga mereka adalah adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa dan semuanya hidup tanpa identiti sah di sisi undang-undang.
Pelakon
Pelakon utama
- Nabila Huda sebagai Suraya
- Mhia Farhana sebagai Balqis
- Rykarl Iskandar sebagai Aqil
- Rafique Iskandar sebagai Afiq
- Angeline Tan sebagai Auntie Alice,rakan Suraya berketurunan Cina yang memeluk islam
- Duerra Mitilda sebagai Hanum
- Amanda Tan sebagai Teresa
- Kahoe Hon sebagai Ah Keong,anak Alice
- Fezrul Khan sebagai Sarman, Ketua sindiket pelacuran,bekas suami Suraya dan bapa kandung Aqil
- Ameerul Asyraf sebagai Imran,Sepupu Suraya yang merogol dan rakan subahat Sarman
- Shyrim Husni sebagai Khalid
- Diana Rusli sebagai Suraya (muda)
- Aiman Shaqeel sebagai Sarman (muda)
- Ashraf Muslim sebagai Nazri,Suami Suraya namun meninggal dunia
- Zizi Hazirah sebagai Juwita
- Josiah Hogan sebagai Inspektor Aziz, pegawai polis yang menyiasat kegiatan pelacuran Sarman
Pelakon tambahan
- Dalam pembinaan
Pautan luar
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Dari Rahim Yang Sama | Berikutnya |
Sekam Di Dada | Nikmat Hanya Sesaat |