Prof. Dr. Haji Mohamed Dali Muin MD (Homeopati) | |
---|---|
Presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia | |
Dalam jawatan 1989–1992 | |
Digantikan oleh | Zainal Aripin Zakariah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1935 |
Meninggal dunia | 12 April 1992 |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Ustazah Norhayati Mohd Nor |
Pertalian | Burhanuddin al-Helmi (Abang ipar) |
Pekerjaan | Ahli perubatan homeopati, ahli politik |
Prof. Dr. Haji Mohamed Dali Muin (1935-1992) ialah seorang ahli perubatan Malaysia dalam bidang homeopati.
Keterlibatan dalam homeopati
Dali Muin merupakan salah seorang daripada 12 orang pelopor yang mula-mula mempelajari perubatan homeopati dengan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau mula belajar pada tahun 1952 dan aktif dalam memperkembangkan perubatan homoeopati.
Dali pernah membuka pusat rawatan homeopati di Bangunan Seri Larut, Perak. Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur/ Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia pada 1989 hingga kematian beliau pada 1992.
Sewaktu kepimpinannya, beliau banyak membantu dalam menyediakan sebuah hospital mini homeopati yang mempunyai sedikit kemudahan asas bagi rawatan sakit puan. Beliau bertanggungjawab dalam menstruktur semula modul pengajaran homeopati dan menambahkan bilangan lulusan homeopati. Selain itu, beliau turut menyaran serta membantu menerbitkan bulletin homeopati bagi pihak persatuan.
Beliau juga kerap menulis dalam buletin homeopati dan bertanggungjawab mengeluarkan naskhah fotokopi buku "Falsafah Perubatan Homepathy" karya Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau juga ada mengarang sebuah bahan rujukan homeopati dan ringkasan berjudul Sari Organon untuk kemudahan penuntut homeopati[1].
Penglibatan dalam politik
Sebagaimana Dr Burhanuddin al-Helmi, Dali Muin juga terlibat dalam bidang politik. Beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi calon pilihan raya dan menganggotai jawatankuasa kerja PAS Pusat. Semasa menjadi ahli Jawatankuasa PAS Pusat, beliau terlibat sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Penyelaras Kerajaan Campuran Perikatan-PAS yang dibentuk pada 1973.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1963 | Kampong Kembangan, Singapura[2] | Mohamed Dali Muin | ![]() |
344 | Mohamed Ariff bin Suradi | ![]() |
7,127 | 3,435 |
Mohammed Ali bin Alwi | ![]() |
3,692 | ||||||
Saleha binte Mohamed Shah | Partai Ra'ayat | 2,674 | ||||||
Ibrahim bin Jaffar | Parti Rakyat Bersatu | 914 | ||||||
1969 | Kuala Selangor, Selangor | Mohamed Dali Muin | ![]() |
7,724 | Raja Nong Chik Raja Ishak | ![]() ![]() |
12,098 | 4,374 |
Rujukan
- ^ Mohamed Hatta Abu Bakar (7 September 2011). "DR. DALI MUIN: PENERAJU PERUBAHAN HOMEOPATI DI MALAYSIA". Dr Hatta. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
- ^ "Kampong Kembangan". Singapore Election. Dicapai pada 18 Oktober 2021.