Dajal: Satu Malam Dipedajal | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre |
Penulis | Pierre Andre |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Mohd Sharizad Saad |
Muzik oleh | Donald Bangkong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Beats Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 6 Februari 2025 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Dajal: Satu Malam Dipedajal merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 yang diarahkan oleh Pierre Andre dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures serta edaran bersama MIG Beats Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Jay Iswazir. Filem ini mengisahkan dua sahabat bekerja sebagai tukang cuci telah menemui buku aneh di sebuah rumah dan perkara pelik mula terjadi.
Filem ini mula ditayangkan pada 6 Februari 2025 di seluruh pawagam Malaysia
Plot
Dua sahabat bekerja sebagai tukang cuci yang kerjanya membersihkan rumah dan tempat orang mati atau mayat ditemui. Pada suatu hari, mereka ditugaskan untuk membersihkan sebuah rumah yang terdapat tiga mayat di dalamnya. Tugas mereka adalah membersihkan mayat yang telah reput. Apabila mereka tiba di sana, mereka mendapati bahawa terdapat perkara aneh berlaku dan kemudian mereka menemui sebuah buku aneh.
Pelakon
- Amir Nafis
- Bidin Al Zaifa
- Khatijah Tan
- Jay Iswazir
- Jaja Iliyes
- Hanna Halim
- Syed Shah Iqmal