Daging kultur adalah daging yang dihasilkan melalui penumbuhan khusus secara berkeadaan terkawal dan beralat radas dalam makmal (in vitro) menggunakan sel haiwan sebagai asas.[1] Ia dihasilkan menggunakan banyak teknik kejuruteraan tisu sama yang digunakan secara tradisional dalam perubatan regeneratif.[2]
Konsep penghasilan sebegini mula dipopularkan oleh Jason Matheny pada awal tahun 2000-an [3] yang kemudiannya mengasaskan New Harvest, organisasi bukan untung pertama di dunia mengkhusus kepada pendokongan terhadap penyelidikan daging in vitro.[4] Pada tahun 2013, Mark Post, seorang profesor Universiti Maastricht pertama kali menunjukkan bukti kukuh kemampuan menghasilkan daging secara berkultur. Ia pertama kali diperkenalkan secara komersil di suatu restoran di Tel Aviv, Israel pada tahun 2020.[5][6]
Ciri utama
Khasiat
Daging bersih dapat diproduksi tanpa hormon buatan, antibiotik, steroid, obat-obatan, dan transgenik yang biasa digunakan dalam daging dan makanan hasil laut.[7]
Para pengkaji telah menyarankan bahawa asid lemak omega-3 dapat ditambahkan sebagai penambah kesihatan sama ada secara peringkat pengkulturan[8] mahupun secara pemakanan yang diberikan kepada haiwan pembekal sel induk asal.[9]
Penghasilan
Produksi daging jenis ini dalam skala besar barangkali tidak memerlukan hormon pertumbuhan buatan untuk ditambahkan ke dalam kultur asas.[10][11]
Sifat persekitaran yang membenarkan penghasilan daging ini secara terkawal ketat menjadikan daging ini berkeutamaan sama sepertimana hasil tanaman vertikal lalu berkongsi kelebihan dan manfaat yang sama dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia berbahaya seperti pestisida dan fungisida, serta faktor luar seperti kecederaan yang boleh menjejaskan mutu daging serta ancaman dari haiwan pemangsa liar.[12]
Kesan bermungkinan
Terhadap alam sekitar
Penelitian menunjukkan bahawa tanah yang dipergunakan untuk menghasilkan daging kultur akan jauh lebih rendah daripada daging segar disembelih;[13] setiap hektar yang digunakan untuk pertanian vertikal dan/atau pengolahan daging budidaya, menjimatkan 10-20 hektar tanah pertanian konvensional yang boleh dipulihkan kembali kepada keadaan asalnya.[14]
Pengkulturan ini juga diamati boleh mapan secara mandiri melalui pemerolehan metana terhasil setempat menjadi biogas yang kemudian dapat dibakar untuk menjana bekalan elektrik di rumah kaca atau bioreaktor sendiri.[15]
Isu penerimaan
Kebenaran dalam agama
Perbincangan mengenai kehalalan jenis daging ini dari sudut pandang Islam sangat dibincangkan hiebat dalam kalangan ulama.[16] Institut Islam Orange County di California, Amerika Syarikat ada menyatakan pemakanan ini "tidak ada masalah yang diujarkan" [dari penganut setempat].[17] Abdul Qahir Qamar selaku pengarah fatwa dan hukum syariah di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa Jeddah berpendapat bahawa penghasilan daging kultur boleh diibaratkan seperti yogurt yang dihasilkan dari susu selagi bahan asas tidak melibatkan haiwan diharamkan seperti babi.[18][17]
Pendapat awam
Meskipun daging jenis ini berasal dari sel haiwan sebenar termasuk otot, lemak dan penghubung serta pembuluh darah,[19] cara penghasilan ia boleh dillihat tidak menyenangkan bahkan dianggap "palsu".
Sejarah perkembangan
Di Nusantara
Kemaraan teknologi ini mula berputik dalam peringkat rantau di Singapura di mana terdapat seberapa syarikat rintisan setempat yang mengambil peluang terhadap potensi teknologi ini seperti Shiok Meats yang menumpukan kepada isi udang tiruan (ditubuhkan 2018,[20] prototaip pada 2019[21]) dan Gaia Foods.[22]
Pada 2 Disember 2020, Agensi Makanan Singapura meluluskan suatu produk "cemilan" dihasilkan untuk keluaran komersil di negara tersebut oleh syarikat Eat Just; ia bakal diperkenalkan secara kecil-kecilan melalui perniagaan restoran serata negara itu.[23][24]
Rujukan
- ^ Datar, I (January 2010). "Possibilities for an in vitro meat production system". Innovative Food Science & Emerging Technologies. 11 (1): 13–22. doi:10.1016/j.ifset.2009.10.007.
- ^ Post, Mark (4 December 2013). "Medical technology to Produce Food". Journal of the Science of Food and Agriculture. 94 (6): 1039–1041. doi:10.1002/jsfa.6474. PMID 24214798.
- ^ Edelman, PD (3 May 2005). "Commentary: In Vitro-Cultured Meat Productionsystem". Tissue Engineering. 11 (5–6): 659–662. CiteSeerX 10.1.1.179.588. doi:10.1089/ten.2005.11.659. PMID 15998207. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Schonwald, Josh (May 2009). "Future Fillet". The University of Chicago Magazine.
- ^ Chalmers University of Technology (7 September 2011). "Growing meat in the lab: Scientists initiate action plan to advance cultured meat". Science Daily.
- ^ Bekker, Gerben A.; Tobi, Hilde; Fischer, Arnout R.H. (July 2017). "Meet meat: An explorative study on meat and cultured meat as seen by Chinese, Ethiopians and Dutch". Appetite. 114: 82–92. doi:10.1016/j.appet.2017.03.009. PMID 28323057.
- ^ "Lab-grown food: It's what's for dinner!". CNET. Dicapai pada 8 Julai 2017.
- ^ Macintyre, Ben (2007-01-20). "Test-tube meat science's next leap". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-02. Dicapai pada 2011-11-26. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Azcona, J.O., Schang, M.J., Garcia, P.T., Gallinger, C., R. Ayerza (h), and Coates, W. (2008). "Omega-3 enriched broiler meat: The influence of dietary alpha-linolenic omega-3 fatty acid sources on growth, performance and meat fatty acid composition". Canadian Journal of Animal Science, Ottawa, Ontario, Canada, 88:257–269
- ^ Edelman, P. D, D. C. McFarland, V. A. Mironov, and J. G. Matheny. 2005. In vitro-cultured meat production. Tissue Engineering 11(5–6): 659–662.
- ^ Marta Zaraska (2013-08-19). "Is Lab-Grown Meat Good for Us?". The Atlantic. Dicapai pada 2 February 2016.
- ^ Despommier, D. (2008). "Vertical Farm Essay I". Vertical Farm. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-01. Dicapai pada 2009-06-26. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Tuomisto, Hannah (2011-06-17), "Environmental Impacts of Cultured Meat Production", Environmental Science & Technology, 45 (14): 6117–6123, doi:10.1021/es200130u, PMID 21682287
- ^ Despommier, Dickson D. (23 Ogos 2009). "A Farm on Every Floor". The New York Times.
- ^ Matthews, H. Scott. "Case Study – Landfill Power Generation" (PDF). Green Design Initiative. Universiti Carnegie Mellon. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-03. Dicapai pada 7 Februari 2009.
- ^ Hamdan, Mohammad Naqib; Post, Mark J.; Ramli, Mohd Anuar; Mustafa, Amin Rukaini (1 December 2018). "Cultured Meat in Islamic Perspective". Journal of Religion and Health (dalam bahasa Inggeris). 57 (6): 2193–2206. doi:10.1007/s10943-017-0403-3. ISSN 1573-6571. PMID 28456853. S2CID 9217711.
- ^ a b "But Is It Kosher?". HuffPost (dalam bahasa Inggeris). 9 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Disember 2019.
- ^ Sarah Diaa (8 Mac 2019). "Is lab-grown meat halal? what experts say". Gulf News. Dicapai pada 2 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "World's first lab-grown steak is made from beef but slaughter-free". Dezeen. 18 Disember 2018.
- ^ Yu, Doris (24 June 2020). "Singapore's Shiok Meats bags $3m in bridge funding ahead of series A". Tech in Asia. Dicapai pada 21 August 2020.
- ^ David Pierson (8 October 2020). "The first lab-grown meat for sale could come from this Singapore startup that's re-creating shrimp". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 October 2020.
Shiok’s proto-shrimp costs $5,000 a kilogram, which is about $2,268 a pound, mostly due to the price of the nutrient fluids needed to feed the cells. Access to more affordable nutrients has reduced the cost of Shiok’s meat to $3,500 a kilogram, or about $1,588 a pound. (...) Shiok’s shumai, for example, cost $300 apiece. (...) The goal is to make Shiok’s shrimp 100 times cheaper by the first half of next year.
- ^ Nyshka Chandran (20 September 2020). "Food tech startups in Singapore are serving up lab-grown milk and 'fake' shrimp dumplings". CNBC. Dicapai pada 4 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Daging ayam dihasilkan makmal akan dijual di S'pura selepas dapat kelulusan". Berita Mediacorp. 2 Disember 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Damian Carrington (2 December 2020). "No-kill, lab-grown meat to go on sale for first time". The Guardian. Dicapai pada 2 December 2020.
Pautan luar
- Mohd Hafis Yuswan Mohd Yusoff (30 Oktober 2018). "Mencari solusi status halal daging kultur". Berita Harian. Dicapai pada 2 Disember 2020. Cite has empty unknown parameters:
|1=
dan|dead-url=
(bantuan) - Daging Tiruan Sintetik Penyelesaian Pertambahan Populasi Bumi Abad ke 21 - Iluminasi