Daging ayam داݢيڠ ايم | |
---|---|
Jenis | Daging, poultry meat |
Jenis sajian | Menu utama, samping |
Suhu penghidangan | Panas atau suhu bilik |
Bahan utama | Dada ayam, chicken leg quarters, chicken feet, chicken wing |
120 kcal (502 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 900 kJ (220 kcal) |
Karbohidrat | 0 g |
Lemak | 15 g |
- tepu | 4.3 g |
- monotaktepu | 6.2 g |
- politaktepu | 3.2 g |
Protein | 19 g |
Air | 66 g |
Vitamin A setara | 41 μg (5%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.9 mg (18%) |
Besi | 0.9 mg (7%) |
Natrium | 70 mg (5%) |
Tidak termasuk 32% tulang. Tidak termasuk 13% kulit dan kurangan lemak longgar Kandungan lemak sehingga 6%. Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Daging ayam atau isi ayam biasanya diperoleh daripada ayam ternakan iaitu burung yang paling banyak diternak di dunia. Daging ayam selalu dihidangkan sebagai makanan dalam pelbagai cara.
Sejarah
Ukiran-ukiran Babylon dari sekitar 600 SM memaparkan ayam sebagai makanan.[1] Ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan. Ramai yang percaya bahawa daging ayam mudah dihadam dan dianggap antara barang makanan yang paling neutral. Daging ayam dimakan di seluruh hemisfera timur dan pelbagai jenis ayam seperti ayam kasi, ayam dara dan ayam betina menjadi sajian. Daging ayam menjadi salah satu ramuan asas dalam sajian yang bernama 'hidangan putih', iaitu gulai yang lazimnya terdiri daripada daging ayam dan bawang goreng yang dimasak dalam susu dan diperasakan rempah dan gula.
Penggunaan daging ayam di A.S. meningkat ketika Perang Dunia II akibat kekurangan daging lembu dan khinzir. [2] Di Eropah, pemakanan daging ayam memintas pemakanan daging lembu dan anak lembu pada tahun 1996, mungkin berhubung kait dengan kesedaran pengguna mengenai penyakit lembu gila atau B.S.E.[3]
Penternakan
Jenis-jenis ayam moden seperti Cornish Cross diternak khususnya untuk penghasilan daging, dengan penekanan terhadap nisbah makanan ayam kepada daging yang dihasilkan ternakan. Ayam yang diternak khususnya untuk dagingnya dipanggil ayam pedaging (bahasa Inggeris: broiler ).
Ayam kasi (ayam jaguh yang dikembiri) menghasilkan daging yang lebih kaya dan berlemak. Oleh sebab ini, ayam kasi dipandang sebagai makanan istimewa dan khususnya laris pada Zaman Pertengahan.
Bahagian yang boleh dimakan
Biasanya, tisu otot (dada, kaki, paha, dsb.), hati, jantung, dan hempedal diproseskan menjadi makanan. Kaki ayam lebih jarang dimakan, meskipun tidak kurang terdapat dalam masakan Cina. Kepala, organ-organ dalaman seperti paru-paru dan usus, serta bulu pelepah biasanya dibuang atau dikisar menjadi makanan berprotein untuk dimasukkan dalam makanan haiwan lain, sementara masakan Cina adakalanya meletakkan ayam lengkap pada hidangan (termasuk kepala sekali), bergantung kepada hidangan itu. Organ-organ dalaman juga laris digunakan untuk yakitori.
Kepak ayam ialah penyajian bahagian sayap ayam. Kepak goreng bersalut sos juga dikenali sebagai Buffalo wings.
Telur ayam juga selalu dimakan dan telur-telur belum dikeluarkan oleh ayam-ayam yang disembelih juga boleh dimakan.
Masakan
Ayam mentah boleh dibekukan sehingga dua bulan tanpa perubahan ketara pada rasa atau tekstur. Daging ayam biasanya dimasak sebelum dimakan kerana daging ayam mentah boleh mengandungi salmonella.
Kaedah-kaedah memasak daging ayam tidak terkira; daging ayam boleh dijadikan sosej, dimasukkan dalam salad, digril, disalut dengan serbuk roti dan digoreng, atau digunakan dalam kari. Kaedah memasak daging ayam banyak berbeza antara budaya; kaedah-kaedah paling biasa termasuk memanggang, membakar dan menggoreng. Hari ini, ayam juga digoreng dengan banyak menggunakan minyak dan disediakan sebagai makanan segera seperti nuget ayam atau kepak bersalut serbuk roti.
Daging ayam selalu disertakan label-label seperti "roaster", yang membayangkan kaedah pemasakan berdasarkan jenis ayam. Meskipun label-label sebegini cuma bayangan, daging ayam yang dilabelkan sebagai rendidih selalunya kurang sesuai dengan kaedah-kaedah lain.[4]
Sesetengah potongan dada ayam dan keluaran dada ayam menyertakan gelaran "berdaging rusuk." Ini disangka sebagai kehitaman sekeliling daging dan di antara rusuk. Dada dipotong dari ayam dan dijual sebagai potongan pejal, sementara daging dada dan rusuk yang tinggal ditanggalkan dari tulang melalui pemasakan atau pelarut.[perlu rujukan] Hasilnya dikurangkan dan diproses dengan penstabil dan bahan-bahan makanan menjadi bentuk yang dijual kepada pengguna, seperti nuget ayam. Daging dada selalu dihiris nipis-nipis dan dipasarkan sebagai hirisan ayam yang menjadi isian sandwic.
Meskipun tulang ayam tidak boleh dimakan, namun boleh direneh dengan sayur dan herba selama beberapa jam untuk menghasilkan pati ayam.
Rujukan
- ^ http://www.poultrymad.co.uk/chicken-facts/index.html
- ^ Poultry Farming, The History Channel. 2 Mac 2007.
- ^ http://www.foodproductiondaily.com/news/ng.asp?id=61941-poultry-e-coli-contamination
- ^ How to Buy: 5 Things to Keep in Mind Diarkibkan 2007-03-02 di Wayback Machine, Food Network. March 2 2007.
Pautan luar
- (Inggeris) Halaman Foodnetwork.com mengenai penggunaan daging ayam dalam masakan Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine
- (Inggeris) Kertas maklumat kerajaan AS mengenai daging ayam Diarkibkan 2004-05-19 di Wayback Machine