Sadao
สะเดา Sendawa | |
---|---|
Koordinat: 6°38′19″N 100°25′26″E / 6.638740814287034°N 100.42381970805029°EKoordinat: 6°38′19″N 100°25′26″E / 6.638740814287034°N 100.42381970805029°E | |
Negara | Thailand |
Wilayah | Songkhla |
Pusat pentadbiran | Mukim Sadao |
Daerah ditubuhkan | 22 Ogos 1909 |
Dinamakan bersempena | pokok Mambu |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,029.273 km2 (397.405 batu persegi) |
Aras tertinggi | 520 m (1,710 ft) |
Aras Terendah | 80 m (260 ft) |
Penduduk (2021) | |
• Jumlah | 124,115 |
• Kepadatan | 120.585/km2 (312.31/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+07:00 (ICT) |
Poskod |
|
Penggeokodan | 9010 |
Sadao (Bahasa Thai: สะเดา , disebut [sā.dāw]) adalah sebuah daerah yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia–Thailand di wilayah Songkhla, Thailand selatan. Pusat pentadbiran daerah Sadao ialah Mukim Sadao. Sadao juga menjadi pintu masuk ke Thailand untuk orang Malaysia dan Singapura.
Pekan Danok (Bahasa Thai: ด่านนอก , RTGS: dan nok) yang terletak 13 km sebelah selatan Mukim Sadao di Mukim Samnak Kham adalah persimpangan sempadan utama antara Thailand dan Malaysia. Imigresen, kastam, kuarantin, dan pemeriksaan keselamatan di sisi Malaysia disebut sebagai ICQS Bukit Kayu Hitam. Rentasan sempadan yang lebih kecil berada di Padang Besar yang terletak 12 km sebelah barat pekan Sadao.
Etimologi
Nama Sadao merupakan kata bahasa Thailand untuk pokok mambu.
Sejarah
Daerah Sadao ditubuhkan pada tarikh 22 Ogos 1909 dengan menggabungkan mukim Sadao, mukim Mueang Saiburi, mukim Prik, dan mukim Nuea Mueang Songkhla. Selanjutnya, daerah Sadao mengalami perubahan bentuk beberapa kali yakni sebagai berikut
- Pada 10 November 1953, mukim Samnak Taew ditubuhkan dengan mengukir keluar tempat-tempat yang mula-mula masih tergabung dalam mukim Sadao.
- Pada 30 Mei 1956, mukim Phang La ditubuhkan.[1]
- Pada 30 November 1965, mukim Prik ditubuhkan.[2]
- Pada 8 Ogos 1967, mukim Padang Besar ditubuhkan dengan mengeluarkan tempat-tempat yang ada di mukim Thung Mo[3]
- Pada 26 Julai 1983, mukim Tha Pho ditubuhkan dengan mengukir keluar tempat-tempat yang ada di mukim Phang La.
- Pada 21 Oktober 1988, mukim Samnak Kham ditubuhkan dengan mengambil tempat-tempat yang ada di mukim Samnak Taew.[4]
- Pada 15 September 1989, mukim Khao Mi Kiat ditubuhkan dengan mengambil keluar tempat-tempat yang ada di mukim Phang La[5]
Pentadbiran
Daerah Sadao terbahagi kepada 9 mukim dan 67 kampung
1. Sadao | สะเดา | |
2. Prik | ปริก | 11 kampung |
3. Phang La | พังลา | 7 kampung |
4. Samnak Taeo | สำนักแต้ว | 10 kampung |
5. Thung Mo | ทุ่งหมอ | 7 kampung |
6. Tha Pho | ท่าโพธิ์ | 8 kampung |
7. Padang Besar | ปาดังเบซาร์ | 12 kampung |
8. Samnak Kham | สำนักขาม | 7 kampung |
9. Khao Mi Kiat | เขามีเกียรติ | 5 kampung |
Galeri
-
Lintasan kereta api di Padang Besar
-
Wat Tham Khao Rup Chang, mukim Padang Besar
-
Wat Phang La, mukim Phang La
-
Danok
-
Entry stamp, Sadao border crossing at Danok
-
Exit stamp, Sadao border crossing at Danok
Rujukan
- ^ "ประกาศกระทรวงมหาดไทย เรื่อง จัดตั้งสุขาภิบาลพังลา อำเภอสะเดา จังหวัดสงขลา" (PDF). ราชกิจจานุเบกษา (dalam bahasa Thai). 73 (45): 91–92. 30 Mei 1956.
- ^ "ประกาศกระทรวงมหาดไทย เรื่อง จัดตั้งสุขาภิบาลปริก อำเภอสะเดา จังหวัดสงขลา" (PDF). ราชกิจจานุเบกษา (dalam bahasa Thai). 82 (103): 2956–57. 30 November 1965.
- ^ "ประกาศกระทรวงมหาดไทย เรื่อง จัดตั้งสุขาภิบาลปาดังเบซาร์ อำเภอสะเดา จังหวัดสงขลา" (PDF). ราชกิจจานุเบกษา (dalam bahasa Thai). 84 (73): 2134–35. 8 Ogos 1967. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 Julai 2009. Dicapai pada 23 Julai 2020.
- ^ "ประกาศกระทรวงมหาดไทย เรื่อง ตั้งและเปลี่ยนแปลงเขตตำบลในท้องที่อำเภอสะเดา และอำเภอสะบ้าย้อย จังหวัดสงขลา" (PDF). ราชกิจจานุเบกษา (dalam bahasa Thai). 105 (171): 36–45. 21 Oktober 1988.
- ^ "ประกาศกระทรวงมหาดไทย เรื่อง ตั้งและกำหนดเขตตำบล ในท้องที่อำเภอสะเดา จังหวัดสงขลา" (PDF). ราชกิจจานุเบกษา (dalam bahasa Thai). 106 (154): 1–6. 15 September 1989.