Nama penuh | Kelab Bolasepak Duli Pengiran Muda Mahkota | ||
---|---|---|---|
Diasaskan | 2000 | ||
Stadium | Stadium Nasional Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan,Brunei (Kapasiti: 30,000) | ||
Pengerusi | Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah | ||
Pengurus | Pengiran Haji Muhd Waslimin Pengiran Haji Abdul Momin | ||
Jurulatih | Vjeran Simunić | ||
Liga | Liga Malaysia S. League | ||
2023 | Ke-7 | ||
|
Kelab Bola Sepak Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM FC) ialah kelab bola sepak yang pernah menyertai Liga Malaysia dan kini bermain di Liga Singapura, bertapak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini pernah bermain dalam Liga Perdana Brunei di awal 2000, memenangi liga pada 2002 dan 2004. Kelab ini bersetuju untuk bermain dalam Malaysia dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar untuk musim 2005-06. Pasukan ini dinaik taraf ke Liga Super dan mendapat tempat ketiga dan kesepuluh dalam liga tersebut. Kemudian, mereka meninggalkan Malaysia untuk menyertai Liga Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi dipaksa keluar dari pertandingan kerana FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei kerana kerajaan Brunei masuk campur urusan persatuan bola sepak mereka, menyebabkan semua kelab atau persatuan bola sepak dari Brunei dilarang bertanding atau menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Keputusan permainan kelab ini dalam Liga Singapura digantung.
DPMM FC ini dimiliki oleh oleh Putera Mahkota Brunei, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu.
Sejarah
DPMM FC bermula sebagai pasukan kolej pada tahun 1994, sebelum secara rasmi menjadi kelab ternama pada 2000. Selapas menjadi dianggkat menjadi kelab ternama, ramai permain ternama dan berbakat besar menyertai kelab ini menjadikan kelan ini bertambah kuat dan mendapat lebih perhatian.
Kelab ini meraikan kemenangan dalm kejuaraan dalaman Brunei pad awal 2000, memenangi Liga Perdana Brunei pada 2002 dan 2004, Piala FA Brunei pada 2004 dan piala Liga Super Brunei pada 2002 dan 2004.
Pada 2005, DPMM FC berhenti bertanding dalam liga tempatan Brunei dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar. Pasukan dinaikan ke Liga Super Malaysia, dimana mereka mendapat tempat ketiga untuk musim pertama mereka dalam Liga Super. Pada musim berikutnya,(2007-08) pasukan ini mendapat tempat kesepuluh. Mereka terpaksa Liga Super Malaysia kerana Persatuan Bolasepak Amatur Brunei tidak dapat mendaftarkan diri mereka di Jabatan Pendaftaran untuk menggantikan pasukan DPMM FC sebagai pasukan pelapis kepada Brunei.
Sejak tahun 2004, DPMM FC setiap tahun bertanding untuk Piala Singapura (pertandingan seperti Piala Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Singapura yang turut menjemput beberapa pasukan luar bertanding bersama-sama pasukan kelab yang berada di Singapura).
Selapas meninggalkan Liga Super Malaysia, DPMM FC menyertai Liga Singapura untuk musim 2009, menjadi kelab pertama dalam liga tersebut bermain di lamn sendiri iaitu di luar Singapura. Kelab ini menunjukkan belang mereka dalam liga Singapura dengan memenangi Piala Liga Singapura pada Jun 2009. Mereka mengalahkan Angkatan Tentera Singapura dengan sepakan penalty selapas perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Walau bagaimanapun malang tidak berbau bagi pasukan ini. Selapas berjaya mencapai kejayaan, FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei akibat campurtangan kerajaan Brunei dalam persatuan bolasepak negara mereka. Akibatnya, segal pasukan bolasepak dari Brunei dilarang bertanding dalam kejuaraan yang dianjurkan di luar negara. Persatuan Bolasepak Singapura telah membuat rayuan agar pasukan DPMM FC dapt menghabiskan perlawanan mereka dalam Liga Singapura tetapi ditolak. Semua keputusan perlawanan mereka dalam Liga Singapura untuk musim 2009 digantung.
Kejuaraan
Title | Winners | Runners-up |
---|---|---|
Brunei Premier League | 2002, 2004 (2x) | |
Brunei FA Cup | 2004 (1x) | |
Brunei Super Cup | 2002, 2004 (2x) | |
Singapore League Cup | 2009 (1x) |
Pencapaian
Pertandingan yang dianjurkan AFC
- Liga Juara-Juara AFC : 1 kali menyertai
- 2002-03: Kelayakan Zon Timur - Pusingan Kedua
Pertandingan yang dianjurkan AFF
- Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN: 2 kali menyertai
Liga Malaysia
- 3 kali menyertai:
Pertandingan di Singapura
Liga Singapura
- Pertama kali menyertai:
Piala Singapura
- 5 kali menyertai:
Piala Liga Singapura
- 1 appearance:
- 2009: Juara
Pemain
Pasukan Kini
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Bekas Pemain Luar
- Goran Vujanović
- Ito Dan
- Richard De Molina
- Francis Viban Bayong
- Matthew Mbuta
- Jeon Kyeong-Joon
- Alejandro Andres Tobar
- Rodrigo Tosi
- Mladen Alajbeg
- Artilio Caceres
- Ali Ashfaq
- Ibrahim Fazeel
- Tiago Dos Santos
- Abdel Hakim El-Bahloul
- Francois Mpessa
Berpindah
In
Mohd Helmi Zambrin from AH United
Azman Ilham Haji Mohd Noor from NBT FC
Muhd Abu Bakar Mahari from NBT FC
Hamid Berguiga from CR Belouizdad
Oh Ddog-Yi from Super Reds
Out
Hasnawi Ismail to Sarawak FA
Abdul Wahab Mansor to released
Shariman Che Omar to Penang FA
Suhaimie Haji Mohd Yussof to MS ABDB
Mohd Helmi Panjang to released
Fadlin Galawat to released
Ahmad Hafiz Said to released
Haji Sariful Rizal Zainal to Wijaya FC
Rosmin Haji Mohd Khamis to released
Mardi Anak Bujang to QAF FC
Pengiran Hamzah Pengiran Haji Abdul Rahman to released
Oh Ddog-Yi to Balestier Khalsa
Rujukan
- ^ "DPMM unable to continue 2009 S.League season". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-23. Dicapai pada 2010-02-01.
- ^ "2004 Singapore Cup".
- ^ "2005 Singapore Cup".
- ^ "2006 Singapore Cup".
- ^ "2007 Singapore Cup".
- ^ "2008 Singapore Cup".
- ^ "2009 Singapore Cup".