![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Parti Tindakan Demokratik Sarawak | |
---|---|
![]() ![]() | |
Nama Melayu | Parti Tindakan Demokratik Sarawak |
Nama Inggeris | Democratic Action Party of Sarawak |
Singkatan | DAP Sarawak |
Pengerusi | Chong Chieng Jen |
Pengasas | Lim Kit Siang |
Ditubuhkan | 1978 |
Penggabungan kebangsaan | Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Harapan (sejak 2015) |
Warna | Merah, Putih dan Biru |
Slogan | Malaysian Malaysia dan Malaysian First |
Dewan Negara Malaysia | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia | 5 / 31
|
Dewan Undangan Negeri Sarawak | 2 / 82
|
Premier Sarawak | 0 / 1
|
Bendera parti | |
![]() ![]() | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Tindakan Demokratik Sarawak atau disingkatkan sebagai DAP Sarawak, merupakan cawangan parti politik di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan salah sebuah daripada 13 cawangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bertapak di Kuala Lumpur dan merupakan sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH). DAP Sarawak memperoleh 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2021 dan 5 kerusi Parlimen negeri pada tahun 2022 dan kini dipimpin oleh Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan. Berbeza dengan cawangan DAP negeri lain yang menggunakan simbol PH, DAP Sarawak bertanding menggunakan simbol sendiri.
Sejarah
Permulaan
DAP mula bertapak di Sarawak pada tahun 1978 oleh Lim Kit Siang, setiauhsaha agung parti. Dalam tempoh beberapa tahun pertamanya, parti itu tidak memenangi sebarang kerusi.
Pilihan Raya Negeri
Pada tahun 1996, Wong Ho Leng, Wong Sing Nan dan Wong Sing Ai berjaya membawa nama DAP ke DUN Sarawak sebagai ADUN Bawang Assan, Pelawan dan Kidurong. Namun pada tahun 2001, Chiew Chin Sin menjadi ADUN tunggal daripada DAP ekoran kebangkitan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada waktu itu.
Pada tahun 2006, DAP kembali bangkit apabila menawan 6 kerusi. Pada tahun 2021, DAP tawan dua DUN, Padungan dan Pending, dimenangi oleh Chong Chieng Jen dan Violet Yong Wui Wui.
Pilihan Raya Umum
Dalam kebelakangan beberapa tahun sebelum ini, DAP mempunyai beberapa wakil rakyat dari Sarawak ke Parlimen. Walaupun memaparkan persembahan buruk sejak kebelakangan ini, parti berkenaan masih relevan bagi sesetengah konstituensi yang memerlukan perhatian mereka. Pada tahun 2022, Chong, bersama-sama Kelvin Yii Lee Wuen, Oscar Ling Chai Yew, Alice Lau Kiong Yieng dan Mordi Bimol, yang merupakan anak Dayak pertama dari parti itu, mempertahankan kerusi Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang dan Mas Gading yang dimenangi oleh mereka pada tahun 2018.[1]
Pilihan Raya Kecil
Pada tahun 2010, ekoran kematian Datuk Robert Lau Hoi Chew, Wong Ho Leng, pengerusi DAP negeri ketika itu, menang dengan 18, 845 undian dalam pilihan raya kecil.
Namun, Wong meninggal dunia pada 21 Jun 2014 akibat tumor otak dan digantikan dengan Oscar Ling Chai Yew.
Senarai Pengerusi
Ahli Parlimen
Negeri | No. | Parlimen | Ahli | Parti | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||
P192 | Mas Gading | Mordi Bimol | DAP | ||||||
P195 | Bandar Kuching | Kelvin Yii Lee Wuen | DAP | ||||||
P196 | Stampin | Chong Chieng Jen | DAP | ||||||
P211 | Lanang | Alice Lau Kiong Yieng | DAP | ||||||
P212 | Sibu | Oscar Ling Chai Yew | DAP |
Ahli Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Sarawak 2 / 82
|
Negeri | No. | Parlimen | No. | Dewan Undangan Negeri | Ahli | Parti | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
P195 | Bandar Kuching | N09 | Padungan | Chong Chieng Jen | DAP | |||||
N10 | Pending | Violet Yong Wui Wui | DAP |