Safarjal | |
---|---|
Pokok dan buah Cydonia oblonga | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
Subdivisi: | Subfamilies
|
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Cydonia |
Spesies: | C. oblonga
|
Nama binomial | |
Cydonia oblonga Mill.
| |
Sinonim | |
C. vulgaris |
Safarjal (Jawi: سفرجل , dari Arab: سَفَرْجَل ; nama saintifik Cydonia oblonga)[2][3] adalah satu-satunya anggota genus Cydonia dalam cabang Amygdaloideae[1] keluarga Rosaceae iaitu keluarga serumpun dengan buah-buah epal dan pir; malah pokok spesies ini turut menghasilkan buah serupa buah pir berwarna kuning keemasan ketika matang.
Tumbuhan ini bertaburan asal dari lereng berbatu dan pinggiran hutan rantau Asia Barat meluas ke Armenia, Turki, Georgia, Azerbaijan, Iran utara hingga Afghanistan,[4][5] namun ia sejak kebelakangan ini mampu ditanam pesat di berbagai iklim hingga sejauh Scotland.
Botani
Pokok safarjal tumbuh 5 hingga 8 meter (16 hingga 26 kaki) dan 4 hingga 6 m (13 hingga 20 ka) lebar. Buahnya 70 hingga 120 mm (2.8 hingga 4.7 in) panjang dan 60 hingga 90 mm (2.4 hingga 3.5 in) lebar. Dedaunnya disusun secara bersilih ganti tumbuh sederhana selebar 60–110 mm (2.4–4.3 in), dengan lekuk dan bulu putih halus.
Bunganya berwarna putih atau merah jambu selebar, 50 mm (2.0 in) dengan lima kelopak setiap putik.
Buah muda pokok berwarna hijau dengan bulu halus padat putih kekelabuan; bulu-bulu halus ini gugur dengan mematangnya buah ini berubah warna menjadi kuning, mengeras isinya serta mengeluarkan bau yang harum kuat. Biji-biji dalam buah mengandung nitril sepertimana buah-buah serumpun dalam suku Rosaceae; sebahagian komponen nitril ini boleh bertindak balas dengan enzim atau asid dalam perut memecah menghasilkan hidrogen sianida, biji-biji ini boleh meracun jika dimakan secara banyak.[6]
Kegunaan
Sebagai makanan
Kebanyakan baka buah ini mempunyai isi terlalu keras serta mempunyai rasa masam kesat sehinggakan ia hanya boleh dimakan selepas dibiarkan terlembut oleh ibun buat seketika;[7] namun ada beberapa jenis baka yang lembut sehingga selesa boleh dimakan mentah.[8]
Buah ini mengandungi isi pektin tinggi yang boleh dimanfaatkan dalam pembuatan jem dan puding.[9] Marmalad, sejenis jem menggunakan buah limau atau oren, dahulunya lebih menggunakan buah Cydonia sebagai utama; perkataan bahasa Portugis buah ini iaitu marmelo memberi nama kepada lepa ini.[10][11][12]
Ada seberapa petikan didakwa hadis nabawi yang menyatakan kebaikan memakan buah safarjal dipercayai mampu menyejukkan badan ataupun melegakan hati, namun hadis-hadis ini didapati bersifat batil.[13]
Tujuan lain
Pokok safarjal digemari pakar-pakar landskap kerana bunga merah jambu pucat yang menarik dan cocok sebagai tanaman hiasan.[14]
Ia juga dijadikan pokok penanti dalam penanaman cantuman seberapa kultivar pir.[15]
Rujukan
- ^ a b Potter, D., et al. (2007). Phylogeny and classification of Rosaceae. Plant Systematics and Evolution. 266(1–2): 5–43. [Merujuk kepada subkeluarga dengan nama "Spiraeoideae"] Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Potter" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Howison, James (1801). "Quince". A Dictionary of the Malay Tongue: As Spoken in the Peninsula of Malacca, the Islands of Sumatra, Java, Borneo, Pulo Pinang, &c., &c. In Two Parts, English and Malay, and Malay and English. J. Sewell. m/s. 175.
- ^ Balfour, Edward (1871). Cyclopædia of India and of Eastern and Southern Asia, Commercial, Industrial and Scientific: Products of the Mineral, Vegetable and Animal Kingdoms, Useful Arts and Manufactures (dalam bahasa Inggeris). 1. Madras: Scottish & Adelphi. m/s. 442.
- ^ Daniel Zohary, Maria Hopf, Domestication of Plants in the Old World: The Origin and Spread of Cultivated Plants in West Asia, Europe, and the Nile Valley, Oxford University Press, 2000
- ^ RHS A-Z encyclopedia of garden plants. United Kingdom: Dorling Kindersley. 2008. m/s. 1136. ISBN 978-1405332965.
- ^ "Cydonia oblonga Quince PFAF Plant Database". pfaf.org.
- ^ "Quince". herbs2000.com.
- ^ Online Database: National Germplasm Resources Laboratory. Beltsville, Maryland: USDA, ARS, National Genetic Resources Program. Germplasm Resources Information Network (GRIN). Dicapai pada 20 February 2011.
- ^ Alexander, S. The cook's companion. Penguin Australia. m/s. 609.
- ^ Wilson, C. Anne (1999). The Book of Marmalade: Its Antecedents, Its History and Its Role in the World Today (Together with a Collection of Recipes for Marmalades and Marmalade Cookery) (ed. Revised). Philadelphia: University of Pennsylvania Press. ISBN 0-8122-1727-6.
- ^ Harper, Douglas (2001). "Marmalade". Online Etymology Dictionary – melalui Dictionary.com.
- ^ Ferraz, Rafaela (5 December 2018). "Why Portugal's Marmelada Tastes Nothing Like Marmalade". Gastro Obscura. Atlas Obscura. Dicapai pada 8 December 2018.
- ^ Disahihkan dari laman Semak Hadis kelolaan Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia:
- "Makanlah buah safarjal (kuin) sebelum makan sesuatu". 22 Februari 2021.
- "Makanlah buah safarjal (kuin) kerana ia boleh melegakan hati". 23 Februari 2021.
- ^ Postman, Joseph (2009). "Cydonia oblonga: The unappreciated quince". Arnoldia. 67: 2–9. JSTOR 42955445.
- ^ Carlton, Deb (25 April 2013). Cumo, Christopher (penyunting). Encyclopedia of Cultivated Plants: From Acacia to Zinnia [3 Volumes]: From Acacia to Zinnia. ABC-CLIO. m/s. 885–858. ISBN 978-1-59884-775-8.