Cusae
ⲕⲱⲥⲉⲓ ⲕⲟⲥⲉⲓ القوصية | |
|---|---|
Bandar | |
Peta lama Cusae dalam Description de l'Égypte | |
| Koordinat: 27°26′40″N 30°49′00″E / 27.44444°N 30.81667°E | |
| Negara | |
| Zon waktu | UTC+2 (Waktu Piawai Mesir) |
| ||||||
| ḳsj[1][2] dalam hieroglif Mesir | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
Cusae (Yunani Purba: Κοῦσαι atau Κῶς; Qibti: ⲕⲱⲥⲉⲓ atau ⲕⲟⲥⲉⲓ)[2] dahulu ialah sebuah bandar di Mesir Hulu. Nama Mesir purbanya ialah qjs (varian qsy), mengikut konvensi ditulis Qis atau Kis, dengan banyak transliterasi lain seperti Qosia. Hari ini, pekan ini namanya El Quseyya, dan terletak di sebelah barat Sungai Nil di Kegabenoran Asyut.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Cusae ialah ibu kota nomos atau daerah ke-14 Mesir Hulu.
Kerajaan Pertengahan
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan pusat pemujaan untuk Hathor dan juga tempat sebuah nekropolis, Meir, yang digunakan semasa Kerajaan Pertengahan untuk menempatkan makam bangsawan tempatan.
Kerajaan Baru
[sunting | sunting sumber]Pada awal pemerintahan firaun Thebes Kamose, Cusae menandakan sempadan antara wilayah utara Hyksos (Dinasti ke-15) dan kerajaan Thebes selatan (Dinasti ke-17).[3]
Zaman Rom
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-5, bandar ini merupakan penempatan Legio II Flavia Constantia.
Keuskupan
[sunting | sunting sumber]Keuskupan Cusae ialah sufragan kepada keuskupan metropolitan Antinoë, ibu kota provinsi Rom, Thebaid I. Achilles (atau Achilleus) ditahbiskan sebagai uskup keuskupan ini oleh Meletius dari Lycopolis. Seorang lagi, Elias, berasal dari abad ke-4 atau ke-5.[4] Theonas mengambil bahagian dalam Majlis Konstantinopel Kedua (553). Uskup-uskup kemudian menyebelahi pihak mazhab anti-Kalsedon, yang pertama ialah Gregorius, yang membantu Paus John II (III) dari Iskandariah di atas ranjang kematiannya.[5][6][7][8]
Kini bukan lagi keuskupan residen, Cusae disenaraikan oleh Gereja Katolik sebagai takhta tituler.[9]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wallis Budge, E. A. (1920). An Egyptian hieroglyphic dictionary: with an index of English words, king list and geological list with indexes, list of hieroglyphic characters, coptic and semitic alphabets, etc. Vol II. John Murray. m/s. 1044.
- ^ a b Gauthier, Henri (1928). Dictionnaire des Noms Géographiques Contenus dans les Textes Hiéroglyphiques Vol. 5. m/s. 164, 165.
- ^ Grimal, Nicolas (1992). A History of Ancient Egypt. Oxford: Blackwell Books. m/s. 191.
- ^ S. Timm, Das christlich-koptische Ägypten, Wiesbaden 1982-1992, 2181 e 2189 n. 4.
- ^ Michel Lequien, Oriens christianus in quatuor Patriarchatus digestus, Paris 1740, Vol. II, coll. 595-598
- ^ Raymond Janin, v. Cusae in Dictionnaire d'Histoire et de Géographie ecclésiastiques, vol. XIII, Paris 1956, col. 1117
- ^ Klaas A. Worp, A Checklist of Bishops in Byzantine Egypt (A.D. 325 - c. 750), Zeitschrift für Papyrologie und Epigraphik 100 (1994) 283-318
- ^ Sophrone Pétridès, "Cusae" in Catholic Encyclopedia (New York 1908)
- ^ Annuario Pontificio 2013 (Libreria Editrice Vaticana 2013 ISBN 978-88-209-9070-1), p. 878








