Curling di Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV | |
---|---|
Tempat | Pusat Akuatik Nasional Beijing |
Tarikh | 2-20 Februari |
Bil. acara | 3 (1 lelaki, 1 perempuan, 1 campuran) |
Curling di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di Pusat Akuatik Nasional Beijing dari 2 hingga 20 Februari 2022.[1]
Pengenalan
Curling ialah sukan di mana pemain akan meluncurkan batu di atas permukaan ais ke arah kawasan sasaran yang terbagi kepada empat bulatan sepusat (digelar rumah atau house). Dua pasukan, masing-masing dengan empat pemain, akan bergilir-gilir meluncurkan batu granit (juga digelar sebagai batu atau stone) yang berat dan digilap ke arah rumah.[2] Setiap pasukan akan mempunyai lapan batu, dua bagi setiap pemain. Pasukan yang mempunyai skor yang tertinggi akan digelar pemenang; mata akan diberi berdasarkan jarak batu yang terdekat dengan pusat rumah pada akhir setiap pusingan (digelar end). Permainan biasanya terdiri daripada lapan atau sepuluh pusingan.
Arah batu mungkin akan terpesong ketika meluncur (digelar curl). Namun, pergerakan batu boleh dipengaruhi oleh dua "tukang sapu" yang menyapu ais di hadapan batu dengan penyapu. Pergerakan "menyapu batu" dapat mengurangkan geseran batu, dan batu itu akan meluncur dengan jalan yang lebih lurus (dengan curl yang lebih kurang) dan jarak yang lebih jauh. Pemain perlu mempunyai strategi, semangat berpasukan dan kemahiran meluncur yang baik agar dapat memperoleh keputusan yang baik.[3][4]
Acara biatlon telah dipertandingkan sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama, tetapi telah dihentikan dan hanya diperkenalkan semula pada edisi 1932. Sukan ini kekal sebagai acara demonstrasi sehingga Nagano 1998, apabila kedua-dua kategori lelaki dan perempuan disenaraikan sebagai acara teras Sukan Olimpik. Acara beregu campuran pula merupakan diperkenalkan pada PyeongChang 2018.
Kanada merupakan negara yang paling berjaya dalam sukan ini (11 pingat, 6 pingat emas), diikuti dengan Sweden (8 pingat). Sehingga kini, tiada atlet yang berjaya memenangi dua pingat Olimpik dalam acara ini.[5]
Takwim
Masa mengikut (UTC+8).
R | Peringkat awal | ½ | Peringkat separuh akhir | B | Pertandingan pingat gangsa | F | Peringkat akhir |
Tarikh[6] | 2 Feb | 3 Feb | 4 Feb | 5 Feb | 6 Feb | 7 Feb | 8 Feb | 9 Feb | 10 Feb | 11 Feb | 12 Feb | 13 Feb | 14 Feb | 15 Feb | 16 Feb | 17 Feb | 18 Feb | 19 Feb | 20 Feb | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Beregu Campuran | R | R | R | R | R | R | ½ | B | F | |||||||||||||
Lelaki | R | R | R | R | R | R | R | R | R | ½ | B | F | ||||||||||
Wanita | R | R | R | R | R | R | R | R | ½ | B | F |
Pemenang
Jadual pingat
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Great Britain | 1 | 1 | 0 | 2 |
2 | Sweden | 1 | 0 | 2 | 3 |
3 | Itali | 1 | 0 | 0 | 1 |
4 | Jepun | 0 | 1 | 0 | 1 |
Norway | 0 | 1 | 0 | 1 | |
6 | Kanada | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (6 negara) | 3 | 3 | 3 | 9 |
Acara
Rujukan
- ^ "Curling". beijing2022.cn. Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing. Dicapai pada 21 September 2021.
- ^ Wetzel, Dan (19 February 2010). "Don't take curling for granite". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2010. Dicapai pada 4 August 2012.
- ^ "Chess on ice". Princeton Alumni Weekly. 28 January 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2011. Dicapai pada 10 October 2010.
- ^ "Chess on ice". The Curling News. 22 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2011. Dicapai pada 10 October 2010.
- ^ Imbo, Will (17 Mac 2021). "Olympic curling at Beijing 2022: Top five things to know". olympics.com. Dicapai pada 24 September 2021.
- ^ "BEIJING 2022 Curling SCHEDULE". Dicapai pada 21 September 2021.
Pautan luar
- Buku Keputusan Rasmi – Curling Diarkibkan 2022-02-20 di Wayback Machine