Krustasea | |
---|---|
Abludomelita obtusata, amfifod | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | Krustasea Brünnich, 1772
|
Kelas & Subkelas | |
Krustasea membentuk kumpulan artropoda yang sangat besar, biasanya dirujuk sebagai subfilum, termasuk haiwan biasa seperti ketam, udang karang, udang krai, kril dan teritip. 67,000 spesies yang telah dikenalpasti mempunyai pelbagai saiz daripada Stygotantulus stocki pada 0.1 mm (0.004 in), hinggalah ketam labah-labah Jepun dengan kaki 12.5 ka (3.8 m) dan jisim 44 lb (20 kg). Seperti artropod lain, krustasea mempunyai rangka luar, yang bersalin kulit untuk membesar. Krustasea dibezakan daripada kumpulan artropod lain, seperti serangga, Myriapoda dan Chelicerata dengan memiliki anggota biramous (dua-bahagian), dan dengan nauplius bentuk larvanya.
Ciri utama
[sunting | sunting sumber]Fizikal tubuh
[sunting | sunting sumber]Tubuh krustasea terdiri dari dua bahagian iaitu kepala dada yang menyatu (sefalotoraks) dan perut atau badan belakang (abdomen).[1] BaHAgian sefalotoraks dilindungi oleh kulit keras yang disebut karapas dan 5 pasang kaki yang terdiri dari 1 pasang kaki capit (keliped) dan 4 pasang kaki jalan.[1] Selain itu, di sefalotoraks juga terdapat sepasang antena, rahang atas, dan rahang bawah.[1] Sementara pada bahagian abdomen terdapat 5 pasang kaki renang dan di bahagian Hujungnya terdapat ekor.[1] Pada udang betina, kaki di bahagian abdomen juga berfungsi untuk menyimpan telur.
Sistem pencernaan krustasea bermula dari mulut, kerongkong, lambung, usus, dan dubur.[1] Sisa metabolisme akan dinyahtinja melalui sel api. Sistem saraf krustasea disebut sebagai sistem saraf tangga tali, di mana ganglion kepala (otak) terhubung dengan antena (indra peraba), mata (indra penglihatan), dan statosista (indra keseimbangan).[2]
Haiwan-haiwan Crustacea bernafas menggunakan insang melekat pada tubuh yang menghubung kepada sistem peredaran darah yang peredaran darah terbuka:[3] oksigen dan karbon dioksida bertukaran pada titik pertemuan air ke pembuluh insang, oksigen ini diedarkan ke seluruh tumbuh tanpa melalui pembuluh darah.[3]
Kitaran hidup
[sunting | sunting sumber]Golongan haiwan ini bersifat diesis (ada jantan dan betina) dan pembuahan berlangsung di dalam tubuh betina (persenyawaan dalaman).
Larva haiwan sering mempunyai sambungan kecil pada kulit yang membantu bergerak secara lancar dalam persekitaran mengalami tolakan kuat persekitaran seperti dari arus.[4] Larva akan mengalami pergantian kulit (ekdisis) berkali-kali
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Sistem klasifikasi terbaharu membahagikan Krustasea menjadi 6 kelas:[5]
Terdapat sebanyak sekitar 67,000 ekor spesies diketahui,[6] iaitu 1⁄10 to 1⁄100 daripada keseluruhan jumlah bilangan yang dijangka ada sambil yang selebihnya belum ditemui.[7]
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Banyak krustasea dimanfaatkan oleh manusia sebagai makanan yang kaya protein di mana kebanyakannya dari jenis dekapoda,[8] termasuk udang, ketam dan renjongan.[9] Namun, ada beberapa jenis yang dapat merugikan manusia: contohnya yuyu yang dapat merosakkan tanaman padi di sawah dan ketam kenari perosak tanaman kelapa di Maluku.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Lynn Margulis, Karlene V. Schwartz (1998). Five kingdoms: an illustrated guide to the phyla of life on earth. W.H. Freeman & Company. ISBN 978-0-7167-3027-9. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Konrad Wiese (2001). The crustacean nervous system. Springer. ISBN 978-3-540-66900-5. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ a b (Inggeris) Carl L. Reiber and Iain J. McGaw (2009). "A Review of the "Open" and "Closed" Circulatory Systems: New Terminology for Complex Invertebrate Circulatory Systems in Light of Current Findings". International Journal of Zoology. doi:10.1155/2009/301284. 301284. Cite has empty unknown parameter:
|month=
(bantuan) - ^ W. F. R. Weldon (July 1889). "Note on the function of the spines of the Crustacean zoœa" (PDF). Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom. 1 (2): 169–172. doi:10.1017/S0025315400057994. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-17.
- ^ Joel W. Martin; George E. Davis (2001). An Updated Classification of the Recent Crustacea (PDF). Natural History Museum of Los Angeles County. m/s. 1–132.
- ^ Zhi-Qiang Zhang (2011). Z.-Q. Zhang (penyunting). "Animal biodiversity: an outline of higher-level classification and survey of taxonomic richness - Phylum Arthropoda von Siebold, 1848" (PDF). Zootaxa. 4138: 99–103.
- ^ "Crustaceans — bugs of the sea". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Ministry for Culture and Heritage. Dicapai pada 2016-09-10.
- ^ "FIGIS: Global Production Statistics 1950–2007". Food and Agriculture Organization. Dicapai pada 2016-09-10.
- ^ J. Forest and J.C. von Vaupel Klein (2004). The Crustacea. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Kepiting Kenari (Birgus latro). Balai Kliring Keanekaragaman Hayati Indonesia. 2005. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Krustasea |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Krustasea |
- (Inggeris) Crustacea.net, an online resource on the biology of crustaceans
- (Inggeris) Crustacea: Natural History Museum of Los Angeles County
- (Inggeris) Crustacea: Tree of Life Web Project
- (Inggeris) The Crustacean Society
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.