"Crush" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Yuna menampilkan Usher | ||||
daripada album Chapters | ||||
Dilancarkan | 29 Februari 2016 | |||
Dirakamkan | 2016 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | R&B | |||
Panjang | 4:03 | |||
Syarikat | Verve Music Group | |||
Penulis |
| |||
Penerbit | Fisticuffs | |||
Kronologi Kronologi single Yuna | ||||
| ||||
|-
! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
|- | colspan="3" |
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Crush" ialah lagu nyanyian penyanyi Malaysia Yuna menampilkan penyanyi Amerika Syarikat Usher. Ia dikeluarkan sebagai single dari album antarabangsa ketiga Yuna, Chapters (2016).[1]
Persembahan komersial
Lagu ini menduduki nombor 24 dan setakat ini memuncak pada nombor 1 di Malaysia Music Weekly, menjadi single yang paling cepat ke atas senarai dalam hanya seminggu.[2] Pada 9 Mac, lagu yang memuncak pada nombor 12, 17, 6 dan 3 untuk carta single Indonesia, Singapura, Kemboja dan R&B Billboard Amerika Syarikat. "Crush" ialah lagu pensijilan emas RIAA pertama Yuna dengan jualan sebanyak 500,000 unit[3] menjelang April 2019, selepas tiga tahun ia dikeluarkan.[4][5]
Muzik video
Muzik video rasmi untuk "Crush" telah dikeluarkan pada 26 April 2016 di akaun Vevo rasmi Yuna.[6] Sejak ia dikeluarkan, ia telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan. video muzik skala kelabu sendiri menampilkan Yuna dan Usher menyanyi di hadapan sebuah bangunan bersejarah.
Maklum balas
Yuna dilaporkan berkata jumlah pengikut akaun Instagram miliknya melonjak selepas "Crush" dilancarkan. Beliau berkata jumlah pengikutnya bertambah daripada 312,000 orang kepada 320,000 selepas lagu "Crush" diperdengarkan.[7]
Kontroversi
Rancangan hiburan terbitan Astro Ria, MeleTOP membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter berhubung penyiaran klip parodi lagu Crush pada 2 Ogos 2016. Klip yang menampilkan Jihan Muse dan Shuk Balas dalam segmen parodi itu didakwa Yuna berbaur perkauman apabila pelawak itu menghitamkan wajahnya untuk menyerupai Usher. Yuna kemudiannya meluahkan kekesalannya atas penyiaran video parodi berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak sensitif dan boleh memusnahkan perjalanan kerjaya seninya di Amerika Syarikat.[8]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital
- "Crush" – 4:03
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia Amerika Syarikat |
29 Februari 2016 | Muat turun digital pensitriman digital |
Verve Music Group |
Kedudukan carta
Carta (2016) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Kemboja (Music weekly)[9] | 3 |
Indonesia (Music weekly)[10] | 12 |
Malaysia (Music weekly)[2] | 1 |
Filipina (Music weekly)[11] | 25 |
Singapura (Music weekly)[12] | 17 |
US Hot R&B Songs (Billboard)[13] | 21 |
Vietnam (Music weekly)[14] | 16 |
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | BET Awards | Centric Award | "Crush" (feat. Usher) | Tercalon | [15] |
Rujukan
- ^ "Yuna announces third studio album". Yuna. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-08. Dicapai pada 2016-03-08.
- ^ a b "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-29. Dicapai pada 2014-05-29. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ Yuna: Crush RIAA. Dicapai pada 1 Jun 2019.
- ^ Yuna dapat piring emas, ‘Crush’ terjual 500,000 unit (VIDEO) The Malay Mail (25 April 2019). Dicapai pada 18 Jun 2019.
- ^ Michelle Arteche (25 April 2019). Yuna earns first Gold-certified record for 'Crush feat. Usher' BandWagon. Dicapai pada 18 Jun 2019.
- ^ YunaVEVO (2016-04-26), Yuna - Crush ft. Usher, dicapai pada 2016-04-29
- ^ "Lagu duet dengan Usher lonjak Instagram Yuna". BH Online. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ "MeleTOP mohon maaf kepada Yuna". BH Online. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-17. Dicapai pada 2014-12-08. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-29. Dicapai pada 2014-05-29. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-10. Dicapai pada 2017-02-23.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-13. Dicapai pada 2016-07-25. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ "Yuna – Chart history Billboard Hot R&B Songs for Yuna". Dicapai pada September 3, 2016.
- ^ http://musicweekly.asia/charts/top-30-singles-vietnamref[pautan mati kekal]
- ^ Yuna first Malaysian to net BET Award nomination The Star Online (19 Mei 2017). Dicapai pada 18 Jun 2019.