Columbia ialah suatu nama Latin dikhususkan kepada Amerika Syarikat serta perlambangannya, bahkan sampai Amerika Utara. Nama ini sempena kemasyhuran Christopher Columbus, seorang penjelajah Sepanyol, di mata oramg Barat sebagai "penemu" benua Amerika pada zaman negara tersebut ditubuhkan daripada Tiga Belas Jajahan British.
Tempat dan badan diberi nama ini sempena kedudukannya dalam Amerika Syarikat:
- Daerah Columbia (D.C.), kawasan menempatkan pentadbiran Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat dikelilingi negeri Maryland di Pantai Timur Laut AS.
- Sungai Columbia, sebatang sungai mengalir di barat laut benua Amerika Utara
- British Columbia, sebuah provinsi Kanada sempena sungai ini yang terletak di barat dayanya.
- Universiti Columbia, sebuah universiti swasta di Bandar Raya New York
- Columbia Pictures, sebuah studio filem Amerika Syarikat
- Columbia Records, syarikat rakaman piring cakera ditubuhkan di Washington, D.C. 1889
- Columbia Broadcasting System, penyiar televisyen swasta Amerika Syarikat anak syarikat Columbia Records dari 1927 sehingga dijual kepada Sony 1988