Colorado Rockies | |||
---|---|---|---|
Musim 2024 Colorado Rockies | |||
Ditubuhkan pada 1993 | |||
| |||
Gabungan liga utama | |||
| |||
Seragam terkini | |||
Nombor tidak digunakan | |||
Warna | |||
Nama | |||
| |||
Gelaran lain | |||
| |||
Ballpark | |||
Kejuaraan Liga Utama | |||
Kejuaraan Siri Dunia (0) | Tiada | ||
NL Pennant (1) | 2007 | ||
NL West Kejuaraan Divisyen (0) | Tiada | ||
Kemunculan Wild card (5) | |||
Pejabat pengurusan | |||
Pemilik | Richard & Charles Monfort[4] | ||
Pengurus | Bud Black | ||
Pengurus Besar | Bill Schmidt |
Colorado Rockies merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Denver. Rockies bertanding di saingan Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) West. Pasukan ini beraksi di gelanggang Coors Field. Rockies dimiliki oleh Monfort dan dikendalikan oleh Bud Black.
Rockies bermula sebagai pasukan tambahan ketika musim 1993 dan mula beraksi di gelanggang Mile High Stadium sepanjang dua musim sulung mereka. Sejak tahun 1995, mereka telah beraksi di Coors Field yang menerima reputasi sebagai hitter's park. Rockies telah layak ke postseason sebanyak lima kali dan tiap-tiap kelayakan tersebut ialah sebagai status pemenang Wild Card. Pada tahun 2007, pasukan ini menjuarai satu-satunya kejuaraan pennant NL mereka selepas memenangi 14 daripada 15 perlawanan terakhir aksi musim. Kemaraan mereka bermula apabila meraih kemenangan ke atas San Diego Padres dengan kejayaan 9-8 dalam aksi sebanyak 13 inning untuk memenangi Wild Card. Kejayaan ini diteruskan dengan kemenangan menyingkirkan pasukan Philadelphia Phillies dan Arizona Diamondbacks masing-masing di NLDS dan NLCS. Rockies mara ke Siri Dunia selepas memenangi 21 daripada 22 perlawanan terakhir mereka. Walau bagaimanapun, pasukan ini mengalami kekalahan di aksi final menentang Boston Red Sox dalam empat perlawanan.
Dari tahun 1993 sehingga 2002, rekod menang-kalah Rockies secara keseluruhannya ialah 2,201–2,495.[5] Berikutan kejayaan Denver Nuggets dalam NBA 2023, Rockies menjadi satu-satunya pasukan sukan utama (MLB, NFL, NBA & NHL) dari Denver yang masih belum memenangi sebarang kejuaraan setakat ini.
Sejarah
Pasukan Colorado Rockies mula beraksi pada tahun 1993 bersama pasukan Florida Marlins sebagai pasukan tambahan. Rockies pada awalnya beraksi dengan baik di gelanggang sendiri kerana kurang rintangan angin di kawasan tinggi Denver serta kesan iklim kering ke atas bola kulit. Pasukan ini memanfaatkan keadaan yang unik. Barisan pemain dalam pasukan Rockies antaranya ialah first baseman Andres Galarraga, third baseman Vinny Castilla dan outfielder Dante Bichette serta Larry Walker. Colorado melakukan kejutan apabila mara ke postseason pada tahun ketiga kewujudannya dengan meraih tempat di Wild Card National League pada 1995 dan ia diikuti aksi playoff pusingan pertama yang berakhir dengan kekalahan kepada Atlanta Braves. Rockies juga berjaya menghasilkan rekod baik iaitu 83–79 pada dua musim berikutnya tetapi mereka gagal melebarkan penguasaan buat masa beberapa tahun berikutnya.
Colorado terus bergelut menjelang abad ke-21 apabila ia sama ada menduduki tempat terakhir atau kedua terakhir divisyen dari tahun 1998 sehingga 2006. Pada tahun 2007, pasukan Rockies yang diperkukuhkan semula telah dibarisi pemain seperti outfielder Matt Holliday, first baseman Todd Helton dan pitcher Brian Fuentes telah melakukan kebangkitan lewat musim apabila meraih 14 kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir pasukan. Kejayaan ini membolehkan Rockies meraih Wild Card kedua dalam sejarah. Kemaraan mereka sehingga ke pusingan playoff apabila Rockies menewaskan Philadelphia Phillies dan Arizona Diamondbacks dalam laluan mereka untuk merangkul pennant NL sulung. Di Siri Dunia, Rockies malangnya dikecewakan oleh Boston Red Sox. Rockies melakukan kemunculan postseason lain pada tahun 2009 (tewas kepada Phillies dalam pusingan pembukaan playoff), tetapi pasukan ini kembali merosot pada awal 2010-an. Keadaan ini berubah pada tahun 2017 apabila Rockies yang dibarisi bintang third baseman Nolan Arenado meraih 12 kemenangan lebih berbanding musim sebelumnya bagi membantu Rockies layak ke aksi Wild Card NL, tetapi kesudahannya berakhir dengan kekalahan.
Colorado layak ke postseason buat dua musim berturut-turut bermula pada tahun 2018 dengan hasil lebih baik apabila mereka memenangi aksi Wild Card dan mara ke siri divisyen sebelum akur akan kekalahan kepada Milwaukee Brewers. Pada tahun 2019, Rockies hanya memenangi 20 perlawanan kurang daripada musim sebelumnya serta terlepas aksi postseason.
Catatan
- ^ Harding, Thomas (December 21, 2020). "Here's why they're called the Rockies". Rockies.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2021. Dicapai pada December 21, 2020.
- ^ "General Club Information" (PDF). 2021 Colorado Rockies Information Guide (PDF). MLB Advanced Media. July 22, 2021. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada August 9, 2021. Dicapai pada August 9, 2021.
- ^ Castrovince, Anthony (May 17, 2019). "Players poll: Who has MLB's best uniforms?". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 2, 2021. Dicapai pada June 22, 2019.
- ^ "Front Office Directory". Rockies.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada July 17, 2023.
- ^ "Colorado Rockies Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Diarkibkan daripada yang asal pada February 25, 2021. Dicapai pada 2020-05-27.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Colorado Rockies di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |