Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: tidak memenuhi kaidah bahasa penulisan sesuai dengan standar ensiklopedia. (Ogos 2021) |
Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di Alsace, Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.
Ia terletak 2,600 kaki (790 m) diatas paras laut yang dikelilingi sekitar 80 ekar (320,000 m2) hutan belantara asli. Tempat ini dibangunkan mengikut rekabentuk bangunan, susun-atur dan suasana perkampungan sebenar di Colmar, Perancis. Namun senibina nya diterapkan beberapa elemen perkampungan seperti di Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg. Keunikan ini pasti mengagumkan hati sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke Colmar Tropicale Berjaya Hills ini.
Walaupun tidak menginap di sini, pengunjung boleh melawat, menjamu selera, mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar di lokasi menarik sebagai kenangkenangan. Antara yang menarik disini ialah:
Persembahan pentas turut dipelbagaikan dengan aneka jenis tarian termasuk tarian Perancis. Waktu persembahan adalah seperti berikut:
- Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad: 12.00 PM, 4.00 PM, 9.30 PM.
- Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum: 12.00 PM, 3.30 PM, 7.30 PM, 10.00 PM.
Menjamu selera di restoran yang sangat menarik.
- La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
- Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
- La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
- Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
- La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
- L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia. Berbagai lokasi menarik untuk bergambar ada di sini.
Galeri
-
Dalam Colmar Tropicale
-
Pemandangan luar hotel pada malam hari