Close Your Eyes | |
---|---|
Asal | Korea Selatan ![]() |
Genre | K-pop ![]() |
Tahun aktif | 2 April 2025 ![]() |
Syarikat rakaman | UNCORE (en) ![]() ![]() |
Anggota semasa |
|
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Close Your Eyes (digayakan dalam semua huruf besar) ialah suatu kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk melalui rancangan realiti televisyen kendalian JTBC, Project 7. Kumpulan muzik ini diuruskan oleh syarikat Uncore dan mereka terdiri daripada tujuh orang anggota. Mereka memulakan kerjaya pada 2 April 2025 dengan album mini Eternalt.
Nama
Nama kumpulan 'Close Your Eyes' mengandungi makna bahawa mereka akan "mempersembahkan muzik meyakinkan yang bukan sahaja apabila mereka dilihat melalui persembahan yang boleh dilihat, tetapi juga apabila mereka menutup mata dan mendengarnya, dan mereka akan terus menguatkan diri mereka sebagai idola yang semua orang bayangkan setiap kali mereka menutup mata dan membukanya".[1]
Sejarah
Pembentukan melalui Project 7 dan kegiatan lain
Close Your Eyes dibentuk melalui siri rancangan realiti Project 7 oleh rangkaian JTBC, yang disiarkan dari 18 Oktober hingga 27 Disember 2024. Peserta rancangan tersebut disertai dari seluruh dunia untuk bersaing dan membuat penampilan sulung sebagai satu kumpulan lelaki berbilang bangsa.[1] Daripada kumpulan 200 peserta, hanya tujuh peserta teratas yang akan menyertai barisan terakhir.[2] Semua anggota kumpulan diumumkan dalam episod akhir, yang disiarkan secara langsung pada 27 Disember 2024, dan mereka akan aktif selama tiga tahun selepas kemunculan pertama di bawah Uncore, syarikat baharu yang dibentuk secara bersama oleh SLL dan YG Plus.[3]
Sebelum muncul dalam program tersebut, beberapa anggota Close Your Eyes telah pun bergiat aktif dalam industri hiburan. Jeon Min-wook membuat penampilan sulungnya bersama kumpulan muzik lelaki BAE173 pada 19 November 2020.[4][5] Pada tahun 2021, Jang Yeo-jun mengambil bahagian dalam rancangan relaiti kendalian MBC Extreme Debut: Wild Idol tetapi beliau tersingkir ketika episod ketiga.[6] Pada tahun 2023, Ma Jing Xiang dan Jang Yeo-jun mengambil bahagian dalam rancangan realiti Boys Planet kendalian Mnet. Jang telah tersingkir di episod kelima selepas menduduki tempat ke-62, dan Ma kemudiannya menduduki tempat ke-30 dan tersingkir di episod kelapan.
Pada 3 Disember 2024, tujuh orang peserta rancangan Project 7 yang terpilih diumumkan akan membuat persembahan pada hari pertama Anugerah Cakera Emas ke-39 yang berlangsung pada 4-5 Januari 2025, di Mizuho PayPay Dome Fukuoka. Mereka mempersembahkan lagu "Time After Time", salah satu runut asal daripada rancangan itu.[7]
2025: Penampilan sulung dengan Eternalt
Pada 21 Januari 2025, telah didedahkan bahawa Close Your Eyes telah melakukan penggambaran majalah pertama mereka dengan Cosmopolitan Korea, mengesahkan set kemunculan pertama meraka pada April, yang kemudiannya disahkan oleh JTBC.[8]
Pada 5 Mac 2025, diumumkan bahawa mereka akan membuat penampilan sulung rasmi mereka pada 2 April, dengan album mini Eternalt.[9] Kumpulan itu mengadakan wadah untuk memperingati penampilan sulung mereka dan pengeluaran album.[10]
Anggota
Close Your Eyes terdiri daripada tujuh orang anggota, di mana dua daripadanya merupakan warganegara China dan Jepun, manakala selebihnya memegang kewarganegaraan Korea Selatan.
Nama | Pengenalan ringkas |
---|---|
Jeon Min-wook (전민욱 · 金地雄) |
|
Ma Jing Xiang (馬靖翔) |
|
Jang Yeo-jun (장여준 · 張汝遵) |
|
Kim Sung-min (김성민 · 金成旼) |
|
Song Seung-ho (송승호 · 宋承浩) |
|
Sakurada Kenshin (櫻田健真) |
|
Seo Kyoung-bae (서경배 · 徐竟培) |
|
Rujukan
- ^ a b Kim, Seon-woo (16 Oktober 2024). "'프로젝트 7', 타이틀송 '달려 (Up To You)' 선공개" ['Project 7', lagu tajuk 'Run (Up To You)' dipralancar] (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2025. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
- ^ "참가자 소개" [Pengenalan peserta]. JTBC (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2024. Dicapai pada 3 Julai 2023.
- ^ Hwang, So-young (28 Disember 2024). "[리뷰] '프로젝트 7' 클로즈 유어 아이즈 탄생..최종 1위는 마징시앙" [[Ulasan] 'Project 7' Close Your Eyes lahir.. Nombor 1 terakhir ialah Ma Jing Xiang]. JTBC (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2024. Dicapai pada 28 Disember 2024 – melalui Naver.
- ^ Ko, Seung-ah (25 September 2020). "포켓돌 새 보이그룹 팀명 'BAE173' 확정…단체컷 공개" [Nama kumpulan lelaki baharu PocketDol 'BAE173' disahkan... Gambar kumpulan didedahkan]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2020. Dicapai pada 8 Disember 2020 – melalui Naver.
- ^ Lee, Min-ji (19 November 2020). "BAE173, 오늘(19일) 화려한 데뷔, 쇼케이스서 무대 최초 공개" [BAE173, debut cemerlang hari ini (19hb), penampilan pentas pertama di wadah]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 8 Disember 2020 – melalui Naver.
- ^ Kim, Hyun-rok (1 Oktober 2021). "데뷔조 14명 추린 '야생돌'…탈락자 이름 깜짝공개" ['Idola Liar', kumpulan debut dengan 14 anggota... Pengumuman mengejutkan bagi nama anggota yang tersingkir] (dalam bahasa Korea). SPOTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2021. Dicapai pada 13 Oktober 2024 – melalui Naver.
- ^ Kim, Na-yul (3 Disember 2024). "'골든디스크' 뉴진스·르세라핌→(여자)아이들, 1차 라인업 공개" ['Golden Disc' NewJeans, Le SSERAFIM → (G)I-dle, barisan pertama yang didedahkan]. Herald POP (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2024. Dicapai pada 7 Mac 2025 – melalui Naver.
- ^ Hwang, So-young (23 Januari 2025). "'4월 데뷔' 클유아 첫 화보 "골든디스크 무대 가슴 벅차"" ['Debut April' sesi gambar pertama CLYUA "Pentas Cakera Emas yang mendebarkan"] (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2025. Dicapai pada 7 Mac 2025 – melalui Naver.
- ^ Kim, Su-jin (3 Mac 2025). "'프로젝트7 우승' 클로즈 유어 아이즈, 4월 2일 데뷔..글로벌 팬심 접수" ['Pemenang Project 7' Close Your Eyes debut pada 2 April.. Menerima sokongan peminat global]. Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2025. Dicapai pada 7 Mac 2025 – melalui Naver.
- ^ Perez, Daniela Gonzalez (2 April 2025). "Can't look away from Close Your Eyes: Boy band holds showcase for 'Eternalt' EP" [Tidak dapat mengalihkan pandangan daripada Close Your Eyes: Kumpulan lelaki mengadakan wadah untuk EP 'Eternalt']. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2025. Dicapai pada 3 April 2025.