City of Damnation | |
---|---|
Pengarah | Kim Dong-won |
Penulis | Kim Dong-won |
Dibintangi | Jung Joon-ho Jung Woong-in Jung Woon-taek |
Sinematografi | Kim Hyo-jin |
Disunting oleh | Jeong Gwang-jin |
Muzik oleh | Kim Si-hwan |
Diedarkan oleh | CJ Entertainment |
Tarikh tayangan | 22 Januari 2009 |
Masa tayangan | 121 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Pecah panggung | AS$7,545,744 |
City of Damnation (Hangul: 유감스러운 도시 ; RR: Yoogamseureowoon dosi; MR: Yugamsŭrŏun tosi) ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2009 diarahkan oleh Kim Dong-won. Filem ini merupakan sebuah buatan semula filem Hong Kong tahun 2002, Infernal Affairs.[1]
Plot
Jang Choon-dong ialah seorang pegawai trafik yang bercita-cita untuk menjadi seorang detektif kes pembunuhan. Selepas mendapat perhatian daripada pegawai atasannya, Choon-dong ditugaskan untuk menyamar dan menyusup masuk ke dalam rangkaian gangster yang diketuai oleh Yang Kwang-seob. Sementara itu, Lee Joong-dae (Jung Woong-in), seorang ahli geng Kwang-seob juga menyamar dengan menyertai pasukan polis. Joong-dae mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk memihak bersama ketua pasukan dan pengarah bironya dalam usaha untuk membongkarkan identiti Choon-dong tetapi dia kemudiannya jatuh cinta dengan seorang rakan sekerja, Cha Se-rin.
Pelakon
- Jung Joon-ho sebagai Jang Choon-dong
- Jung Woong-in sebagai Lee Joong-dae
- Jung Woon-taek sebagai Moon Dong-sik, aka Dae Ga-ri
- Park Sang-min sebagai Ssang-kal
- Kim Sang-joong sebagai Yang Kwang-seob
- Han Go-eun sebagai Cha Se-rin
- Sunwoo Jae-duk sebagai Park Jong-ki
- Park Yong-gi sebagai Cheon Seong-ki
- Kim Dae-hee sebagai Won Sam-eeh, aka Won Soong-eeh
- Kang Seong-pil sebagai Yang Pal-eeh
Tayangan
City of Damnation mula ditayangkan di Korea Selatan pada 22 Januari 2009[2] dan merupakan satu-satunya filem Korea untuk dikeluarkan semasa cuti Tahun Baru Korea, secara tradisinya musim besar untuk filem-filem domestik.[3] Semasa hujung minggu pembukaan, filem ini menduduki tempat ketiga dalam box office dengan 249,720 penonton.[4] Setakat 22 Februari, City of Damnation menerima sejumlah 1,555,039 penonton di seluruh negara[5] dan setakat 1 Mac, filem ini telah mengutip AS$7,545,744.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Infernal Affairs vs. the remake, The Departed". Film.com. Retrieved 2011-06-22.
- ^ "City of Damnation (Movie - 2008)". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
- ^ Yang Sung-jin. "Foreign films lead weekend". HanCinema, 24 January 2009; originally published by The Korea Herald. Retrieved on 23 January 2009.
- ^ "Korean Box Office, Week-end 2009.01.23 ~ 2009.01.25". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
- ^ "Korean Box Office, Week-end 2009.02.20 ~ 2009.02.22". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
- ^ "South Korea Box Office February 27–March 1, 2009". Box Office Mojo. Retrieved on 23 March 2009.