"Cinta Ada" | |
---|---|
Single oleh Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor | |
daripada album I'm Karen | |
Dilancarkan | September 2009 |
Penulis | Fred Chong Asmin Mudin |
sunting · sunting di Wikidata |
"Cinta Ada" ialah single berbahasa Malaysia yang dimuatkan sebagai runut bonus 'tersembunyi' dalam album Karen Kong yang berbahasa Cina, iaitu I'm Karen. Dalam lagu ini, Karen Kong mendendangkan lagu bersama Dato' Sheila Majid dan Jaclyn Victor.
Lagu ini dicalonkan untuk anugerah-anugerah Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-17 pada tahun 2010.