Cikgu Sulizi | |
---|---|
Kelahiran | Sulizi bin Che Awang 29 Mac 1968 |
Pekerjaan | Penyanyi, guru sekolah, pensyarah, |
Tahun aktif | 1984 - kini |
Terkenal kerana | Tukang karut dikir barat |
Cikgu Sulizi (lahir Sulizi bin Che Awang; 29 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi dikir barat.
Latar belakang
Cikgu Sulizi dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai bakat dalam seni hiburan. Datuknya pernah menjadi peniup serunai bersama kumpulan wayang kulit Dollah Baju Merah, manakala ayahnya pula menjadi tukang karut dalam seni dikir barat dengan gelaran Che Awang Anak Ular.
Pendidikan
Beliau mula mendapat pendidikan awal di SK Sepulau di Pasir Puteh pada tahun 1981, seterusnya meneruskan persekolahan pada peringkat menengah di SMK Semerak dan SMK Hamzah di Machang.
Beliau menyambung pelajarannya ke peringkat tinggi di:
- 1988-1992: Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sains Politik
- 1993-1994: Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu – Diploma Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- 2011-2012: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor – Sarjana Sains dalam bidang Politik Dan Kerajaan.
Kerjaya
Cikgu Sulizi memulakan kerjayanya sebagai guru setiausaha sukan di SMK Kuala Besut, Besut pada tahun 1994, dan kemudiannya bertukar ke SMK Tengku Mahmud 2 pada tahun 1999, sebagai guru penolong kanan kokurikulum. Sejak 2008, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kokurikulum di Unit Kokurikulum IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.
Dikir barat
Cikgu Sulizi mula menceburi dalam dikir barat sejak beliau berada di sekolah menengah pada tahun 1984. Ketika beliau berada di pengajian tinggi, beliau sempat menubuhkan dan mengetuai kumpulan dikir barat di Universiti Kebangsaan Malaysia serta di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.
Beliau mendapat tunjuk ajar daripada tokoh-tokoh dikir barat yang lain, iaitu dari Jusoh Kelong dan Zainuddin Ismail dalam bidang seni dan ilmu tukang karut, manakala daripada Che Awang Anak Ular, Seman Wau Bulan, Hussin Gelang Mas dan Halim Yazid mendapat penambahan dari segi teknik asas dan penampilan watak.
Kini, beliau termasuk di antara penyanyi dikir barat yang terkenal. Antara lagunya ialah Beruntung Jadi Anak Kelantan yang mana rentaknya berdasarkan dari lagu tradisional Jong Jong Inai. Beliau menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan sikap hormat-menghormati dalam menggubah lagu. Misalnya, lagu berjudul Tuntutlah Ilmu mengandungi nasihat untuk menggalakkan tabiat pembelajaran dalam kalangan murid sekolah.[1]
Persembahan
Tahun | Lokasi | Sempena | Anjuran |
---|---|---|---|
1995 | Surakarta, Indonesia | The Asean Tradisional Media Festival | COCI-ASEAN |
2004 | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | Sambutan Hari Keluarga ANSARA | NTV7 |
2004 | Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur | Majlis Mengenang Jasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad | |
2005 | Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur | Sambutan Hari Ulang Tahun ke-21 Yang Mulia Tuanku Amalin Aishah Putri | |
2006 | Kota Darul Naim | Sambutan Hari Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan |
Jawatan
Tahun | Organisasi/Pertandingan | |
---|---|---|
Presiden | 1988-1992 | Kumpulan Dikir Barat Kamsis Ungku Omar (KUDRAT KUO UKM) |
1990-1992 | Kelab Dikir barat (KADERA) Unit Kebudayaan UKM | |
2010-2012 | Persatuan Dikir Barat Negeri Terengganu (PENDIKTER) | |
Timbalan Presiden | 2006 | Persatuan Penerbit Karya Seni Dikir Barat Kelantan |
Naib Presiden | 2000-2006 | Persatuan Dikir Barat Malaysia (PENDIKMA) |
Pengarah | 1989/1990 | Pertandingan Dikir Barat antara Kamsis UKM |
1990/1991 | Konsert Dikir Barat Tradisional Dan Moden UKM | |
1990/1991 | Pertandingan Dikir Barat Antara Universiti/IPTA Malaysia | |
Ahli Jawatankuasa | Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR) | |
Pengkritik Tetap | 2011 | Program Pentas Dikir — TV RTM |
Ketua hakim | 2009 & 2010 | Pertandingan Dikir Barat IPTA MAKUM |
2010 & 2012 | Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan Anjuran RTM | |
Hakim | 1997 | Pertandingan Dikir Barat Kelab Gabungan Dikir Barat Singapura dan membuat persembahan di Suntec City, Singapura |
1995 & 1996 | Hakim Pertandingan Dikir Barat Festival Seni Universiti Malaya Kuala Lumpur | |
1997 | Pertandingan Dikir Barat Kelab Gabungan Singapura | |
1997 | Pertandingan Dikir Barat Gerakan Desa Wawasan PeringkatNegeri Kelantan | |
1999, 2000 & 2001 | Pertandingan Dikir Barat Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan tahun | |
Jurulatih | 1990-1993 | Kelas Dikir Barat kokurikulum Unit Kebudayaan UKM |
1990-1992 | Kelab Dikir Barat Penjara Kajang | |
1990 | Kelab Dikir Barat Nicom Steel, Bandar Baru Bangi, Selangor | |
1991-1992 | Kelab Dikir Barat Sony, Bandar Baru Bangi, Selangor | |
1997 | Kelab Dikir Barat PERKEP IPD Pasir Puteh | |
1995-2006 | Kumpulan Dikir barat Kontinjen Negeri Terengganu ke Pertandingan Dikir Barat Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan | |
2006 & 2011 | Kelab Dikir Barat IKM Besut | |
2008-2012 | Kelab Dikir Barat IPG KSM |
Pencapaian
Tahun | Pertandingan | Keputusan |
---|---|---|
1990 | Pertandingan Dikir Barat Antara Kamsis UKM (sebagai Ketua Kumpulan dan Tukang Karut) | Johan |
1991 | Pertandingan Dikir Barat Antara Universiti/IPTA | Johan |
1991/1992 | Anugerah Seni Unit Kebudayaan UKM | Menang |
1994 | Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan (Tukang Karut Terbaik) | Johan |
1995 | Pertandingan Dikir Barat Peringkat kebangsaan RTM (Tukang Karut Terbaik) | Johan |
1996 | Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan | Naib Johan |
1996 | Pertandingan Dikir Barat Rancangan Panjang Akal TV3 | Johan |
Anugerah Keseluruhan Rancangan Panjang Akal TV3 | Johan | |
1996 | Anugerah Khas dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan | Menang |
1997 | Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan RTM (Tukang Karut Terbaik) | Naib Johan |
1998 | Johan | |
1999 | Johan | |
2000 | Johan | |
2005 | Naib Johan | |
2006 | Anugerah Tukang Karut Paling Popular Dari Kerajaan Negeri Kelantan | Menang |
Diskografi
- Album Dikir Budak U
- 1992: Beruntung Jadi Anak Kelate – bersama Halim Yazid
- 1993: Bohsia
- 1995: Hilang Di Mata Di Hati Jange – bersama Halim Yazid
- 1996: Hidup Seribu Jangkaan
- 1997: Cikgu – bersama Cikgu Naim
- Album Dikir
- 1998: Hati-Hati Dijalanraya – bersama Cikgu Naim
- 1998: Ulat Bulu – bersama Cikgu Naim
- 2002: Budi
- Album Nyanyian Dikir
- 2000: Pencarian
- 2001: Da Di Du
- 2002: Epilog Cinta Demo Tak Ser Kawe Tak Sesal
- 2002: Titian Perjalanan
- 2003: Epilog Cinta 2 Hatiku Hancur Relai
- 2004: Epilog Cinta 3 Cinta Seorang Saing
- 2006: Epilog Cinta 4 Hatimu Kupegang
- 2006: Tanah
- 2006: Koleksi Terbaik 2000-2006
- 2009: Epilog Cinta 5 Hatiku Hancur Relai 2
- Album Dikir Muzik Terhebat
- 2005: Vol 1 Pelabuhan Kasih
- 2007: Vol 2 Airmata Perpisahan
- 2010: Vol 3 Izinkanlah Aku Pergi
- 2011: Vol 4 Rahsia Dua Hati
- Lain-lain
- 1995: Album Dikir Pertandingan Akhir Dikir Barat RTM
- 1997: Album Dikir Asli Karut – Jerebu
- 1999: Album Dikir Asli – Susah Benar Pera Anak Ramai
- 2004: Album Nyanyian Dikir Akustik – Untukmu Ibu – bersama Cikgu Naim
- 2007: Album Nostalgia Nyanyian Dikir Klasik – Jahanam Habis Keranamu
Rujukan
- "Profail Diri Sulizi Bin Che Awang (Cikgu Sulizi) dalam Seni Dikir Barat". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2025. Dicapai pada 21 Mei 2025.
- ^ Raja Halid, Raja Iskandar (2011). "Modernizing tradition: the media and dikir barat of Kelantan" (PDF). Cite journal requires
|journal=
(bantuan)