Cikgu Diva ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Kyoll Hamzah dan Eyzan Hassan terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Eyka Farhana, Fitri Farok, Syad Mutalib, Kana Fly, Duerra Mitilda, Syed Irfan dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 pada 31 Januari hingga 22 Februari 2025 menggantikan Antara Dua Syurga.
Cikgu Diva | |
---|---|
Genre | Komedi |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Pelangi" - Amir Hasan |
Lagu penutup | "Pelangi" - Amir Hasan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Anomali Media Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Lestary) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 31 Januari 2025 – 22 Februari 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Antara Dua Syurga |
Diikuti oleh | Keluarga Itu |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
Mengisahkan Cikgu Ros (Eyka Farhana), seorang guru Bahasa Melayu yang memikat dengan kecantikan dan personalitinya. Suatu hari, pengetua mengadakan mesyuarat tergempar dan melantik Cikgu Ros sebagai guru penasihat rumah sukan biru serta guru kelas Tingkatan Dua Baiduri, membuka lembaran baharu dalam kerjayanya sebagai pendidik.
Namun, tugas barunya bukan sesuatu yang mudah. Cikgu Ros yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti sukan kini perlu membimbing rumah sukan biru, pasukan yang sering menduduki tempat tercorot di Hari Sukan Sekolah. Dia cuba mendapatkan bantuan kakaknya serta tiga pelajar Amir, Haikal dan Hani, tetapi Haikal, yang berbakat dalam sukan, enggan membantu kerana masalah keluarga yang dihadapinya.
Selain tanggungjawab sebagai guru kelas dan penasihat rumah sukan, Cikgu Ros turut sering bertelagah dengan Cikgu Adam (Fitri Farok), penasihat rumah sukan kuning yang saban tahun menjuarai Hari Sukan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila timbul konflik cinta antara Cikgu Ros, Cikgu Adam, Cikgu Sofea (Syad Mutalib), dan Cikgu Kana (Kana Fly). Rasa cemburu terhadap hubungan Cikgu Ros dan Cikgu Adam mendorong Cikgu Sofea merancang sesuatu untuk menjatuhkan Cikgu Ros.
Mampukah Cikgu Ros menangkis muslihat Cikgu Sofea? Berjayakah dia membawa rumah sukan biru ke puncak kemenangan?
Pelakon
Pelakon utama
- Eyka Farhana sebagai Cikgu Rosalinda
- Fitri Farok sebagai Cikgu Adam
- Syad Mutalib sebagai Cikgu Sofia
- Kana Fly sebagai Cikgu Kana
- Nizam Kama sebagai Cikgu Azlan
Pelakon kanak-kanak
- Syed Irfan sebagai Haikal
- Duerra Mitilda sebagai Hanie
- Danish Hazriq sebagai Amir
Pelakon pembantu
- Zarynn Min sebagai Cikgu PK 1(PKP)
- Ziha Salleh sebagai Atikah
- Taufiq Hanafi sebagai Saiful (ayah Haikal)
- TJ Chopra sebagai Pengetua Sekolah
Pelakon tambahan
- Muhammad Zarrin Nuqman sebagai Imran
- Muhammad Iskandar Zulkarnain sebagai Badri
- Ferguschrislou Ortega sebagai Azmi
- Nazz Wan sebagai Pengadil Hari Sukan
- Farah Faezah sebagai Extra Cikgu
- Azlie Zakaria sebagai Extra Cikgu
- Al Hafiz Azman sebagai Extra Cikgu
- Shahrunizam Bin Kamarudin sebagai Extra Cikgu
- Aliff Zulkarnain sebagai Extra Cikgu
- Saiful Arzuan Bin Zulkifli sebagai Extra Cikgu
- Muhammad Zakwan Danish sebagai Kawan Badri
- Iman Habibullah sebagai Kawan Badri
- Muhammad Syarival Azwa sebagai Pelajar Sekolah
- Nur Afrina Ellisya Binti Zulkipli sebagai Pelajar Sekolah
- Iqbal Riezky sebagai Pelajar Sekolah
- Shafiyah Binti Azril sebagai Pelajar Sekolah
- Qaidah Basyirah Binti Muhammad Arif sebagai Pelajar Sekolah
- Nur Arysha Zulaikha sebagai Pelajar Sekolah
- Puteri Shahirah Sabrina Binti Zainudin sebagai Pelajar Sekolah
- Nur Qaleesya Binti Nor Hisham sebagai Pelajar Sekolah
- Siti Zulaikha sebagai Pelajar Sekolah
- Muhammad Luqman Muqri Zulli sebagai Pelajar Sekolah
- Muhammad Akhil Syaaban sebagai Pelajar Sekolah
- Fareisha Dyana Binti Faizol sebagai Pelajar Sekolah
- Abd Muiz Bin Abd Ghani sebagai Pelajar Sekolah
- Muhammad Aimansyah Bin Azizi sebagai Pelajar Sekolah
- Amnan Luthfi Bin Mohd Risam sebagai Pelajar Sekolah
- Ranveer Raihan Bachan Bin Mohd Bachan sebagai Pelajar Sekolah
- Mohammad Amirul Aqimie sebagai Pelajar Sekolah
- Nurfarhana Asyikin sebagai Pelajar Sekolah
- Muhammad Shamarul Ikram sebagai Pelajar Sekolah
- Danish Bin Mohammad Faizol sebagai Pelajar Sekolah
- Ahmad Mustaqim Bin Ahmad Sukree sebagai Pelajar Sekolah
- Syamsul Anwar Bin Zaini sebagai Security Guard
- Nur Saidatul Husna Binti Norissam sebagai Pelajar Sekolah
- Muhammad Nazrul Akmal sebagai Pelajar Sekolah
- Najwa Arfah Bin Anuar sebagai Pelajar Sekolah
- Nur Aisyah Adelia Binti Abdullah sebagai Pelajar Sekolah
- Asnawi Ramzi Bin Shuaib sebagai Pelajar Sekolah
Pautan luar
TV3: Slot Lestary, Jumaat—Sabtu, 9:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cikgu Diva | Berikutnya |
Antara Dua Syurga | Keluarga Itu |