Chloé Zhao | |
---|---|
![]() Chloé Zhao pada 2015 | |
Kelahiran | Zhao Ting 31 Mac 1982 Beijing, China |
Warganegara | China |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pengarah, penerbit filem, penulis skrip |
Tahun aktif | 2008–kini |
Chloé Zhao | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 赵婷 | ||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 趙婷 | ||||||||
|
Chloé Zhao (lahir 31 Mac 1982)[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip China. Beliau dikenali sebagai pengarah filem Amerika Syarikat Songs My Brothers Taught Me (2015) dan The Rider (2017).
Latar belakang
Chloé Zhao dilahirkan sebagai Zhao Ting dan dibesarkan di Beijing, Tiongkok, kepada pasangan Zhao Yuji, bekas pengurus am sebuah syarikat baja milik negara.[2][3] Ibu bapanya kemudian berpisah dan bapanya berkahwin lagi dengan pelakon Song Dandan. Sewaktu masih remaja, beliau memberontak dan tertarik pada pengaruh dari budaya popular Barat.[4] Beliau melanjutkan pendidikan di sekolah asrama di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menghadiri sekolah menengah.[5] Beliau belajar di Kolej Mount Holyoke dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik.[6] Beliau mempunyai pekerjaan sampingan sebagai promoter acara, hartanah dan barista sebelum mempelajari penerbitan filem di Tisch School of the Arts Universiti New York.[2][7]
Beliau kini menetap di California, Amerika Syarikat.[2]
Filemografi
Tahun | Filem | Pengarah | Penulis skrip | Penerbit | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2015 | Songs My Brothers Taught Me | Ya | Ya | Ya | Sebagai penyunting |
2017 | The Rider | Ya | Ya | Ya | |
2020 | Nomadland | Ya | Ya | Ya | Sebagai penyunting |
2021 | Eternals | Ya | Tidak | Tidak |
Rujukan
- ^ Sam Fragoso (April 15, 2018). "Talk Easy with Sam Fragoso" (Audio siar). Talk Easy. Dicapai pada May 11, 2018.
- ^ a b c Powers, John (March 23, 2018). "How Chloé Zhao Reinvented the Western". Vogue. Condé Nast. Dicapai pada April 28, 2018.
- ^ "赵婷(华语影视女导演)". Baidu Baike (dalam bahasa Cina). Baidu. Dicapai pada April 11, 2019.
- ^ Mullen, Matt (April 13, 2018). "THE RIDER IS AN EARLY CONTENDER FOR BEST FILM OF 2018". Interview. Dicapai pada April 28, 2018.
- ^ Gardiner, Margaret (May 23, 2017). "Chloé Zhao: A Woman Telling a Cowboys' Tale". Golden Globes. Dicapai pada April 28, 2018.
- ^ "Chloé Zhao". Filmmaker. Dicapai pada 7 December 2015.
- ^ Cohen, Sandy (March 2018). "Filmmaker Chloé Zhao is the Accidental Realist". American Way Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2018. Dicapai pada April 28, 2018.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chloé Zhao |