Datuk Chiw Tiang Chai (lahir 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2011-2014 dan 2014-2017).
Datuk Chiw Tiang Chai DMSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 2014–2017 | |
Dalam jawatan 2011–2014 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1957 (68 tahun) |
Parti politik | Parti Progresif Penduduk |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Senator
Pada 22 Ogos 2011, beliau mengangkat sumpah jawatan Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.[1]
Turut angkat sumpah sebagai Senator ialah Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, Subramaniam Veruthasalam (56 tahun) dan Ketua Wanita MIC Selangor, S. Bagiam (52 tahun).
Anugerah
Melaka
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2008)