Sebahagian daripada siri |
Anime dan manga |
---|
Portal Anime dan Manga |
- Super deformed digabungkan disini. Untuk istilah fizik, sila lihat Superdeformation.
Chibi (ちび , boleh juga ditulis sebagai 禿び[1]) merupakan perkataan bahasa Jepun yang bermaksud "orang pendek" atau "kanak-kanak kecil." Perkataan ini telah menjadi terkenal di kalangan peminat anime dan manga. Maksudnya boleh ditujukan kepada seseorang atau seekor haiwan yang kecil. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai "kecil," namun tidak digunakan dalam cara yang sama dengan chiisana (kenit, kecil dalam bahasa Jepun). Contoh prototaip kepada penggunaan sebelumnya dalam bahasa Jepun asal yang telah menarik perhatian peminat-peminat Barat ialah Chibiusa, iaitu sejenis nama haiwan kesayangan untuk anak perempuan kepada Sailor Moon yang dirangka daripada Chibi Usagi ("Usagi Kecil").[2]
Dalam fandom anime bahasa Inggeris (otaku), super deformed (singkatannya SD) adalah istilah chibi yang selalunya digunakan.
Media Jepun
Chibi adalah sebahagian budaya Jepun dan dilihat wujud pengiklanan dan pengiklanan bawah tanah sehingga ke anime dan manga; istilah ini muncul sejak SD Gundam pada 1980-an.
Ia sering juga digunakan pada anime dan manga bagi meringkas untuk penunjukkan emosi yang melampau atau dibesar-besarkan, seperti marah atau terkejut, perasaan sebegitu sangat susah untuk ditonjolkan jika sesuatu ekspresi ditonjolkan dalam eksperisi realistik. Istilah ini digunakan untuk kecomelan dan kehumoran bagi menarikkan jalan cerita.
Media Amerika
Rakyat Amerika menggunakan istilah ini dalam siri TV popular tahun 2005 iaitu Avatar: The Last Airbender (adegan chibi dalam episod pendek). Dalam versi chibi ini semua karakter dilukis kecil, memparodikan siri sebenar (versi chibi ini dicipta oleh pencipta siri ini) watak. Seperti di Jepun, anime Amerika turut menonjolkan ekspresi watak yang keterlaluan.
Nisbah-nisbah bahagian
Kepala watak chibi adalah satu pertiga (ration 1:3)[3] dan satu setengah (ratio 1:2) bagi ketinggian watak,[4] often a ratio emas (38 %), dengan bahagian mata memenuhi kawasan muka[perlu rujukan]. Sesetengah artis menggunakan nisbah-nisbah alternatif. Terdapat juga nisbah-nisbah yang keterlaluan (seperti nisbah 1/5 yang digunakan dalam Tales of Eternia, dll.) yang popular dalam anime, tetapi tidak dianggap sebagai SD.
Tambahan pada perubahan nisbah mereka, watak chibi biasa kurang dari segi perincian pada watak asal. Hasilnya, apabila nisbah purata watak digambarkan sebagai watak chibi, aspek-aspek tertentu atau reka bentuk beliau akan dipermudahkan dan lain-lain akan dibesar-besarkan. Butiran seperti lipatan pada jaket diabaikan, dan bentuk umum disukai. Jika watak yang mempunyai ciri-ciri tertentu (rambut ganjil, aksesori tertentu, dan lain-lain) ini biasanya akan menjadi terkenal pada versi chibi.[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Chibi (ちび)" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Daijisen dictionary / Yahoo Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Terjemahan Sailor Moon Jilid 3". Dicapai pada 2008-05-23.
- ^ "Tutorial bagi chibi" di Bakaneko.com
- ^ "Melukis Chibi! " di Polykarbon.com
- ^ How To Draw Manga Volume 18: Super-Deformed Characters Volume 1: Humans